Jom Kita Jadi Geng
Friday, March 17, 2017
Thursday, March 16, 2017
SERTAI ASWARA: THE BEST ARTS SCHOOL
Amyra Rosli dalam penilaian kursus Bangsawan. Produksi Bangsawan 'Pendekar Sukma 2011' |
- Asasi Seni Kreatif
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
Jadi kalau berminat mahu belajar di ASWARA boleh mohon sekarang klik di pautan ini Permohonan Online ASWARA .
Exchange Programme ASWARA-Kyoto University Arts Design. Program ini berlangsung sejak tahun 2015 |
ASASI SENI KREATIF adalah platform kepada calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke program Ijazah Sarjana Muda tanpa melalui pengajian Diploma. Pelajar hanya perlu melalui satu tahun pengajian (3 semester) yang merangkumi pengajian teori dan praktikal di mana pelajar akan didedahkan kepada asas-asas dan bidang seni. Yang pasti di peringkat ini, pelajar sudah dapat bekerjasama dengan tokoh dan penggiat dalam industri. Ini istimewanya di ASWARA. Program Asasi ini memerlukan syarat minima LULUS SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan beberapa syarat lain (rujuk laman web ASWARA www.aswara.edu.my)
MAGIS 2016 : Malam anugerah meraikan pelajar gemilang. |
DIPLOMA menawarkan 8 diploma pelbagai bidang iaitu Seni tari, Teater, Muzik, Seni Halus, Rekaan Komunikasi Visual, Animasi, Filem dan Penulisan Kreatif. Diploma ASWARA/ASK telah terbukti melahirkan ramai penggiat dan karyawan seni yang hebat dan popular di Malaysia malah berjaya memenangi beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa. Teater: Sherry Al-Hadad, Amyra Rosli, Zulhuzaimy, Dr.Rosdeen, Norzizi, Namron, Zahiril Adzim, Toemoe, Naque Ariffin ramai lagi (sekadar menyebut nama) Tari; Yunus Ismail, Syed Mustapha, Hanafi Rosdi, Raziman, ASWARA Dance Company ramai lagi (sekadar menyebut nama). Penulisan Kreatif: Siti Jasmina, Dr.Marlenny Deen Irwan, MF Kencana, Filem; Khalid Nadzri, Eric Fuzi, Shaurin, Taufiq Hanafi ramai lagi, Muzik; Miss World Talent Dewi , #Juara Azizul Haqim, Hazra 3Juara, Juara Dangdut Star Fitri Hiswandy, Sabihah Abd Wahid, Eddie Nazrin, Sarah Ismail, Juanita Ismail, Dr Colleen Wong, Dr.Raja Iskandar, Teuku Umar Illany ramai lagi Seni Halus; Fahmi Taib, Ejatt dan ramai lagi.
hari ko-kurikulum: Antara aktiviti yang disertai para pelajar. |
AAM1 - Ijazah Sarjana Muda Animasi dengan Kepujian
AAM2 - Ijazah Sarjana Muda Seni Permainan Digital dengan
Kepujian
AFT1 - Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen dengan
Kepujian
AMZ1 - Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian
APN1 - Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian
ATE1 - Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian
ATR1 - Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian
APBW1 - Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya
dengan Kepujian
ARKV1 - Ijazah Sarjana Muda Rekaan Komunikasi Visual dengan
Kepujian
Setiap program di atas ada syarat kemasukan yang berbeza, jadi eloklah lawat laman web ASWARA www.aswara.edu.my
Saya pasti anda mencari tempat belajar yang seronok, penuh pengalaman dan meninggalkan kenangan paling manis. ASWARA is the place!!!! |
Tuesday, March 14, 2017
PENEROKAAN SENI NORZIZI
SEBAIK
memasuki Panggung Eksperimen, Akademi Seni dan Warisan (Aswara) suasana pentas
suram, set yang sederhana hanya dua bentuk gunung menggunakan platform dan di
bawahnya ada lorong yang boleh dilalui dan di atas gunung yang paling tinggi
itu sudah ada dua pelakon sedang duduk saling memandang. Seperti lukisan mitos
Melayu yang berkait dengan gunung dan lembah, kuasa atau semangat, alam atas
dan alam bawah.
Set yang
penuh simbolik itu direka oleh pelukis tersohor, Bayu Utomo Radjikin manakala
penataan cahaya oleh Azizul Zahid Jamal. Kekaguman yang dibina pada pre-set
persembahan cukup mengujakan.
Norzizi
Zulkifli sudah beberapa kali mengarahkan teater yang berasaskan teater
tradisional makyung cuma kali ini sedikit berbeza kerana sebuah produksi yang
unik iaitu kolaborasi antara karyawan Malaysia dan pelakon Australia dari
Universityof Wollongong.
Setelah
berjaya bereksperimentasi dengan makyung sejak pengarahannya yang pertama
melalui makyung Anak Raja Gondang pada 2002, Norzizi tidak berhenti berkarya
malah teater arahannya mencipta sejarah sendiri.
Makyung Raja
Tangkai Hati menjadi makyung pertama mengisi Panggung Sari, Istana Budaya dan
beliau adalah pengarah teater termuda yang berpeluang mengarah di panggung
hebat itu.
Titis Sakti
pula adalah makyung yang mengangkat adaptasi karya William Shakespeare, A
Midsummer Night’s Dream sementara Throne of Thorns adalah cubaan Norzizi
terkini yang menggunakan teks asal Tempest karya penulis agung yang sama.
Menariknya,
Throne of Thorns tidak menampakkan struktur makyung yang jelas tetapi
elemen-elemen makyung cukup kuat untuk menjadikannya sebuah produksi sebagai
syarat pengajian Doktor Falsafah beliau. Produksi
terbitan Pusat Seni Pentas Tradisional Aswara (Putra) ini juga sangat segar
dengan penerokaan seni tradisi dalam karya kontemporari.
Penerbitan
produksi ini juga bertepatan dengan gagasan untuk melestarikan seni tradisi
seperti makyung, usaha-usaha eksperimentasi tradisional perlu diraikan agar
sealiran dengan kemahuan dan cita rasa generasi baharu. Seandainya
tiada usaha sedemikian diambil, kesenian seperti makyung akan statik dan diminati
kelompok tertentu sahaja.
Dalam
pengarahan Norzizi kali ini, para pelakon dari Australia dengan selesa
menggerakkan gerak tari makyung yang dapat dilihat pada persembahan pembukaan
dan pengarah itu mengambil gerakan asas tari Menghadap Rebab dan membuka ruang
kepada pelakon meneroka mengikut interpretasi mereka.
Terdapat
juga formasi dan penggunaan gerakan tradisional Melayu seperti silat dan
randai. Yang terlihat Inggerisnya hanyalah pada bahasanya dan gaya pertuturan
Shakespeare.
Hal ini
menampakkan inter-cultural berlaku apabila hampir 60 peratus gerakan berasaskan
gerakan Melayu dan beberapa sebutan makyung seperti ‘yo lah’ yang dilafaz oleh
pelakon utama pada awal ucap tetapnya. Menurut
Norzizi, adaptasi ini bukanlah mengangkat keseluruhan teks Tempest ke pentas
tetapi sebuah respons atau tindak balas beliau berdasarkan naskhah Shakespeare
ini.
Shakespeare
yang terkenal dengan gaya bahasa yang hebat tetapi beliau menterjemahkannya ke
dalam gerakan atau formasi atau tarian.
Sepanjang
menonton persembahan Throne of Thorns, mata tidak terlepas melihat kehebatan lakonan
para pelajar dan mahasiswa University of Wollongong beraksi yang memperlihat
dinamika lakon, ekspresi dan tenaga yang maksimum.
Menurut
Norzizi, teater ini telah dipentaskan di Australia pada Februari 2015 selepas
menjalani latihan selama enam bulan sementara untuk pementasan di Kuala Lumpur,
para pelakon menjalani latihan bawah penyeliaan Dr. Janys Hayes di Wollongong.
Untuk pementasan
ini, Norzizi menambah beberapa perkara termasuk membawa masuk ke pentas
pelakon, Zamzuriah Zahari dan pemuzik Baisah Hussin yang bertujuan menyuntik
lebih rasa Melayu dan menguatkan roh makyung dalam cerita.
Hal ini
ternampak apabila ruang lakon Zamzuriah sebagai roh hanya di ruang atas dan
berdialog dalam bahasa Melayu serta air lagu dan geraknya kuat roh Melayu
apatah lagi muziknya hanya didengar tanpa terlihat kinestetiknya. Ini sangat
berinspirasi daripada mainan wayang kulit. Penonton melihat aksi namun ada
penggerak di balik tabir yang mencetus gerak dan rasa.
Zamzuriah
dan Baisah merupakan pensyarah Aswara yang memiliki pengalaman yang luas dalam
seni persembahan tradisional sementara Kraig Grady selaku pengarah muzik
persembahan menggunakan beberapa instrumen tanpa wayar dengan alat utamanya
diperbuat sendiri seperti sebuah alat marimba, gong, gendang Kelantan, serunai
dan rebab.
Memang
kedengaran alunan rebab bersilang dengan bunyi yang agak unik namun membawa
setiap babak sangat signifikan sebagai contoh penggunaan tiupan serunai sewaktu
raja kembali ditabal, roh Melayu sangat tebal dan sayup-sayup kedengaran bunyi
alat seperti marimba itu.
Keseluruhannya,
teater Throne of Thorns ini kelihatan sangat sederhana pada mata kasar namun
sebenarnya sebuah permulaan yang baik buat seni teater untuk 2017. Sudah jarang
teater sebegini ada di Kuala Lumpur. Teks yang baik, pengarahan yang cemerlang
dan lakonan yang maksimum membuatkan harga tiket RM20 dirasakan terlalu murah.
Syabas
diucapkan kepada Norzizi, Putra Aswara dan University of Wollongong atas usaha
sama yang berhasil. Kerjasama dua institusi pendidikan ini mampu membawa seni
persembahan di Malaysia maju dan bertukar kepakaran. Yang pasti, melalui
produksi ini Norzizi dan Aswara terlihat begitu berperanan.
Sebagai
lulusan diploma ASK/Aswara Norzizi buktikan bahawa kita sebenarnya kaya dengan
bahan untuk dihasilkan, pengalaman di luar negara tidak menjadikan beliau lupa
untuk terus meneroka seni budaya bangsa.
Artikel
Penuh:
http://www.utusan.com.my/hiburan/penerokaan-seni-norzizi-1.451276#ixzz4bIxXiO9s
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Thursday, March 9, 2017
FOTO MALAM ANUGERAH KASEH TRIBUTE P.RAMLEE
Ditemuramah oleh DIVA TV1
Malaysia Gazette
Foto dari MStar.com.my
Janah selalu ada dalam acara seni. Dan selalu saya jumpa di Bank negara
Kebetulan ramai pulak ex-aswara pada malam itu. Hasmizan turut membuat persembahan
Keputusan Pemenang
Anugerah Kaseh Tribute P Ramlee 2016
Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee 2016;
Pelakon Lelaki Terbaik – Che Kem (Sri Bulan)
Pelakon Wanita Terbaik – Sharifah Sakinah (Redhaku Untukmu)
Pelakon Pembantu Lelaki – TerbaikIedil Putra (Redhaku Untukmu)
Pelakon Pembantu Wanita – TerbaikAida Khalida (Sri Bulan)
Skrip TerbaikDatin Paduka – Shuhaimi Baba (Sri Bulan)
Sinematografi Terbaik – Junaimeramfizal Rahmat (Saling)
Pengarah Terbaik – Dira Abu Zahar
Telefilem Terbaik – Redhaku Untukmu
Anugerah Khas – Kembara Nak Dara
TIADA HASRAT JADI AKTOR SEPENUH MASA
Beberapa Artikel tulisan wartawan dalam media tempatan meraikan kemenangan saya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dalam Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee 2017. Bukan selalu perhatian ini saya perolehi dan saya anggap ini adalah bonus buat saya bagi tahun 2017. Sekali-sekala naik pentas anugerah... lalu red carpet pun orang tak kenal. Saya petik artikel dari MStar tulisan MOHD AL QAYUM AZIZI
qayumazizi@thestar.com.my . Terima kasih
Menang Tiga Trofi, Che Kem Tiada Hasrat Berlakon Sepenuh Masa
PETALING JAYA: Aktor Che Kem tidak berhasrat menjadikan lakonan karier sepenuh masa walaupun sudah memenangi tiga trofi bagi mengiktiraf bakatnya sebagai pelakon.
Che Kem, 46, berkata, dia lebih selesa dengan situasi sekarang kerana apa dilakukan adalah kerana minat dan bukannya mengejar populariti.
"Saya bukan seorang pelakon pada hari-hari biasa dan juga tak merancang menjadikan lakonan sebagai karier tetap.
"Walaupun mendapat tiga pengiktirafan hasil daripada lakonan tetapi apa yang saya lakukan itu adalah kerana minat dan bukannya mengejar populariti," katanya kepada mStar Online.
Pemilik nama sebenar Mohd Kamarulzaman Taib itu memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee yang diadakan pada Sabtu lalu.
Kemenangan itu hasil daripada lakonan cemerlangnya dalam telefilem Sri Bulan arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.
Sebelum ini, Che Kem juga pernah mendapat trofi Pelakon Lelaki Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) menerusi Hati Malaya dan Aktor Pilihan, Anugerah Oskar Edisi ke-7 pada 2008.
Dalam pada itu, Che Kem berkata, antara sebab lain dia enggan terlibat secara sepenuh masa dalam bidang lakonan adalah kerana kerjayanya sebagai Ketua Program Pusat Seni Pentas Tradisional di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Kata Che Kem, dia ingin terus mendidik dalam melahirkan bakat baharu dikalangan pelajar sebagai pelapis industri seni pada masa hadapan.
"Cinta saya masih menebal dalam bidang pendidikan dan ingin mendidik bagi melahirkan anak seni. Itu kerja saya.
"Kemenangan baru-baru ini saya lihat sebagai satu bukti kelayakan untuk berada pada tahap sekarang dan menjadi contoh kepada para pelajar saya.
"Orang kata jika kita sendiri tidak membuktikan diri bagaimana hendak menyakinkan orang lain?," jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai kemenangannya pada Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee, Che Kem berkata, dia berbangga dapat tercalon dengan nama hebat lain seperti Zaidi Omar, Khir Rahman dan Nam Ron namun tidak menyangka kemenangan berpihak kepadanya.
"Saya pada awalnya tidak mengamil serius terhadap anugerah ini kerana ingat ia acara 'seronok-seronok' tetapi apabila melihat calon lain saya memang terkejut.
"Jika saya tak menang pun saya sudah cukup berbangga kerana dapat tersenarai dengan nama-nama besar yang lain," katanya.
Che Kem pernah memegang peranan utama sebagai Tunku Abdul Rahman dalam filem sejarah Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba pada tahun 2013.
"Saya bukan seorang pelakon pada hari-hari biasa dan juga tak merancang menjadikan lakonan sebagai karier tetap.
"Walaupun mendapat tiga pengiktirafan hasil daripada lakonan tetapi apa yang saya lakukan itu adalah kerana minat dan bukannya mengejar populariti," katanya kepada mStar Online.
Pemilik nama sebenar Mohd Kamarulzaman Taib itu memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee yang diadakan pada Sabtu lalu.
Kemenangan itu hasil daripada lakonan cemerlangnya dalam telefilem Sri Bulan arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.
Sebelum ini, Che Kem juga pernah mendapat trofi Pelakon Lelaki Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) menerusi Hati Malaya dan Aktor Pilihan, Anugerah Oskar Edisi ke-7 pada 2008.
Dalam pada itu, Che Kem berkata, antara sebab lain dia enggan terlibat secara sepenuh masa dalam bidang lakonan adalah kerana kerjayanya sebagai Ketua Program Pusat Seni Pentas Tradisional di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Kata Che Kem, dia ingin terus mendidik dalam melahirkan bakat baharu dikalangan pelajar sebagai pelapis industri seni pada masa hadapan.
"Cinta saya masih menebal dalam bidang pendidikan dan ingin mendidik bagi melahirkan anak seni. Itu kerja saya.
"Kemenangan baru-baru ini saya lihat sebagai satu bukti kelayakan untuk berada pada tahap sekarang dan menjadi contoh kepada para pelajar saya.
"Orang kata jika kita sendiri tidak membuktikan diri bagaimana hendak menyakinkan orang lain?," jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai kemenangannya pada Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee, Che Kem berkata, dia berbangga dapat tercalon dengan nama hebat lain seperti Zaidi Omar, Khir Rahman dan Nam Ron namun tidak menyangka kemenangan berpihak kepadanya.
"Saya pada awalnya tidak mengamil serius terhadap anugerah ini kerana ingat ia acara 'seronok-seronok' tetapi apabila melihat calon lain saya memang terkejut.
"Jika saya tak menang pun saya sudah cukup berbangga kerana dapat tersenarai dengan nama-nama besar yang lain," katanya.
Che Kem pernah memegang peranan utama sebagai Tunku Abdul Rahman dalam filem sejarah Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba pada tahun 2013.
Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/03/08/che-kem/#7hddX0hbRdL1i6tU.99
Subscribe to:
Posts (Atom)