Saya sebenarnya tak sabar menunggu hasil filem terbaru Tanda Putera yang dijangka bakal ditayangkan sekitar bulan merdeka 2012. Walaupun peranan saya sebagai Tunku tidaklah besar sebagaimana dalam Hati Malaya namun perasaan mahu melihat hasilnya sangat tinggi. Saya senang bekerja dengan team pesona dan castingnya seperti Rusdi dan Zizan. Sebenarnya kami banyak share beberapa kenangan khususnya semasa shoot di Carcosa Seri Negara ...hahaha. Tambah-tambah lagi filem ini menumpukan sepenuhnya era pemerintahan Tun Razak, tiada campur aduk zaman dan istimewanya menggunakan khidmat pakar untuk kesan khas seperti CGI. pengalaman bekerja dengan Shuhaimi baba dan teamnya memang menarik, mereka tidak bermain-main dengan sejarah. Diselidik dan dicari dokumen agar rakaman dan catatan di dalam filem itu nanti tidak bercanggah ataupun secara tidak langsung menyampai fakta yang betul. Dalam serius mereka tetap bersenang di lokasi. Saya sebagai aktor, setiba di lokasi sudah diatur kostum dan mekapnya, jadi ianya balance antara research kita dengan research production. Itu memang menarik. Shumi yang juga selaku dramatur akan berkisah apa di sebalik adegan. Sebab apa dan kenapa watak dan situasi begitu. Memang saya akui bila kerja dalam produksi historical movie, kita sebagai aktor harus menyumbang dan tambah kerjanya. So i collect, read and read books/articles and after that interpret. So tunggulah TANDA PUTERA. (Tulisan di bawah ini saya petik dari Harian Metro)
BORAK LOKASI: Gambaran semangat patriotik Shumi
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
wanasr@hmetro.com.my
TATKALA melangkahkan kaki masuk ke dalam Studio KRU di Cyberjaya,
baru-baru ini, ia membuatkan hati penulis terpegun. Terasa seperti kita
berada pada dekad 1970-an apabila melihat binaan set yang tersergam di
dalam studio itu bercorak retro dan antik. Lebih teruja lagi apabila mendapat tahu rekaan set itu bagi babak
kacau-bilau yang pernah tercetus pada 13 Mei 1969. Itulah antara
kehebatan karya terbaru, Tanda Putera arahan Datuk Paduka Shuhaimi
Baba. Mungkin ramai sedia maklum mengenai sejarah peristiwa yang pernah
menggoncang perpaduan di Malaysia itu. Tragedi hitam itu mengakibatkan
kehilangan nyawa serta harta benda. Ia susulan daripada Pilihan Raya
Umum 1969 tetapi keadaan tegang itu berjaya dipulihkan dengan usaha
pihak berkuasa dan pemerintah ketika itu.
Difahamkan, bagi mendapatkan set berkenaan, kru Tanda Putera bertungkus-lumus menyumbangkan idea masing-masing dan membinanya mengikut kehendak skrip.
Tinjauan Rap di situ bagi ruangan Borak Lokasi kali ini
menyaksikan penggambaran berkenaan berlangsung dengan lancar dan
masing-masing begitu serius bekerja. Paling bersungguh-sungguh dan
memberikan sepenuh fokus adalah Shuhaimi atau Shumi sendiri.Ternyata Shumi bertuah kerana dia berupaya menggabungkan ramai
bintang handalan seperti Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin
(Tun Dr Ismail), Tunku Abdul Rahman (Che Kem), Faezah Elai (Tun Rahah)
dan Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin). Tanda Putera turut
menampilkan pelakon pembantu lain seperti Ida Nerina, Sharifah Shahira,
Fizz Fairuz, Nazril Idrus, Alan Yun, Zoey, Kavita Sidhu, Hasnul Rahmat,
Nasrizal Ngasri dan Razali Hussain.
Kata Shumi, pengalaman
menjalani penggambaran di Studio KRU itu buat pertama kalinya memudahkan
segala perancangan serta jadual yang ditetapkan pihaknya.“Penggambaran di studio ini sangat penting kerana kami perlukan suasana
dan set yang tidak diganggu orang awam. Apatah lagi ia bagi
menggambarkan keadaan rusuhan ketika pilihan raya dan Tragedi 13 Mei,
kami sangat memerlukan ketelitian dan fokus.
“Walaupun
membabitkan kos yang mahal namun demi menampakkan suasana sebenar era
1970-an, saya rasa ia berbaloi. Bukan sekadar cerita menarik mengenai
pemimpin terulung negara itu, saya juga mahu berkongsi pelbagai
peristiwa yang perlu kita tahu sebagai rakyat Malaysia,” kata Shumi.
Terbukti semangat patriotik Shumi sangat menebal sejak dia menghasilkan
1957: Hati Malaya. Shumi sedar sebagai pembikin filem, dia
bertanggungjawab menghasilkan sesuatu buat Malaysia. Shumi
gembira kerana bagi projek kali ini, dia mendapat kerjasama Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Multimedia Development Corporation
Sdn Bhd (MDeC) dari segi sokongan dana. Shumi memaklumkan selain
penggambaran yang sukar, dia juga menyelitkan penggunaan imej janaan
berkomputer (CGI) untuk menampakkan suasana realistik pada babak yang
diperlukan.
Katanya, cuaca tidak menentu dan masalah lokasi
turut memberi kesan kepada penggambaran. Penggambaran berlangsung selama
47 hari membabitkan lokasi di sekitar Lembah Klang, antaranya Kelab
Golf Saujana, Kampung Baru Felda Sungai Loi, Negeri Sembilan; Makam
Pahlawan; Tugu Negara serta Bangunan Sultan Abdul Samad. Tidak
ketinggalan penggambaran di sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Jalan Othman, Petaling Jaya; Universiti Malaya (UM) dan Pawagam
Coliseum. Seterusnya membabitkan lokasi di London bagi babak akhir Tun Abdul Razak menjalani rawatan di sana.
Tanda Putera antara lain mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana
Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tun Dr Ismail
yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing
bagi memulihkan keadaan negara ekoran tragedi 13 Mei 1969.Kata
Shumi, Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia penyakit leukemia yang
dihidapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan selain bimbangkan
keselamatan negara. Antara yang tidak diketahui rakyat adalah
bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi
rawatannya oleh Dr Macpherson tanpa pengetahuan sesiapa termasuk ahli
keluarga Tun Dr Ismail sendiri.
2 comments:
che kem, wahhhh tak sabar nak tengok!
sabar ya melor...
Post a Comment