Jom Kita Jadi Geng

Monday, January 30, 2012

BEYOND BORDERS: PERFORMING ARTS: Raising academic performance


Thursday, January 26, 2012

SBPA DAN KANAN

Abu Hurarirah meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud " Jika kamu memakai kasut (alas kaki), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka." (Hadis Riwayat al-Bukhari).

ini telapak tangan kanan CheKem...ekslusif ya!
Banyak pengertian tentang kanan. Banyak juga dalam perbendaharaan Melayu menggunakan kanan sebagai simpulan atau pepatahnya. Kita biasa menyebut 'langkah kanan' apabila sesampai di rumah orang tiba-tiba dijamu dengan hidangan atau dapat imbuhan. 'Orang kanan' juga diertikan sebagai orang penting begitu juga dengan sebutan 'haluan kiri' yang bermaksud tidak seiring dengan pimpinan yang memerintah...maka yang mengikut tu agaknya disebut 'haluan kanan' hehehe. Salmat bin al-Akwaa' bercerita tentang seorang lelaki makan di sini Rasulullah SAW dengan tangan kirinya lalu Baginda menegurnya dengan bersabda "Makanlah dengan tangan kananmu. Lelaki itu menjawab: Aku tidak berupaya berbuat demikian. Baginda bersabda lagi: kamu tidak berupaya? sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan sombong." Salmat berkata: Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan kanan ke mulutnya (cacat selamanya)." (hadis Riwayat Muslim)

Dan sebab itulah tangan kanan diguna untuk makan manakala tangan kiri untuk menyuci. Jika kita membasuh tangan hendaklah dimulakan membasuh sebelah kanan dahulu  begitu jugalah apabila kita mahu berwuduk atau bersedekah, kita hendaklah menggunakan tangan kanan bukan kiri. Kita selalu menegur anak atau orang yang memberikan sesuatu dengan tangan kiri. Kalau saya, saya sebut sahaja eh...bagi tangan kiri? Kalau orang memberi duit raya tangan kiri, tentu dirasa janggal....apatah lagi kalau mahu berjabat tangan. 

Bagaimana pula dalam organisasi? Adakah yang kanan selalu diutamakan? Di sesetengah perkhidmatan ya! Orang kanan disebut juga adalah orang-orang penting yang membuat keputusan atau yang merancang dan mengurus. Biasanya kelompok ini memikul tanggungjawab besar, jika gagal mereka dahulu dipertanggungjawabkan. Kalau berperang mereka adalah pemimpin kepada kumpulan. Tetapi dalam sesetengah organisasi kekananan tidak dipakai 100% contonhya dalam pekerjaan kreatif. pangkat atau gelaran bersengkongkol engan kreativiti. Dalam hal kreatif, manusia menjual idea dan manipulate idea itu untuk diterjemahkan. Siapa menjual idea paling bagus maka dia lah di atas. Apabila kreativiti itu pindah kepada mengurus barulah wujud siapa kanan siapa bawah.

Apabila kerajaan cuba hendak memperkenalkan SBPA (skim baru perkhidmatan awam) kepada 1.3juta kakitangan awam dengan paksaan menerimanya dalam tempoh 2 minggu timbul sedikit kekacauan. Semua staf kerajaan atas bawah, kiri kanan bercerita. Ada menyokong dan ramai juga yang merungut. Apabla orang kanan dalam perkhidmatan memaksa semua atas dan bawah menjawab setuju atau tidak dengan skim itu, lalu CUEPACS pun muncul sebagai hero untuk mewakili suara tidak puashati. Sebenarnya yang saya perhatikan banyak hal yang dirungutkan. tempoh berkhidmat 60tahun sebenarnya menyekat dan melambatkan pergerakan jawatan staf. ya lah nak menunggu pencen sampai 60 entah-entah innalillah...dahulu...mati celik. Yang paling ramai merungut mengenai kenaikan gaji. Memang semua orang menerima kenaikan gaji antara 7-13%. Biasanya begitulah tawaran yang diberi. Setiapkali berubah skim maka dapatlah angpau sikit. Tapi kali ini agaknya kakitangan dah ramai cerdik dan mula nampak bahawa yang untung bukan semua tapi sebilangan jawatan sahaja...nunnnn yang di atas. Di sini lah menampakkan perbezaan ketara antara orang kanan dengan yang di bawah. 

Apabila PM umumkan kenaikan 7-13 %, masing-masing dah menghitung berapa kenaikan mereka. Yang kelompok bawah tentu sekali mengira kenaikan mereka 13% kerana itu janjinya demi menaikkan taraf hidup rakyat. Kesian. Rupanya mereka bermimpi. Rupanya kenaikan ditawar pada gaji paling hampir. Maksudnya mungkin ada naik RM200 dan ada juga yang naik RM1 sahaja. Itu pun kenaikan juga apa. namun yang mengejutkan kenaikan bagi jawatan kanan ada yang cecah RM8000. betul ke? Entahlah ini cuma saya dengar dan baca cakap-cakap orang aja. Tak sangka kan kalau itu yang berlaku.

Nampak gayanya hasrat kerajaan mahu  mencapai status negara maju berpendapatan tinggi takkan kesampaian jika ini berlaku. Yang bawah tetap rendah sekali, yang atas makin memuncak tingginya. Jurang makin jarak. Ini kesannya apabila Orang Kanan yang memikirkan pelan keseluruhan perkhidmatan yang merangkumi kebajikan mereka sendiri. Kalau yang ikhlas nak menolong oklah tapi kalau jenis merasa gaji 8000 itu kecil daripada 1000 maka lupakan saja. Dalam hal ini saya rasa semua kelompok perkhidmatan perlu ada dalam perbincangan. Hari ini dah berbeza...kecil jangan disangka anak besar jangan disangka besaRRR...mungkin dia obesiti!!!
1993. Setiap kali saya pandang foto ini...hati saya sayu dan jauh pergi.  Saya dibodoh dilembukan. Tapi saya tahu itu semua harga yang perlu saya bayar untuk hidup hari ini.









Itulah cerita tentang Yang Kanan. bagi saya secara peribadi, kalau SBPA diperkenalkan semula, sign sahajalah kerana itupun pada awalnya masa kita hendak berkhidmat dengan kerajaan...akur dan setia dengan perjanjian. Kalau hari ni kita dapat seringgit ...alhamdulillah. Kita berusaha untuk bahagia...kalau gaji sejuta tapi tidur macam tak berbantalpun buat apa ya!!! Kita redha dan biarlah mereka menjawabnya di akhirat.

Buat anak-anak muda...kejarlah pengalaman dan pengetahuan. jangan fikir berapa gaji awak akan dapat bila habis belajar nanti. Memang duit itu hidup tetapi hidup itu lebih penting dari duit. Dunia moden hari ini kurang mengajar kita berinteraksi dengan alam dan manusia...jadi kalau itu resamnya..ubahlah...balik kepada fitrah kita orang timur. Mengais ilmu pagi ini untuk bekalan sepanjang hidup. 

Wednesday, January 25, 2012

ABSTRAK 2 : SYURGA 1

Apa yang anda lihat itulah yang anda dapat. Saya abadikan lukisan ini dengan penuh kasih sayang. Apa yang anda lihat? hehehe adakah warna dan garisan itu mengelirukan? cuba lihat dan amati betul-betul, mesti anda akan ketemu maksud sebalik lukisan ini. Kalau tidak bertemu...ahh pasti bertemulah! Jangan peningkan kepala ya...tengok dan tafsir sahaja ikut tafsiran anda. Dalam abstrak tidak akan jadi satu jenayah.

Monday, January 23, 2012

BIRTHDAY PARTY RHEA

Birthday Girl ke 7 tahun memilih konsep Princess of Bollywood.
Kononlah...sebenarnya baju ni dipakai semasa majlis Swatari
tahun lepas.


Tak banyakpun kami masak sekadar pasta,
 nasi tomato, sosej, puding  sahaja.
Yang lain tu gula-gula, buah-buahan
dan kuih yang dibeli. 
Lihatlah riak wajah gembira Rhea. Walau sebiji kek yang
 bukan dari Secret Recipe huhuhu

Petang tadi berlangsung majlis sambutan ulangtahun Rhea ke-7. Bunyi macam grand kan? Tapi sebenarnya ia sekadar majlis Rhea dan kawan-kawan sepermainannya di perumahan ini. Sebilangan sahaja yang hadir sebab kebanyakannya sudah pulang bercuti. Namun itu tidaklah mematahkan impian Rhea untuk menganjurkan majlis hari lahirnya. Dari pagi lagi Aish dan Rhea dikerah agar memastikan rumah kemas dan teratur.











Ya lah, jika tidak, bersepah barang mainannya. Terutama Rhea...toys-nya penuh depan TV. Tapi pagi tadi dek semangatnya untuk buat birthday party maka diusahakan perintah kami. Mereka berdua juga diarahkan untuk pergi 'bermadah' yakni menjemput kawan-kawan mereka...jadi pergilah mereka berdua dari rumah ke rumah menjemput rakan mereka ke majlis. Walaupun jemputan pada jam 4 petang tapi majlis kami tertunda hampir jam 5 petang. Al maklumlah chefnya kurang pro heheheh.. HAPPY BIRTHDAY RHEA!!!

Friday, January 20, 2012

CEREKARAMA NON YANKEE

Saya baru sahaja selesai penggambaran slot cerekarama. Judulnya Ijam Anak Non Yankee. Telefilem ini arahan Heykal Hanafiah. Kenal atau pernah dengar namanya? beliau adalah pengarah drama episod seperti Amara dan Jiwa Lara...yang terkini drama Gemersik Kalbu yang sedang hangat di TV3. 

Drama Ijam Anak Non Yankee berkonsep komedi hehehe trust me...ini pengalaman yang baru bagi saya huhuhu....tak reti nak cerita apa yang saya buat tapi tengoklah nanti. katanya untuk tayangan februari nanti. Dalam cerita ni saya pegang watak Non Yankee. Kasanova zaman dahulu yang ditakdirkan mempunyai anak lelaki yang tidak mengikut caranya. bayangkan saya romeo!!! Kalau sebelum ni saya banyak main cerita serius, jadi bapak atau ahli perniagaan yang serius memanjang...tapi kali ni saya totally lain. 

Drama ini saya berganding bersama nama-nama popular masakini antaranya Awal Ashaari yang pegang watak Ijam anak kepada saya, Aktres Lydiawati sebagai isteri saya iaitu Midah. Manakala Faezah Elai sebagai Imah dan neelofa sebagai Lin. Lin dan Imah muncul sebagai dua gadis yang punya hubungan istimewa dengan Ijam. Beberapa konflik menarik dimunculkan dan ianya bukanlah bersifat slapstik. Cerita yang membawa komedi. Saya tak mahu ulas panjang tentang watak dan lakonan saya ...tunggu sahaja ya..
Foto atas ni...pengarahnya Saudara Heykal Hanafiah. Tak kan tak pernah baca kisah kahwinnya dengan Faezah Elai?

NI LAH CEREKARAMA ''IJAM ANAK NON YANKEE'' full version ya


Tuesday, January 17, 2012

HADIAH HARIJADI RHEA KE 7

Ahad 15 Januari, Rhea berulang kali gesa saya untuk memulakan aktiviti melukis. Katanya 'cepatlah Babah, kata nak buat painting''. Saya agak malas nak bingkas untuk melukis. ''kan babah kata nak ajar adik melukis. Takpa Babah ajar adik lepas tu Babah tak payah lagi bagi hadiah harijadi untuk adik''. Wahh ini sudah bagus. Tapi kenapa dia betul bersungguh-sungguh nak melukis? Saya risau takut kerjanya separuh jalan sahaja. Tapi dek kerana Rhea bersungguh-sungguh nak buat painting....saya layan sahaja. Kat rumah memang dah ada dua tiga keping kanvas untuk saya melukis tapi terbiar sahaja selepas bengkel itu hari. Elok lah juga Rhea nak melukis. Mungkin enjin saya pun boleh panas sikit untuk berkarya.
Masa saya bagi kanvas yang bersaiz besar. al maklumlah biasanya kanvas ni untuk pelajar senilukis atau orang profesional melukis. Saya macam gamble saja. Maminya pun bertanya ''eh babah bagi kanvas besar tu?'' ..""adik you better do it and finish your drawing kalau tidak membazir saja''. Rhea tak berkata apapun dia macam yakin saja.
 Bila saya lihat dia pegang berus dan memulakan garisan dalam hati saya kata ''eh eh confident aja Rhea ni''. But believe me, her stroke and the way she handle the brush tu memang meyakinkan. Saya tanya adik nak lukis apa. Dia cakap nak lukis rumah dan pokok. Saya kata ''you better draw the sketch first'' tapi dia jawab ''tak pa adik tahu nak lukis apa''.
 Sewaktu Rhea melukis pokok, batangnya agak kembang lalu saya menegur ''kenapa batang pokok adik macam skirt''. Terus Rhea diam dan menangis. Dia menangis teresak-esak seperti orang yang sangat kecewa. Jenuh saya memujuk. Dia tetap menangis dan tidak boleh terima yang pokoknya sudah tidak menjadi. Saya kata padanya ''takpa ok tu. takda salah nya. bukannya semua pokok lurus'' lalu saya minta nak perbaiki pokoknya itu. Bila saya pecahkan batang pokok yang kembang itu kepada pokok bersilang, Rhea lagi menangis sebab lakaran saya tidak seperti apa yang dia mahu dan katanya ''mana ada pokok macam tu''. Issshhhh saya lah pulak yang salah. Terpaksalah saya cari rujukan supaya dia yakin, lalu saya tunjukkan beberapa gambar dalam surat khabar dan tunjukkan pokok-pokok di luar tingkap. Lepas dia perhati dan amati bentuk-bentuk pokok dia yakin dan mula menyambung lukisannya. Huuuuhhhh legaaa.
Apa yang saya perhatikan, Rhea memang bersungguh-sungguh bekerja untuk karyanya ini. Dia berulang kali sebut ''Babah tak payah bagi dia hadiah sebab dia dah dapat hadiahnya''. I'm speechless. Di sini saya lihat iltizamnya sangat tinggi. Dia mahu buat semuanya. Saya turut uji kebolehannya tentang warna. Saya tanya macamana nak dapatkan warna hijau, warna oren, warna ungu, warna pink dan macam-macam lagi. Dia jawab selamba dan yakin sekali. Bagusnya aktiviti ini, kita boleh lihat bagaimana anak berkreasi. Bagaimana dia memahami dan meletakkan logik pada sesuatu perkara. Saya bertanya sebab dan tujuan agar dia selalu berfikir. Kata sorang artis agung ''semua kanak-kanak dilahirkan sebagai pelukis tapi tidak semua mampu menjadi pelukis''. Saya rasa minat itu perlu dipupuk. Jangan mengata salah dan buruk pada sesuatu kerana ia mematikan kreativiti anak itu. go go Rhea! 
Akhirnya lukisan Rhea siap selepas beberapa jam. Proses ini membantu Rhea memberi tumpuan pada sesuatu kerja. Maminya impressed dengan kerja Rhea. Di bawah ni karya pertama Rhea menggunakan acrylic. Lukisan landscape ini ada saya tambah sikit-sikit. Namun daripada segi pemilihan warna dan lakaran tu semuanya hasil sentuhan Rhea.
Tahniah Rhea Mirza Mohd Kamarulzaman. Babah doakan yang terbaik untuk anak babah. Semoga usia yang baru ini membuka lembaran baru buat Rhea Mirza. Tentu sekali kasih sayang dari babah, Mami dan Abang untuk the only princess in the family. HAPPY BIRTHDAY.

Tuesday, January 10, 2012

ABSTRAK

ini Abstrak kedua. Rasa lega sikit.
ini Abstrak pertama saya. Menyedihkan.
Alaaa melukis...kacang aja lah. Saya dulu memang score dalam Lukisan. masa SRP saya dapat A2 dan masa SPM pun saya dapat A2. Cuma saya saja tak mahu terus melukis. Hahaha bongkak sungguh kata hati saya tu. Saya anggap melukis itu mudah sebab ia antara bakat semulajadi saya. Jadi apabila Fakulti Seni Halus ASWARA anjurkan bengkel lukisan abstrak, saya sangat teruja mahu sertai maklumlah rasa boleh buat. Guru bengkel kami saudara Suzlee Ibrahim dan dibantu oleh saudara Rasfan Abu Bakar berlangsung selama 4 hari sahaja. Rupanya saya silap. Saya tak tahu bagaimana mahu apply berus dan apply warna pada kanvas. hohoho ... apa yang selama ini saya bangga rupanya silap. Saya campak ego itu dan saya mula semula. Bagusnya Suzlee dan rasfan...mereka bagi kata-kata yang baik sehingga merangsang keberanian saya untuk melukis. Saya tidak suka abstrak. kalau orang bagi saya lukisan abstrak saya akan lihat warna dan bentuk sahaja. 
Abstrak ketiga. Yang betul-betul saya kecewa. Saya putus asa.
Bila pokok jadi pokok mana nak abstraknya!! Saya buang!


Abstrak keempat. Selepas bantuan Suzlee. Dia kata saya
jumpa style. Ini bagi sikit motivasi untuk saya melukis.
Saya lebih suka melukis realism. Itu senang. Tengok dan dapat. Tak payah nak fikir dalam-dalam. Kalau gambarnya kereta maka kereta yang kita nampak...kalau laut lautlah bukannya kehidupan oooo...so metaphore! Bila nak start melukis saya stress. 


Tak tahu di mana nak bermula. Saya gerakkan berus tetap jadi realis. pokok jadi pokok. bangunan jadi bangunan. huuuuh...hari kedua saya jadi putus asa bila kelas still-life tetap jadi apa yg saya nampak. 
Tak jadi abstrak! Saya berhenti balik ke bilik termenung macam nak menangis...rasa gagal. Lepas Asar balik ke studio...saya dah mengalah pada Suzlee. Tapi guru ni tetap dorong yang baik. Ok saya terus...saya habiskan juga.
Ini Abstrak kelima saya setelah saya apply tunjuk ajar dari guru-guru. Buat masa ini
saya bekerja dengan style begini dulu. Sebelum jumpa style yang benar-benar
saya puas. Boleh baca ke apa yang ada dalam lukisan saya ni?

Ingin tahu lebih lanjut mengenai fakulti Seni halus ASWARA? layari sahaja ke Finearts ASWARA


Saturday, January 7, 2012

BUBUR ASYURA TAHUN MASEHI

Adakah saudara tahu apa itu bubur asyyura atau Adakah saudara pernah memasak bubur Asyyura? Saya sengaja mengemukakan soalan itu. Di tengah kehidupan yang serba moden ini, sewaktu masyarakat Malaysia sibuk membangunkan diri dan ketika nilai murni hidup bermasyarakat kian lupus dari anggotanya maka jarang sekalilah kita mendengar adanya majlis gotong royong membuat bubur asyyura. Apatah lagi kalau hidup di KL. Lagilah susah untuk kita merasa dan membuat asyyura. Jarang sekali dan mungkin kerana cara hidup sudah berbeza di mana kita kini lebih gemar membeli dari memasak apatah lagi kalau makanan yang sifatnya memerlukan berjam-jam tempoh menyediakannya. Jadi asyyura sudah dilihat sebagai makanan eksotik yang dimiliki oleh masyarakatnya. Ia berbeza antara bubur assyura daripada satu negeri dengan negeri yang lain. Kalau di Utara, asyyuranya lebih seperti manisan puding, kalau Johor lebih seperti bubur lambuk berempah, Terengganu seakan Kelantan tetapi kekal dengan identiti ikannya. Kelantan semacam bingka dengan 'flavour' rempah, daging dan manisnya begitu dominan. Entri kali ini, saya nak bercerita tentang bubur Assyura Kelantan versi Kampung Kubang Panjang Pasir Mas yang disebut sebagai Sugho@Suro.

Bahan Suro: Beras, Kacang Hijau, Ubi Stelo, Isi jagung, Daging ,
Bawang merah, halia, serai, lengkuas, jintan manis, santan, garam, gula, ketumbar, hada dan
rempah suro yang dibeli khusus dari Pasir mas.
Sebenarnya kami merancang untuk berpakat membuat Suro semasa dalam bulan sambutan Awal Muharram namun kerana dek kesibukan masing-masing di mana hampir setiap hujung minggu ada antara kami tidak lapang maka ditunda lah ke satu tarikh yang sesuai. Kami setuju biarlah walau bukan dalam sambutannya tetapi kami mesti bersama memasak Suro atas keinginan yang membuak-buak nak makan suro versi kami. Maka bertemulah kami pada tarikh 1 Januari 2012 di rumah abang saya Ghazali di Pinggiran Bukit Antarabangsa. Jadilah program kami sebagai Majlis Bubur Asyyura Tahun Baru Masehi. Tak mengapalah asalkan semangat dan hasrat itu mengikat pertalian kami.


Cadangnya kami mula mengacau Suro selepas makan tengahari di mana kami potluck saja dari rumah. Masing-masing bawa lauk. Namun rancangan mengacau selepas tengahari terbantut apabila dapur untuk masak belum ada hehehe. Kenalah Ghazali dan Zulkifli ke pasar mencari dapur serta beberapa keperluan lain. hehehe apatah lagi kuali yang dibawa zulkifli kurang sesuai untuk masakan lasak seperti suro. Sementara menunggu dapur balik, saya mengetuai kerja di dapur. Kenapa saya? sebaba isteri-isteri abang dan isteri saya tiada langsung pengalaman memasak Suro malah boleh dikatakan 'no-idea'. Isteri saya pernah makan tapi tak tahu apa bahannya. Jadi saya cadangkan semua bahan yang nak dimasukkan dimasak dahulu. Ia boleh menjimatkan masa mengacau. Biasanya Suro ni mengambil masa lebih daripada 6 jam untuk masak. Lalu saya dan kaum wanita merebus kacang hijau, kukus ubi stelo, blend beras,rebus dan ceraikan daging, kisar jagung, kisar rempah ratusnya. Bila dapur di atas tungkus terus beras dan air masuk untuk dijadikan bubur. Jimatlah masa sedikit kerana tak perlu tunggu beras tu hancur jadi bubur sebab sudah dikisar dan boleh aja masukkan kacang hijau yang direbus. Teksturnya seperti foto di atas.

Semua bahan-bahan tadi dimasukkan satu persatu. dimulakan dengan kacang hijau, ubi stelo, jagung, rempah, santan dan daging. gula dan sedikit garam masuk pada peringkat akhir. Bahan tersebut perlu dimasukkan satu persatu bagi memastikan bubur betul-betul bergaul dengan bahan itu. Apabila masukkan santan dan rempah, tekstur bubur akan kembali cair jadi perlulah dikacau sehingga sedikit kering dan mendidih ini memastikan santan itu betul-betul masak bersama rempah tadi. Ada setengah resepi, mereka memasak santan dan rempah sehingga pecah minyaknya barulah dimasukkan ke dalam Suro. Itupun boleh juga dan sebenarnya ia lebih baguslah.

 Kemudian masukkan daging. Hari tu daging kami sekilo sahaja. Rasa macam kurang jadi kami campurkan dengan daging ayam. Sedap juga. Kacaukan seketika barulah masukkan garam dan gula. Peringkat ini kita perlu kacau suro sehingga ianya kering. Indikatornya ialah apabila letakkan atas daun pisang, isi suro tidak lagi melekat. Maka bolehlah diangkat. Tapi hari itu Suro kami tidak jadi begitu, walau dikacau hampir 5 jam ia tetap melekit dan walau disejukkan pun ia tetap lebih. Kami jadi hairan dan saya tidak temu puncanya sebab kami 'follow' kaedah memasaknya. Namu bolehlah dimakan dan memang sedap sama seperti suro kami makan masa kecil-kecil dahulu...hmmm nyam nyam.
Baju hijau tu Ghazali. Yang tangan terbuka tu Zulkifli. Kami tiga beradik sederet.
Zulkifli ke4, Ghazali ke5 dan saya ke6.

 Hari tu, bukan keluarga kami bertiga sahaja tetapi Ghazali turut menjemput keluarga angkat dan rakan sepejabat mereka. Riuh rendah lah jadinya dengan suara budak-budak. Masing-masing penuh sabar mengacau sambil berkongsi macam-macam cerita. Inilah seronoknya gotong royong masak Suro, ia sebenarnya membuka lebih banyak ruang untuk kita mengenali rakan dan menyelami saudara. Sebenarnya semasa kami mahu mula memasak. Saya, Ghazali dan Zulkifli tidak begitu pasti akan kaedahnya. Ia hanya berbekalkan memori dan nostalgia. Kami flashback apa yang kami lalui semasa zaman budak dahulu dan terjemahkan pada hari ini. Namun hasilnya voila! Malah kakak saya dari Kuala Krai, Sarimah yang turun KL pada Rabu lalu turut mengakui bahawa Suro kami sedap dan sama macam kat Kubang Panjang.
kalau dilihat pada warna dan teksturnya, memang tahu Suro ni dah JADI.
Untuk lebih sedap, suro ni dimakan dengan kelapa goreng yang ditumbuk dengan halia, bawang dan garam.
Kalau rajin buat telur dadar dan potongnya nipis-nipis hmmmm
Tetapi saya tetap kurang berpuas hati dengan kadar kelikatan suro kami. Puas saya fikir dan renung di mana silap kami. adakah kami tertinggal proses atau tersalah rempah. Sampailah saya ter'flashback' adegan didapur sewaktu menyediakan bahan-bahan. Sewaktu memotong ubi stelo hati saya terdetik lalu kata ''eh Kak Na ni bukae ubi stelo ni'' Kak Na sanggah ''Ubi stelo lah ni, ubi stelo jepun''. Saya setuju. Dan selepas mengukus untuk mengekalkan bentuk ubi stelo hati saya tetap mengatakan itu bukan ubi stelo. Saya pasti itu ubi kacukan antara ubi stelo dengan ubi badok. Thats wahy lah suro kami tak mengeras walaupun disejukkan.

Apapun terima kasih kepada semua yang turun padang. We had such a great time and great moments. Without u all...the Suro maybe turns disaster. Untuk saudara semua, saya cadangkan buatlah aktiviti begini, ia sebenarnya bukan sekadar nak makan Suro itu tetapi ia menghidupkan warisan dan menurunkan kepada anak-anak. Jikalau saya tidak melihat pakcik makcik di kampung masak Suro, tidak mungkin saya punya kekuatan untuk menyediakan maskaan warisan ini. Begitulah, apabila kita melibatkan anak-anak dengan harapan mereka kenal, ingat dan warisi kepada anak-anak mereka kelak. 

Monday, January 2, 2012

TAHUN BARU BUAT RHEA

Foto di atas adalah rakaman detik Rhea menghadiri hari pendaftaran sebagai pelajar Tahun Satu di SRJK Lai Meng, KL pada 31 Dis 2011 yang lalu. Beza kan saiz dia dengan dua rakannya tu. Subur sungguh anak perempuan saya ni. Januari 2012 Rhea akan menginjak usia 7 tahun. Anehnya saya mungkin seperti ibubapa lain mahu dia terus kecil agar keletahnya terus begitu. Mustahil kan. Sudah 7 tahun adik...hmmm tak tahu Babah nak gambarkan perasaan ni. Moga Rhea kuat semangat untuk belajar tambah-tambah lagi di sekolah cina. Banyak tugas dan kerja kuat tu.
Foto di atas dirakam oleh Maminya semasa mereka menghadiri hari penyampaian sijil di Tadika Lai Meng. Sebelahnya, Arisha anak kepada Zaifri. Mereka akan sama-sama berada di kelas yang sama pada Tahun Satu nanti.

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...