Jom Kita Jadi Geng

Sunday, July 26, 2009

MENGENANG YASMIN AHMAD


Saya baru sahaja menerima berita ini...YASMIN AHMAD telah kembali ke Rahmatullah. Saya tidak pasti berita benar atau tidak. Namun saya mendoakan agar beliau sejahtera walau di mana dan bagaimana dia berada. Saya bukanlah peminat fanatik Yasmin Ahmad namun kehadiran beliau ke dalam industri seni tanahair begitu dirasai. Bermula dengan Rabun sebuah filem untuk cereka TV disusuli dengan SEPET yang menggegarkan industri, disambung dengan GUBRA dan MUKHSIN, terbaru TALENTIME. MUALAF sedang menunggu giliran untuk tayangan.


Pandangan dan pemikiran nya mengenai kisah-kisah masyarakat Malaysia jelas dan meletakkan karyanya sebagai karya tentang Malaysia sebenarnya. Filemnya tidak memaparkan sebuah cita-cita yang terawang-awang. beliau bercerita dalam romantis dan menyentuh. Isunya ringan namun berat sebenarnya. Bagaimana orang Melayu mahu menolak realiti bahawa cinta gadis melayu pada pemuda cina penjual vcd haram? bagaimana pula kisah bilal yang menyentuh ajning atau berjiran dengan pelacur? macam-macam cerita dan persoalan yang dilontarkan beliau dalam filemnya. Ramai yang protes dan menolak secara membuta tuli dan ramai juga yang menampi-nampinya. Filem SEPET betul-betul meletakkan pembikin filem Melayu arus perdana untuk bercermin diri melihat hakikat sebenar apa yang mereka perkatakan. Filem bermesej? Filem bermoral? mendidik khalayak? dan macam-macam lagi namun hakikatnya mereka tidak mampu bercerita dengan baik.


Yasmin melihat kehidupan Melayu dan masyarakat cina dan india secara artistik. budaya dan kepercayaan bukanlah halangan untuk membeza banding keuniversalan sifat dan sikap manusia. satu titik yang menemukan antara manusia...cinta. Cinta menjadi persoalan penting dalam karyanya. Lihat sahaja dalam sepet...gubra..malah cinta yang terlahir dalam mukhsin. Bila menonton filemnya saya pun jadi lupa kepada filem yang penuh dengan CGI...fiksyen..dan letupan letusan...aksi dan apa saja...saya anggap itu semua filem bermodal yang tiada modal kreatif. contentnya sangat cetek.
Mengapa di Facebook dan di blog hangat bercerita tentang tragedi yang melanda Yasmin Ahmad? kerana kita merasa kehadirannya. Jika dia telah pergi....AL-FATIHAH

3 comments:

Jo'el said...

harap dengan sangat..moga berita ini belum pasti dan tidak benar ....tapi walau apapun mesti redha akan ketentuanya...

Anonymous said...

Yasmin Ahmad..nama yang mudah disebut dan diingati seperti karya-karya seni beliau...setiap nashkah filemnya tidak pernah menipu atau jauh sekali memaksa kita untuk menangis dan ketawa...buktinya menerusi Talentime telah berjaya gerakkan jiwa dan emosi lembut kanak-kanak seusia Alif untuk menaburkan airmata tanpa suara di bahu papanya yang seboleh kudrat menahan tiris di kelopak mata...kali ke2 hati kecil Alif tersentuh selepas melihat TAR berucap di dada HATI MALAYA...itulah "magis"nya insan bernama Yasmin Ahmad..lupakan kisah silamnya..bangga dengan apa yang di"hadiahkan" untuk kita...Al Fatihah...

Legandary model yang insaf..

chekem mirza said...

al fatihah untuk allahyarham...

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...