Sekali lagi Dato M.Nasir menakluk Istana Budaya selepas konsert terakhirnya Alam Muzik pada tahun 2009. Kali ini hidangannya berbeza, kesan pancaindera digunakan semaksima mungkin. Saya berpeluang menonton pada Sabtu lepas sewaktu seluruh warga negeriku, Kelantan dan Johor tertumpu kepada Piala FA. Nyatanya malam itu, Panggung Sari tidak sepi, tetap hingar dengan peminat M.Nasir. Saya pasti kehadiran mereka bukan sekadar mahu hanyut dengan lagu-lagu kesukaan mereka, seperti saya, apabila kita menyebut nama M.Nasir ianya sangat sinonim dengan sesuatu yang sangat konsepsual. Konsep dan tema yang membawa kepada penjelajahan pemikiran melalui lagu dan seni visualnya. Namun tentu sekali lagunya sangat berperanan untuk kita terus melekat dalam panggung. Itu sayalah tapi saya juga pasti ada dalam kalangan peminat M.Nasir itu, tidak hanya tenggelam dalam lagunya tetapi turut tenggelam dan berfantasi dengan karisma tokoh muzik ini. Berani tidak 'statement' saya ini? Saya ada bukti ha ha ha...
Sang Pencinta adalah hidangan yang lazat. Mata tidak terkalih pada perkara lain dek kerana magis yang tertayang di pentas. Sebelum Sang Pencinta, saya tonton Alam Muzik dan konsert solo M.Nasir dengan filharmonik. ternyata yang ini memang lazat. Saya tidak boleh tidak, walau berada di barisan hadapan, tanpa peduli penonton di belakang, saya bangun dan bertepuk bila tiba pada plot-plot yang mengesankan. Dahsyatlah perasaan kala itu, walhal saya selalu juga berbual dan makan semeja dengan M.Nasir tetapi kerana sifat eksklusif M.Nasir di pentas, maka apa yang beliau tampilkan memberi impak yang sangat berbeza. Dua personaliti berbeza antara di luar dan di pentas.
dipetik dari gua.com |
Persembahan dipecahkan kepada beberapa segmen, permulaan persembahan tatkala tirai dibuka, kita hanya dipersembahkan dengan sebuah animasi yang memperkenalkan penganjur dan mereka yang membawa konsert Sang Pencinta. Namun persembahannya seperti satu 'journey' memasuki jalan dan lorong, lembah dan gunung, pertukaran sifat dan perilaku dalam iringan lagu Di Balik Cermin. Memang lagu itu berhantu, ia umpama bisikan sang pendeta. Menyuruh kita melihat yang hakiki bukan hal-hal bersifat luaran. Lagu-lagu awal sangat mengujakan, rancak dan bertenaga. Pabila lagu Apokalips didendangkan, penonton sudah terpekik dan menyanyi bersama. M.Nasir memberi tenaga yang cukup bagus kepada kami. Dari mana tenaga itu datang, saya tidak pasti tetapi M.Nasir seperti seorang remaja, berlari, melompat, menari, bersilat dan apa sahaja yang menaikkan semangat kepenontonan kami. Ketika M.Nasir memasuki segmen lagu-lagu yang popular, Mentera Semerah Padi, Tanya Sama Hud Hud, Rajawali Terbang Tinggi, Keroncong Untuk Ana dan banyak lagi, saya sudah benar-benar hanyut, setiap patah liriknya saya nyanyikan, saya dan kebanyakan penonton sudah buat persembahan di tempat duduk masing-masing. Kami memang sudah tidak tahu malu ha ha ha.
Dan ketika lagu Hijab Kekasih dialunkan, rakan di hadapan saya sudah kelu dan terdiam. Selesai sahaja segmen itu, dia meninggalkan panggung, agaknya sudah tidak mampu menanggung ketaksubannya. Kenapa saya kata begitu, sebab sebelum masuk panggung saya sudah menegurnya "Eh datang tengok M.Nasir pakai baju Great Britain? Ini tak boleh", tambah saya lagi "Boleh kontrol ke ni?". Jawabnya "Saya sudah buat persiapan, sudah ambil ubat penenang". Memang dia nampak tenang sepanjang konsert tapi dia tetap kalah dengan perasaannya.
Dan ketika lagu Hijab Kekasih dialunkan, rakan di hadapan saya sudah kelu dan terdiam. Selesai sahaja segmen itu, dia meninggalkan panggung, agaknya sudah tidak mampu menanggung ketaksubannya. Kenapa saya kata begitu, sebab sebelum masuk panggung saya sudah menegurnya "Eh datang tengok M.Nasir pakai baju Great Britain? Ini tak boleh", tambah saya lagi "Boleh kontrol ke ni?". Jawabnya "Saya sudah buat persiapan, sudah ambil ubat penenang". Memang dia nampak tenang sepanjang konsert tapi dia tetap kalah dengan perasaannya.
Segmen yang saya suka adalah segmen akustik, M.Nasir mendendangkan lagu orang lain tetapi ciptaannya seperti lagu 'Layang-layang Terputus tali', 'Srikandi Cintaku' dan 'Meniti Titian Usang'. Rasa yang beliau tumpahkan pada lagu-lagu itu sangat berbeza terutama pada lagu 'Meniti Titian Usang' yang pernah dipopularkan oleh Search. Saya dapat merasa 'weight' yang dibawa, kesan emosi pada patah-patah perkataan. Memang lagu itu sangat berat ia tidak boleh didengar kerana Rocknya. Liriknya sangat tinggi dan menginsafkan. Saya kira pengalaman dan kematangan M.Nasir bersatu dengan rentetan pengalaman penonton membawa kami menyertai perasaan dalam lagu itu. Dalam segmen ini, M.Nasir turut mengalunkan sebuah lagu baru berjudul "Aku Dah Bilang". Lagu ini sangat mudah, senang didengar dan akan cepat diikuti.
gua.com |
Sepanjang malam itu, lagu-lagu menjadi cerita yang panjang. Visual menyokong penceritaan. Juga dimasukkan persembahan Dekon oleh pelajar-pelajar ASWARA yang menyampaikan puisi Chairil Anwar dan Jalaluddin Rumi. mereka berkostume choral Greek dan bertopeng. Sangat konsepsual. Grafik bersifat visual mapping itu memang membantu persembahan, ia meningkatkan kefahaman kita pada erti lagu-lagu yang dipersembahkan.
Pendek kata, kalau ada lagi konsert M.Nasir, pergilah menonton. Ia bukan persembahan biasa-biasa. Ia bukan persembahan yang ada iringan berpuluh penari di pentas yang bersifat hiburan semata-mata. Ia bukan konsert yang sekadar memutar semula lagu-lagu hits seorang penyanyi. Ia adalah seni persembahan yang menghimpunkan semua aspek seni persembahan di pentas. Seluruh pancaindera merasai getarannya. Bila kita menonton konsert yang sedemikian sifatnya, lagu-lagu hits menjadi bonus tetapi penjelajahan fikiran itu adalah matlamatnya. Pada ketika ini, saya kira inilah konsert artis Malaysia yang terbaik, yang tampil dengan idea dan konsep yang jelas. Ia bukan sekadar selitan teaterikal tetapi ia penyampaian cerita melalui lirik-lirik yang bagus. Bertuahnya M.Nasir adalah kerana banyak lagu-lagunya yang hits mengandungi mesej yang mendalam. Ia bukan sekadar lagu-lagu cinta biasa-biasa. Malam itu, hampir 30 buah lagu dipersembahkan dan banyak lagi lagu-lagunya tidak dipersembahkan. Tahniah kepada penganjur dan team produksinya. Muzik di bawah Aznan juga hebat.
Sebelum habis show, selepas menghabiskan segmen terakhir, rakan saya yang telan ubat tadi masuk semula. Dia bisik kat member sebelahnya, "cepat jerit minta lagi sekali Hijab kekasih".
Ehh! Ini bukan karaoke ok!
Klik sini untuk entri saya tentang konsert Alam Muzik.
Ehh! Ini bukan karaoke ok!
Klik sini untuk entri saya tentang konsert Alam Muzik.
1 comment:
betul cik kem, satu persembahan yang sangat menakjubkan dari segi penyampaiannya, emosinya..fuhh..terbuai dibuatnya, seperti diri ni dibawa kke setiap perjalanan sifu di pentas.NASIB BAIK ADA UBAT PENENANG DARI SWIS.HAHAHAH
Post a Comment