Jom Kita Jadi Geng

Thursday, July 14, 2016

PUNCAK PURNAMA ISYARAT KEMATIAN

Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal

Akhirnya jelas apa yang ada dalam fikiran orang yang mentadbir negara, seni budaya hanyalah hiasan. Seni sebagai alat untuk hiburan dan seronok-seronok sahaja. Tiada yang lain. Jangan bicara soal menghidupkan seni budaya, menjaga warisan atau akar jati diri sebagainya. Itu semua luar konteks.

Robohnya Puncak Purnama (Lunar Peak) jadi satu makna bahawa nilai sebuah karya seni itu tiada harga. Kalau karya Datuk Syed Ahmad Jamal boleh diperlakukan begitu, dianggap menyakitkan mata dan mengancam keselamatan awam, apa lagi karya-karya orang-orang kecil, pelukis jalanan ataupun sastera dan muzik kerdil. Tentunya dianggap picisan dan tidak membawa untung.

Susah sekali mahu membaca kepala otak orang atas sana, mereka berjalan satu dunia melihat macam-macam kota, kota kecil kota besar. Mereka pergi belajar melihat atau jalan-jalan berbelanja sahaja kah? Bagaimana mereka melihat Paris, Rome, Madrid atau Jakarta sekali pun? Apakah tidak ada secebis apresiasi kepada hasil seni dalam diri mereka? Takpayah lah kita nak beritahu mereka bahawa seni itu kaitannya dengan tamadun bangsa atau pemikiran apa ke! Buang masa saja kerana mereka belajar bagaimana mahu menjana wang ringgit bukan membina bangsa.

Menyakitkan mata!!! Itu sangat pedih dan menghina. Patutlah Kuala Lumpur macam tidak ada jiwa. Bangunan lama sedikit demi sedikit hilang, yang naik pencakar langit malah Singapura lebih indah landskapnya berbanding Kuala Lumpur. Tapi kalau kita kata begitu disuruhnya kita pindah Singapura. Pulau Pinang pun belajar dari Singapura untuk memberi jiwa kepada kotanya.



Ini saya petik beberapa fakta menarik tentang Puncak Purnama:

“I was told the history of aero space technology and the moon landing in 1969 have a lotto do with the making of Lunar Peaks. The original material used was pyroceram glass, which was developed by Nasa. The US embassy and Wisma Putra worked towards securing this material for Syed Ahmad to use,” said Zanita Anuar, NVAG’s director ( office of the KL Biennale).
Ini pula kata Ibrahim Ghaffar dari Pena:

“In our conversations, Syed Ahmad saw Ledang mountain ( in Johor) as a starting pointin Malay civilisation and culture. He wanted to bring a partof the mountain’s spirituality to the heartof the city. For me, Lunar Peaks operates on so many levels, it is one of his best works,” said Ibrahim.

Rest in peace Puncak Purnama. 

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...