Spiderman dirundung derita kerana unsur kejahatan yang berada dalam dirinya.
Dia cuba menunjukkan kuasanya dan menyerang seorang celebrity
Spiderman dirundung derita kerana unsur kejahatan yang berada dalam dirinya.
Dia cuba menunjukkan kuasanya dan menyerang seorang celebrity
Tahukah saudara bahawa Aish Mirza berkongsi tarikh harijadi bersama dengan ketua saya, Kak Ros. Kami raikah harijadi Kak Ros semasa beliau sedang bekerja di studio sinografi. Hajatnya nak buat surprise lah, tapi plan tu lambat sikit sebab asyik bertangguh waktu untuk membeli keknya. Sebenarnya Marlia menjadi teraju kepada budaya kejutan ini. Hajat nak surprise kat bilik Kak Ros tapi kat studio pun ok juga. Saya tertinggal bateri kamera kat rumah jadi tidak dapat merakam detik manis itu. Apapun Selamat ulang tahun KAK ROS yang ke 4...?
Dan tentu sekali, pada 13 Mei kita turut sama meraikan Hari Ibu. Istimewa buat isteri saya yang banyak berkorban dan selalu sahaja mengalah dengan sikap buruk saya ini. Terima kasih kerana menjadi ibu kepada anak-anakku! Thanks NIDA! Mami untuk hari ibu tiada apa yang dapat Baba suakan hanya sekadar kasih sayang dan rasa terima kasih yang teramat. Baba juga ucapkan SELAMAT HARI JADI YANG KE 3...? pada 15 Mei 2007 ini.
Dan terakhir sekali, pada hari ibu ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua ibu yang tercinta, Arwah Mek... yang melahir, membesar dan mendewasakan saya dengan gelombang suka duka hidup...tanpa nya saya tidak berdiri seperti hari ini! Kedua adalah Mama... terima kasih kerana menyambung kasih ibu yang hilang dari sisi saya...kehadiran Mama mengubati kerinduan saya pada Mek.
Selaut tinta tidak cukup untuk kutulis tentang kasih sayangmu...Thanks MEK AND MAMA!


Namun ia berlaku sebaliknya, dua tiga hari selepas itu, di dalam seminar mengenang tokoh bangsawan, Prof Rahmah Bujang bercakap bagi pihak Pak Rahman yang sedih dan kesal dengan persembahan bangsawan semasa majlis Anugerah Seni! saya masih Ok . Nyatanya ia tidak habis di situ... di dalam kelas bersama pelajar Pak Rahman terus lagi dengan kempennya mengulas kecacatan dan kesal dengan persembahan tersebut. Ini membuatkan saya jadi terbakar. Saya tidak boleh menyerang...orang melayu kena hormat orang tua tetapi bagi saya yang tua dihormati kerana tempat minta petua, yang baik laku,yang berbudi, yang ilmunya dapat ditimba, yang dituakan kerana bijak berunding tetapi orang tua yang saya berhadapan adalah orang tua yang tua kerana tua, orang tua kebelan, lebuh panjang, tua kelapa atau tuanya Quran Buruk! Sebenarnya apa yang dia nak persoal? Adakah dia merasakan bukan saya sepatutnya mengarah persembahan itu atau mungkin tiada yang hebat membuat bangsawan selainnya? Dan apa pula kalau saya nak persoalkan tentang bangsawan Taming Sari, Delima Sri Temiang, Saudagar Rapudin dan banyak lagi yang tidak tahu hujung pangkal sebab musabab kejadian kalau memberi adat untuk istiadat walau di Jawa, di Perak atau Di Acheh semuanya sama? Jadi nak dirujuk apa? Apakah yang perlu kita buat dengan surihatinya yang merayu untuk bernayanyi setiap kali persembahan bangsawan dan mohon disebut sebagai Primadona kesayangan? Kadang-kadang terfikir perlukah semua orang seni yang tua diberi gelar TOKOH!Foto-foto di bawah ini mampu menceritakan kemeriahan Persembahan Anak Raja Panah yang menerima sambutan yang baik dan tidak membosankan. Ada beberapa perkara yang menjadi kelemahan persembahan ini namun ianya dilindungi dengan kesantaian permainan para pelakon. Produksi ini dibimbing oleh Puan fatimah Abdullah (Kak Semoh) dan cerita ditulis oleh Dr Ghulam Sarwar. Ada beberapa pelakon yang mencuit hati saya dan saya merasakan bahawa mereka mempunyai potensi besar sebagai pemain makyung, khususnya Kamarul Baisah! Penceritaan di dalam persembahan makyung selalunya menjadi kurang masak dan tentunya ini bertitik tolak daripada skrip dan garapannya. Saya tidak mengatakan kelemahan pengarah ataupun penulisnya tetapi saya merasakan bahawa cerita Makyung perlu ditugaskan kepada pelajar penulisan untuk menggarapnya menjadi sebuah penceritaan makyung yang menarik dan kena dengan sebab musababnya tetapi tidak terkeluar daripada rangka cerita makyung. Apa yang ketara cerita ARP ini, konflik dan resolusi cerita terlalu mudah sehingga elemen getir, sedih dan dramatik itu hilang sedangkan makyung yang baik adalah dilengkapi dengan elemen dramatiknya.