Jom Kita Jadi Geng

Wednesday, February 13, 2013

HANTU KAK LIMAH 2 & JUVANA THE MOVIE

Dua lagi filem yang saya tonton di panggung. Kali ni kedua-duanya filem Melayu. Betullah kata orang, alang-alang ke panggung tu biarlah filem tu berbaloi dengan kos yang kita keluarkan. Kos tu bukanlah sekadar harga tiket tapi masa dan tenaga juga perlu diambil kira. Kesediaan kita untuk keluar rumah adalah satu pengorbanan juga. Hahaha...

Dua filem itu ialah Husin, Mon dan Jin Hitam Toncit (a.k.a Hantu Kak Limah 2) dan Juvana. Berbeza sekali genre nya kan. Satu komedi dan satu lagi drama aksi. Dua filem ini pun sudah menunjukkan kemajuan industri kita hari ini. genre nya sudah pelbagai demi memenuhi tuntutan khalayak dan meletakkan filem kita di peta filem dunia. Baiklah, Husin Mon dan Jin Pakai Toncit adalah salah satu daripada filem-filem komedi karya Mamat Khalid. Memang kepakarannya bercerita dan menghasilkan filem bercorak begini diperakui, malah Mamat sendiri pun dianggap punya kemahiran komedi yang bagus kalau tidak taklah dipanggil untuk jadi juri lawak. Tak gitu? Jadi dalam filem Hantu Kak Limah 2 ni, apa expectation anda setelah terbahak-bahak dengan Hantu kak Limah 1? Masa melangkah masuk panggung pun, itulah yang saya nak tengok pun. Secara umumnya, filem Hantu Kak Limah 2 ini tidak mengecewakan. Mamat punya cerita yang nak diceritakan malah ceritannya berkembang dari Hantu Kak Limah 1 dulu. Tidaklah kita tengok sebuah sekuel yang tidak berkembang watak dan ceritanya. 

Hantu Kak Limah 2 ini bagai menyimpul kekusutan Kampung Pisang setelah dimulakan dengan kisah zombie nya. Puaka sungguh kampung ni ya. Pilihan Mamat Khalid menjadikan sekuel ini berlatarkan kisah beberapa tahun selepas peristiwa Kak Limah gila. Malah Kak Limah pun dah sihat bahkan menggoda dengan punya keupayaan bercakap dan menganjurkan lawatan ke Singapura. Itu satu lonjakan dalam watak Kak Limah. Tapi nyatanya watak Kak Limah begitu sahaja. Kak Limah tidak digunakan dengan baik untuk membantu Kampung Pisang menangani konflik barunya. Kewujudan Jin Hitam Pakai Toncit yang datang untuk menuntut persembahan selepas 67 tahun berlalu juga menarik malah Rashidi Ishak sebagai Jin bertopengkan manusia sehebat Dr.Shamsuddin juga sesuai. Tapi apa jadi dengan watak-watak lain? Watak Husin begitu sahaja perwatakannya, sama juga dengan ucop,pak jabit dan pak abu. Adalah dibezakan dengan kedai pak jabit yang sedikit maju dan ucop dah pakai motor. Saya kira Hantu Kak Limah 2 ini punya cerita yang menarik tapi garapannya sedikit gopoh. Dalam komedi 'timing' sangat penting dan saya rasa Hantu Kak Limah 2 lemah sikit contohnya waktu Husin tunjuk silat nak lawan tiba tiba jatuh pelepah kelapa, timing yang lemah buat kesan kejutan pada adegan itu kurang berkesan. Ketiadaan Johan Raja Lawak dalam sekuel ini memberi kesan pada watak Ucop. Ucop dilihat sebagai watak tak bermaya, seolah-olah dipaksa-paksa komedinya. Ucop tidak menjadi kali ini. 

Kesimpulan tentang Hantu Kak Limah 2 ini mudah, ia tetap menghiburkan tetapi tidak sebaik yang dulu. Saya kira dalam Hantu Kak Limah 1, penduduk Kampung Pisang berperang dengan sikap dan persepsi masing-masing dalam menangani hal dalaman, jadi ia memberi kesan kepada watak seperti Ucop, Abi, Pak Jabit dan pak Abu yang sedaya mungkin menangani konflik dalaman. Berbeza dengan Hantu Kak Limah 2, penduduk Kg.Pisang berperang dengan musuh dari luar dan ini menjadikan watak-watak tersebut kalah dalam berjuang, mereka tidak jadi jaguh kampung, mereka tidak daya mempamer kebijaksanaan dek kerana segan dengan manusia luar yang berstatus seperti Dr.Shamsuddin. Cerita ini lebih kepada kisah Mon melawan Hantu Toncit. Itu pandangan saya tapi kalau ada tafsiran yang melihat hal-hal semiotik kenalah tunggu ulasan Hassan Mutalib.

Juvana, saya tidak punya cerita yang panjang. Bagi saya cerita di TV lebih seronok ditonton. Namun tahniah untuk pengarahnya kerana punya kemampuan bercerita yang baik. Tidak ada kekeliruan cuma bila genre seperti ini, kesan takut, cemas, emosi yang lain perlu sama dirasa oleh penonton, dan yang itu agak lemah. Bagi saya, Filem Juvana ini betul-betul mengangkat watak Apek dan perubahan pada perwatakannya boleh dirasa tambah lagi lakonan (tak tahu namanya) boleh dipuji. Watak Daim, Botak dan rakan yang lain bukanlah tidak membantu tetapi kurang mengesankan. Sayang sekali watak Daim hanya begitu sahaja konfliknya. Pelakon sebaik Zahiril seeloknya dicabar dengan konflik yang lebih besar. Watak Lan Todak lakonan Sharnaaz mengelirukan saya. Adakah dia gila, bodoh, psiko atau memang sifatnya suka pada keganasan tidak muncul. Ia sekadar wujud untuk jadi musuh. Memang saya tidak nafikan Lan Todak menimbulkan kebencian kita tapi ia tidak berkesan sebagaimana kesan kita melihat watak Anthony Hopkins dalam Silence of The Lambs.
Walau bagaimanapun Juvana membuka tahun 2013 dengan kutipan yang baik dan kini sudah ada di Astro First. Jadi tengok ajalah ya. Saya menulis ini sekadar catatan peribadi pengalaman seorang penonton. Opps sebelum lupa, Saya cukup suka pada kakak yang mainkan watak Mak Apek tu, she so good! Siapa sangka beliau dulu adalah pelakon tambahan sahaja tapi lakonannya mengalahkan pelakon yang ngetop! Syabas Kak!

3 comments:

Lady Windsor said...

Wahh wahh wahh movie marathon nampaknya yer..ni yang buat i jeles dengan u chekem..tak apa-tak apa one fine day nanti i buat movierace..tengok movie sampai lebam kan...kikiki!

chekem mirza said...

masa free...dah brapa tahun xdapat mxm ni. kalau tak asyik tgk dvd saja... movierace tu menarik tp xsangguplah takut muak

chekem mirza said...
This comment has been removed by the author.

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...