25hb Julai yang lalu saya menghadiri majlis pelancaran laman web bagi filem 1957:Hati Malaya. Filem arahan Shuhaimi Baba dan lakonan pertama saya di layar perak. saya bersama-sama dengan pelakon-pelakon lain yang besar-besar namanya di dalam industri seperti maya Karin, Nanu Baharuddin, Rusdi Ramli, Liza Othman, Rozie Othman, Jit Murad dan ramai lagi. saya pun tak tahu bagaiman perjalanan majlis itu sebelum menghadirinya dan nyata saya diantara pelakon yang di 'highlight' kan di dalam majlis itu. Saya jadi tertegun dan tidak pernah melalui proses sebegini apatah lagi sebaris dengan nama dan bintang besar di Malaysia. Siapalah saya! hari tu sempat juga saya ditemuramah Melodi TV3. Dan bila temuramah itu keluar dalam Melodi Ahad lepas maka bertalu-talulah SMS saya terima dari rakan-rakan yang menyokong. Terima kasih kepada anda semua. Apapun saya memang teruja menunggu filem ini dtayangkan yang dijangka pada Raya Puasa nanti, teruja bukan kerana seronok tapi nak tunggu apa pandangan rakan dan orang ramai. Kalau ikutkan sepanjang saya lalui proses dubbing dan menonton sedikit lakonan saya, saya jadi malu dan benci mendengar tone suara saya sendiri.... Ya Allah, bukan aku tidak mensyukurinya tetapi kelemahan saya mengolah nada suara itu!Jom Kita Jadi Geng
Tuesday, July 31, 2007
1957:HATI MALAYA - PELANCARAN LAMAN WEB
25hb Julai yang lalu saya menghadiri majlis pelancaran laman web bagi filem 1957:Hati Malaya. Filem arahan Shuhaimi Baba dan lakonan pertama saya di layar perak. saya bersama-sama dengan pelakon-pelakon lain yang besar-besar namanya di dalam industri seperti maya Karin, Nanu Baharuddin, Rusdi Ramli, Liza Othman, Rozie Othman, Jit Murad dan ramai lagi. saya pun tak tahu bagaiman perjalanan majlis itu sebelum menghadirinya dan nyata saya diantara pelakon yang di 'highlight' kan di dalam majlis itu. Saya jadi tertegun dan tidak pernah melalui proses sebegini apatah lagi sebaris dengan nama dan bintang besar di Malaysia. Siapalah saya! hari tu sempat juga saya ditemuramah Melodi TV3. Dan bila temuramah itu keluar dalam Melodi Ahad lepas maka bertalu-talulah SMS saya terima dari rakan-rakan yang menyokong. Terima kasih kepada anda semua. Apapun saya memang teruja menunggu filem ini dtayangkan yang dijangka pada Raya Puasa nanti, teruja bukan kerana seronok tapi nak tunggu apa pandangan rakan dan orang ramai. Kalau ikutkan sepanjang saya lalui proses dubbing dan menonton sedikit lakonan saya, saya jadi malu dan benci mendengar tone suara saya sendiri.... Ya Allah, bukan aku tidak mensyukurinya tetapi kelemahan saya mengolah nada suara itu!Saturday, July 28, 2007
IV MONODRAMA 9-12 OGOS 07
(foto: Elie Suriaty dalam Senjalara arahan Norzizi Zulkifli)
Khalid Salleh, Elie Suriaty, Norzizi Zulkifli, Ahmad Yatim, Rosminah Tahir dan beberapa orang lagi akan bergabung tenaga dan mempamerkan produksi monodrama masing. Sebanyak 4 buah monodrama akan dipentaskan dengan cerita, lakonan dan arahan yang berbeza.

(foto: Khalid Salleh dalam Penjual Ubat)
Wednesday, July 25, 2007
TARI'07 "Independence & Identity"
(photo: Freedom & Boredom oleh Gan Chih Pei)

Kebanggaan ini terus kami sandang dengan menempuh pelbagai liku dan rintangan di dalam menjadikan ASWARA sebagai sebuah sekolah seni yang menawarkan bukan sahaja pendidikan seni terbaik malah sebagai sebuah institusi yang terbaik di dalam melahirkan karyawan dan seniman berilmu. Jika pada TARI’05 yang lalu sekolah ini bernama AKADEMI SENI KEBANGSAAN tetapi bermula 1 OGOS 2006 namanya telah bertukar kepada AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN seiring dengan peranan dan tanggungjawab institusi ini yang semakin bertambah. Jika dahulu sekolah ini hanya menawarkan 5 program diploma iaitu Teater, Penulisan Kreatif, Muzik, Filem dan Video dan tentu sekali Tari tetapi kini peranan sekolah ini bertambah kepada 2 lagi program iaitu Seni Halus dan pengajian Warisan di mana kedua-duanya sedang di dalam proses merangka kurikulum.

Begitu jugalah kita dengan kesenian, apatah lagi seni tari yang bukan lagi sekadar sebuah tarian yang mewakili suku kaum dengan gambaran dan cerminan budaya sesebuah masyarakat itu di mana dengan jelas kita dapat tentukan apabila menikmati gerak dan lenggok serta keindahan kostum dan hiasannya. Hari ini, seni tari berkembang pesat dan merentasi norma-norma budaya tertentu sehingga ianya menjadi satu pengucapan yang universal. Seni kontemporari bukan lagi menjadi milik masyarakat di barat sahaja tetapi menjadi kepunyaan orang di sebelah sini. Apabila sebegini kewujudan seni tari pada hari ini, maka tugas kita menjadi semakin berat dan bertambah, kita tidak lagi boleh bersikap kekitaan dan menjadi terlalu bongkak dengan kreativiti kita. Kelemahan dan keistimewaan yang dimiliki oleh setiap harus diperinci dan dinilai supaya ianya menjadi satu sempadan dan tauladan untuk kita mengenal kekuatan yang kita ada dan akhirnya kita rangkaikan menjadi satu identity. Faktor geografi jika dahulu menjadi factor utama yang membezakan kita namun di era globalisasi ini, yang tinggal kepada kita adalah jati diri, di mana akar yang menjadi tunjang kepada peribadi kita, itu yang membezakan kita.
Penganjuran TARI’07 adalah bermatlamat untuk menghubungkan sekolah-sekolah kesenian di rantau ini khususnya di dalam bidang tari.
Pujian dan tahniah harus saya berikan kepada Mr. Joseph Gonzales, Ketua Jabatan Tari di atas kegigihan dan usaha beliau di dalam memastikan TARI’07 berlangsung dengan jayanya dan tentu sekali memastikan dunia pendidikan tari di Malaysia sentiasa hidup dan bergerak ke hadapan. Penganjuran acara seperti ini merupakan salah satu cara ASWARA membina jaringan kerjasama dan menjadi arena untuk mengukur keupayaan dan kualiti pendidikan seni tari di ASWARA.
Monday, July 16, 2007
FESTIVAL TEATER SELANGOR
(Photo: Persembahan pembukaan FTM06 yang dijayakan oleh Saya, Juhara dan Rosman)

