Semalam Amerika terkejut dengan kemenangan Nina Davuluri sebagai Miss USA 2013. Buat pertama kali dalam sejarah US, wanita keturunan India memenangi gelaran itu. Ia memeranjatkan malah mengundang banyak tohmahan berbau perkauman di twitter dan media sosial yang lain. Ramai sekali orang US masih tidak boleh menerima Asia sebagai Amerika. Amerika di pandangan mereka hanyalah berkulit putih. Di tahun-tahun 80an dahulu, stigma perkauman juga berlaku apabila gadis berkulit hitam tidak pernah dinobatkan sebagai ratu US sehinggalah pada tahun 1990, Carole Gist memenanginya dan sekali gus memenangi first runner-up Miss Universe.
Nina Davuluri bukanlah gadis India berwajah heroin Bollywood tetapi seorang pelajar yang bercita-cita menjadi seorang doktor seperti bapanya. Anak kelahiran New York ini, lahir dalam keluarga berpelajaran yang berpindah ke USA sejak 30 tahun yang lalu. Apa yang membanggakan, dalam kategori bakat, Nina mempamerkan kehebatannya menarikan tarian Bollywood. Dikatakan Nina belajar tari klasik India sejak kecil dan bakat menari sudah tebal dalam dirinya. Dalam persembahannya, boleh terpancar kebanggaan Nina pada budaya asalnya. Tiada rasa jelik dan janggal bila dia menari. tengok cara Nina, saya terfikir apakah jika gadis Melayu-Amerika yang bertanding apakah akan dipersembahkan tarian Melayu? Ok, itulah juga sejarah pertama kali Bollywood di pentas Miss USA. Maka makin meluas pengaruh budaya India ini. Lihat bagaimana bangsa yang bangga dengan budayanya menggunakan platform terbaik untuk mengukuh dan menempatkan diri mereka. Macam mana dengan Ratu Malaysia, payah nak cerita, usah cakap nak suruh tonjol dan jual budaya Malaysia, suruh cakap Bahasa Malaysia pun belum tentu lulus.
Melihat Nina yang berdiri dan berhadapan dengan peserta-peserta kulit putih, latino dan kulit hitam, dia seakan tenggelam, apatah lagi, biasalah orang timur sering terasuh dengan keelokan orang putih, dengan mata biru dan rambut perangnya sehingga menenggelamkan rasa istimewa menjadi orang Asia. Tapi malam itu, Asia telah menguasai pertandingan Miss USA. Bukan sahaja Nina tetapi di saat debaran menunggu keputusan siapa bakal dimahkotakan, perhatian tetumpu kepada dua wanita Asia, Nina dan Crystal Lee (Cina-Amerika). Sewaktu host bertanya kepada mereka berdua, Nina dengan yakin menjawab "we really proud...making history as Asian American...we are really proud".
Cara Nina memang meyakinkan, tegas dan bangga dengan keturunannya. Ia tidak berselindung. Tetapi dalam masa yang sama Nina tetap mengatakan bahawa "I have to rise above that. I always viewed myself as first and foremost American." Kata-kata itu dilafazkan selepas banyak sekali cercaan dan penolakan daripada American yang merasakan USA patut diwakili oleh Ratu yang ada America Value. Ada juga kata berbunyi 'Miss 9/11", 'Miss Al-Qaeda', 'Arab menang Miss Amerika' dan macam-macam lagi. Tapi yang pelik kenapa gadis India dikaitkan dengan terrorism? 9-11 bukankah Osama? Nampak sangat masih ramai orang Amerika pukul-rata Asia sebagai terrorist.
Apapun kemenangan Nina Davuluri menunjukkan USA mengiktiraf kepelbagaian bangsa dan tidak lagi hanya menganggap Amerika hanya boleh diwakili oleh kulit putih sahaja. Bagai kata Obama "What makes someone American isn't just blood or birth but allegiance to our founding principles and faith in the idea that anyone- from anywhere- can write a next chapter of our history".
No comments:
Post a Comment