Jom Kita Jadi Geng

Monday, February 27, 2012

DATO' OMAR AWANG SAMAN KSU KPKK

myMetro | ‘Saya kena fitnah’

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Bekas Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Datuk Omar Awang memfailkan saman menuntut ganti rugi RM4.2 juta kepada Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kerajaan Malaysia atas dakwaan mengeluarkan surat berunsur fitnah sehingga beliau ditukar ke bahagian lain perkhidmatan awam serta diturunkan pangkat.
Omar yang kini berkhidmat di Penempatan Khas, Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam melalui peguamnya G Ravi Shankar.

Beliau menamakan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama dan kedua.
Dalam pernyataan tuntutannya, Omar (plaintif) berkata, pada 12 Mei 2009, Kamaruddin dengan niat jahat menyalahgunakan kuasanya untuk menandatangani dan menyebabkan penyiaran surat bertarikh sama dan dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Aswara.

Omar sebagai plaintif berkata, perkataan dalam surat itu adalah berunsur fitnah dan berniat jahat yang membawa maksud Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan untuk tidak melanjutkan peminjaman beliau sebagai rektor Aswara.

Menurutnya, perkataan itu tidak benar dan disiarkan defendan pertama bertujuan menjatuhkan reputasi dan nama baiknya.

Beliau juga berkata, pada atau lebih kurang 4 Disember 2009, Kamaruddin dengan niat jahat dan salah guna kuasa menandatangani dan menyebabkan sepucuk surat dikeluarkan, dengan menukarkan dan menempatkannya kepada sektor lain serta menurunkan pangkatnya daripada Gred Utama B (Terbuka) kepada Gred M54 tanpa apa-apa sebab munasabah.

Omar mendakwa, tindakan defendan jelas bagi tujuan menghalang kenaikan pangkatnya serta berniat jahat apabila mengemukakan Laporan Asas Kenaikan (LANP), Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) miliknya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui surat bertarikh 1 Oktober 2010 dan mencadangkan kenaikan pangkat beliau ke Gred Utama C sedangkan dia tahu plaintif sudah mencapai pangkat Gred Utama C pada masa itu.
Foto ini saya rakam semasa beliau menyampaikan ucapan dalam majlis doa selamat sempena Teater merdeka Muzikal Tun Abdul Razak 2009


Dakwa beliau lagi, defendan juga berniat jahat apabila membuat permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dengan memendekkan tempoh pelantikan plaintif sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Antarabangsa (Sektor Penerangan) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan daripada 1 Disember 2009 hingga 31 November 2011 kepada 1 Disember 2009 hingga 14 September 2010 tanpa sebab munasabah Menurutnya, tindakan defendan pertama itu jelas menunjukkan beliau gagal memberikan notis selama 30 hari kepadanya seperti diperuntukkan dalam Klausa 14 Syarat-Syarat Pelantikan Pertukaran Sementara dan disebabkan tindakan itu, beliau ditukarkan ke Penempatan Khas, Intan mulai 15 September 2010.

Sehubungan itu, Omar menuntut daripada defendan antaranya ganti rugi, teladan dan teruk masing-masing sebanyak RM1.4 juta, perintah bahawa beliau dinaikkan pangkat ke Gred Utama B dengan serta-merta dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

SETIAP INSAN DIUJI DENGAN BERMACAM-MACAM UNTUK MENCUKUPKAN RIWAYATNYA SEBAGAI MANUSIA. MENGENALI DATO OMAR YANG SANGAT OPTIMIS DAN PUNYA TAHAP KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI, TIDAKLAH MEMERANJATKAN SAYA. APAPUN SAYA HARAP KES INI SELESAI SEPERTI KATA PEPATAH 'BAGAI MENARIK RAMBUT DARI TEPUNG...RAMBUT TIDAK PUTUS TEPUNG TIDAK BERSERAK'.

UNTUK DATO OMAR AWANG:
"DI MANA DAN DALAM EMOSI APAPUN DATO' BERADA, SAYA DOAKAN SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN PERJALANAN HIDUP DATO' DAN DIMAKMURKAN KEHIDUPAN HARI INI DAN ESOK."

Friday, February 24, 2012

REALITI TV: KEJARLAH MIMPI ITU

Mungkin entri saya dah lapuk topiknya. Tidak mengapa lah. Sewaktu meninjau-ninjau di Youtube, saya terpandang video ini dan setiap kali itulah saya mahu menontonnya. Ia tidak pernah membosankan.

Video ini kisah seorang lelaki, Paul Potts ialah penjual telefon mobil yang bercita-cita menjadi seorang penyanyi opera. Pada pandangan pertama memang ada rasa ''eeee... tinggi sungguh cita-citanya''. Namun pabila dibuka mulut dan dilontar suaranya, satu dewan terpukau. 

Saat itu bermulalah realiti sebenarnya. Kisah lelaki yang punya banyak kekurangan pada rupa dan keyakinan diri apatah lagi diperlekehkan orang akan cita-citanya. Paul Potts menurut sahaja nalurinya. Dia punya kekuatan yang tinggi dan percaya pada bakatnya. Dia punya mimpi dan dia berkata ''my dream is to spend my life what i feel i was born to be'' dan dia menyungguhkan kata-katanya.

Banyak pelajaran dari video ini. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kita dilahirkan dengan beribu pilihan dan kita yang memilihnya. Usaha dan kecekalan akan membawa seseorang itu ke satu destinasi impiannya. Peribadi dan jiwa itu harus diyakinkan untuk melawan apa sahaja yang boleh meruntuhkan. Tuhan membuka rezeki dalam bermacam-macam cara. Ia mungkin tidak datang bagai dalam mimpi namun ia memenuhi kemahuan mimpi itu. Tuhan tidak pernah menganiayai umatnya selagi umatnya berusaha. Batas yang kita ada mungkin bisa mengejutkan kita sendiri. Siapa tahu?

Jika anda bermimpi untuk jadi chef, ia takkan menjadi kalau anda tidak mahu kenal mana kunyit mana haliaa. Jika anda mahu jadi angkasawan, jangan fikir naik roket terus sampai bulan. Jika anda mahu jadi guru, kena tuntut ilmu dan kuasai bidang itu. Waima kalau mahu jadi 'maid' pun kena tahu macamana nak basuh berak baby. Apatah lagi budak-budak nak jadi penyanyi atau pelakon...langkah anda bukan setakat masuk ASWARA saja.....


"SEGERALAH BERPEGANG PADA IMPIAN, KERANA JIKA IMPIAN MATI, 
HIDUP AKAN MENJADI SEPERTI BURUNG YANG PATAH SAYAP"
Langston Hughes

"JIKA KITA TIDAK TAHU PELABUHAN MANAKAH YANG KITA TUJU
NESCAYA ANGIN PUN TIDAK AKAN DAPAT MEMBANTU"
Seneca

"CITA-CITA HARUS DIPERBUAT DARI BAHAN YANG KERAS"
William Shakespeare


Tuesday, February 21, 2012

LATIF IBRAHIM DAN KEHILANGAN

Kehilangan seseorang memberi kesan dalam hidup seseorang yang lain. Kesan itu tentu sekali hadir secara emosi dan adakala turut memberi kesan kepada fizikal. Dalam hidup ini, secara sedar atau tidak kita menerima setiap pertemuan itu ada perpisahannya. Hati selalu mengatakan bersedialah untuk menerima takdir ketika saat terakhir bertemu. Itu kata hati dan selalunya lah hati kita menipu. Kita selalu kata kita kuat namun banyak sungguh yang tewas saat menerima perpisahan. Apatah lagi menerima perpisahan yang bererti kehilangan abadi.
Takziah saya ucapkan buat my brother,Joseph atas kehilangan ibundanya 

Mendiang Victoria Gozales (94  tahun) pada hari khamis malam 16 Feb lalu. 
Saya sering diceritakan kisah ibunya, kisah kekuatan dan kecekalan 
seorang wanita. Dalam nada nakal Joseph selalu bercerita namun jauh di sudut 
hati, saya tahu kesan kehilangan itu amat berbekas dalam diri Joseph. 
Apatah lagi beliau adalah anak bongsu dan tinggal bersama ibunya 
sehingga nafas terakhir. Moga mendiang Victoria aman 
bersemadi dan semoga kekuatan mengiringi semangat mereka sekeluarga. 
Takziah.
Dalam seminggu ini, saya dan mungkin anda telah menerima beberapa berita kematian. Pemergian insan tersayang sama ada ahli keluarga rakan atau ahli keluarga anda sendiri. Setiap kali itulah hati saya melahirkan kesedihan atas pemergian itu. Dalam hidup saya, saya menghadapi beberapa kali saat sukar menerima perpisahan itu. Memang orang selalu kata 'setiap insan yang kita kasihi hanya dipinjamkan buat kita, sampai masa dia akan kembali pada yang hak'. Saya akur dan terima kebenaran itu. Selalu juga kita menyebut 'Allah lebih mengasihi dia' dan macam-macam lagi kata-kata yang mahu merangsang dan menyedapkan hati agar terpujuk hati kita untuk redha dengan perpisahan itu. Namun percayalah, berat bibir yang mengucap tidaklah seberat jiwa yang meratap.
Whitney Houston adalah tragedi. 

Seorang diva yang diangkat atas kehebatan bakatnya. 
Mendiang disebut orang sebagai antara penyanyi terhebat yang 
pernah dilahirkan. Lagu-lagunya bukan sedikit tapi banyak yang 
mengungguli carta dunia. Siapa boleh lupa lagu I will Always Love You 
yang dinyanyikan sehingga menenggelamkan nyanyian asal 
Dolly Parton. Itulah hebatnya seorang diva. Namun seperti 
saya sebut mendiang adalah contoh tragedi seorang diva. 
Manusia sering melakukan kesilapan, kesilapan Whitney bukan kecil, 
beliau silap memberi cinta dan akhirnya cinta itu membawa kemusnahan. 
Kehidupan gelapnya menjadi kisah hitam yang tidak mahu diingati 
tentang Whitney Houston. Mendiang gagal mengurus emosi 
dan hidupnya. Hari-hari terakhirnya sangat menyedihkan...
kemurungan, kegelapan, kecewa, musnah semuanya 
terhimpun di hari kematiannya. 
Hari ini 20 Feb 2012, Seniman Latiff Ibrahim pergi meninggalkan 

kita buat selama-lamanya.  Mungkin buat generasi hari ini 
tidaklah begitu terkesan namun orang seperti saya yang membesar 
dengan lagu-lagu dan filem-filemnya merasakan suatu kehilangan. 
Lagu Nora, Pilihlah Aku dan Mengenang Dikau Kembali adalah 
antara hits beliau. Siapa boleh lupa lakonanya dalam 
Dendang Perantau dan Sumber Ilhamku? Waktu itu beliaulah 
hero malaya pujaan, kacak dan miliki suara jantan yang hebat. 
Allahyarham pergi meninggalkan bingkisan kenangan. 
Al-Fatihah.
Bagaimana mahu mengukur kesan itu dalam hati kita? Tentu sukar kan. Sekuat manakah emosi anda apabila cuba menyebut dan berbicara dengan insan yang telah pergi itu...cubalah. Ia amat sukar apabila kita membayangkan Arwah berada di hadapan. Saat ingin kita ucapkan...semua patah kata-kata bergumpal bersama emosi dan keengganan hati menerima kenyataan dia sudah tiada. Untuk diri saya ia terlalu sukar, saya kalah dengan emosi itu. Sebaris nama panggilannya disebut sederas itulah hujan yang turun. Bagaimana mampu kita kumpul kekuatan nak melawan kenyataan itu. Antara kerinduan, ingatan, kasih sayang, perkongsian pahit manis semuanya berbaur dan bergulung-gulung menerkam saat saya cuba berbicara. Ini selalunya terjadi sewaktu menziarahi pusara. Yang terbaik kita sedekahkan doa-doa dan ayat-ayat suci buat mereka. Agar ketenangan mengiringi kehidupan mereka di sana.

Bagai kata lirik lagu di atas
 ''I know you're there, A breathe away's not far...To where you are"



Monday, February 13, 2012

SEKITAR PAMERAN EMBER


The EMBERS 
11 Feb 2012 jatuh pada hari Sabtu jam 3.30 petang, telah berlangsung Majlis Perasmian EMBER: Pameran Lukisan Kontemporari yang menggabungkan seramai 18 orang artis yang terdiri daripada pelukis tersohor dan pelukis-pelukis amatur. Majlis petang itu disempurnakan oleh YBhg Mulia Dato' Raja Zahabuddin Raja Yaacob. 
En Suzlee adalah orang penting yang menggerakkan pameran ini, Di samping itu Sdr Rasfan juga antara tulang belakang pameran ini. Terima kasih dan tahniah buat mereka berdua. Yang berjaket hitam adalah pemilik Cube Gallery.

3 pelukis yang sama-sama hadiri bengkel abstrak disember lepas, dari kiri Samsulbahrin,
 Bahari Mokhtar dan Yus Hamyus bersama rakannya


Jeffri Harun (grey t-shirt) bekas Program ko-ordinator Seni Halus ASWARA pun datang bersama rakan-rakannya.
Yang duduk bertopi tu namanya Che Sin... tinggi sungguh suaranya



































Ini lukisan yang dipilih oleh pengajur untuk pameran. Tajuknya 'Not Marang Boy'. Ada lah kisah di sebalik lukisan ini. Kalau anda tanya saya apa istimewanya lukisan ini? saya minta maaflah sebab masih kurang ilmunya. Tapi beberapa orang yang saya temui memberi pandangan dan merasakan komposisi warna dan ruang sangat memainkan peranan penting dalam lukisan ini. Ada unsur kedalaman dan beberapa istilah yang sayapun kurang arif nak menyebutnya. Ramai juga memuji penggunaan warna. Saya tak boleh kata banyak lah sebab saya pun kurang arif nak membeza dan membacanya. al maklumlah masih budak-budak dalam soal ini.






Beberapa foto ini menceritakan kemeriahan majlis perasmian pameran EMBER tempoh hari. Ramai sungguh orang hari tu. Macam-macam bangsa ada. Masing-masing bertukar-tukar pandangan dan keseronokan. 
Lihatlah wajah-wajah yang saya paparkan ini. Lihat sahaja Bahari dan Yus Hamyus yang tersenyum bangga kerana dapat sertai pameran ini. YBhg Dato Raja Zahabuddin pun sangat mesra dan meluangkan waktu yang panjang petang itu.


Wednesday, February 8, 2012

ABSTRAK 4: TANPA TAJUK

Cuti hujung minggu yang panjang, tiada rancangan ke mana-mana. Mertua pun dah balik hari ahad jadi isnin dan selasa saya sekeluarga tak tahu nak ke mana. Keluar makan tu biasalah. memandangkan kat rumah ada beberapa keping kanvas lalu saya dan Rhea sepakat melukis. Dua lukisan ni masih tiada tajuk.

masa saya lukis karya ini banyak sekali yang saya fikirkan. saya tak henti berbicara dengan diri malah waktu isteri bertanya apa tajuknya saya masih tiada jawapan. Hanya berus yang mewarna dan bercerita. 

Ini lukisan yang saya lakarkan. Tetapi perlu diingat bahawa subjek dan warna  ditentukan oleh Rhea. Saya pun tak tahu apa motif dia nak topi dan kunci malah ada gambar putik ros tergantung... saya tidak mempengaruhinya dalam soal pilihan warna. Saya fikirkan warna bunga itu merah...dizahirkannya purple. begitu jugalah warna-warna dalam gambar tergantung tu...itu diputuskan olehnya. 

Saturday, February 4, 2012

ABSTRAK 3: SYURGA 2

Saya zahirkan kasih sayang pada kanvas ini. Tajuknya Syurga 2. Memanglah ada tersirat di balik warna dan garisan itu. Tapi kali ini saya cuba hadkan penggunaan warna sesuai dengan subjek yang ingin saya ungkapkan.

Friday, February 3, 2012

EMBER at CUBE GALLERY


mulai 5 - 15 Februari 2012, satu pameran lukisan yang menghimpunkan seramai 18 orang artis kontemporari akan berlangsung. Ada nama-nama yang sudah establish dalam senarai itu. Ada antara mereka punya senarai solo exhibition yang panjang. Siapa tak kenal Suzlee Ibrahim yang sudah terkenal namanya malah disebut sebagai 10 artis terbaik Malaysia. Lukisannya sudah dimiliki oleh macam-macam orang termasuklah DYMM Yang Di pertuan Agong dulu, Sultan Mizan Zainal Abiddin. Bayangkan betapa besarnya nama yang nak saya sertai. Begitulah juga nama-nama seperti Ismadi, Rasfan, Alina adalah mereka yang selalu buat pameran.

Saya merasa amat bertuah kerana lukisan saya turut dipilih menyertai pameran ini dan ini menjadi pembakar semangat untuk saya melukis. Tak sangka dari suka-suka sertai bengkel, saya kini menyertai pameran hehehehe... this is so wonderfull.

Jemputlah ke pameran EMBER dan dipersilakan hadir ke majlis Perasmian pada 11 Feb 2012 jam 3.30 petang di Cube Gallery berdekatan Ampang Point dan Ampang Puteri Hospital.  Majlis ini bakal disempurnakan oleh YBhg. Mulia Dato' Raja Zahabuddin Raja Yaacob, yang merupakan ahli lembaga Yayasan Seni Selangor. 

Jemput ya!!!


Thursday, February 2, 2012

HARI WILAYAH 2012

Foto-foto dalam entri kali menceritakan kisah sambutan Hari Wilayah 2012 yang disambut pada 28 Jan 2012 yang lalu. Masa Swatari jemput Rhea untuk turut serta dalam persembahan ini, saya tidak begitu yakin dengan komitmen Rhea. Maklumlah jadual hariannya jadi sangat padat sehingga tiada ruang untuk rehat dan buat 'homework'. Bayangkan...7.30 pagi ke sekolah agama...balik 10.30; 11.00 pagi naik van ke sekolah Lai Meng dan balik jam 7.00 malam; 8.30 malam latihan untuk persembahan Hari Wilayah. Kesian Rhea...dia cuma ada masa untuk tidur sahaja. Itupun adakala latihannya saya tuang...bagi dia rehat dan siapkan homeworknya. 

Sesudah subuh seawal 6.30 pagi kami sudah di Padang Kelab Selangor untuk persediaan. Walaupun acara bermula jam 8.30pagi. Tapi itu kebiasaan lah dalam persembahan memang performer have to standby earlier. Jadi pagi tu jam 5 kami sudah bangkit. Biasanya saya yang kerja mengurus show begini tapi kali ni saya jadi pengurus artis sorang ni... 

lepas sarapan, mak andam ambil alih touch-up muka artis ni. Isshh kalau anda  berada di sana anda boleh dengar betapa cerewetnya artis sorang ni. Nasib baik maminya ada sikit skill... 

gambar ni sebenarnya entah ke berapa kali saya perlu perbetulkan skarf si artis sorang ni. Katanya kalau tak kemas nanti tak selesa nak show... entahlah...kita ni layan sajalah. ya lah...tak maulah nanti terlondeh masa show...

Cuba tengok matanya... huuuh penghayatan sesangat tapi hakikatnya dia follow orang sebab tak sure 'step' hehehe

Kak Rosmah kita pun ada pagi tu. Cantik dia. Saya salute lah dengan DSR first lady kita sorang ni. Saya congak juga...agaknya jam berapa dia bangun untuk pastikan rambutnya kembang dan grand seperti dalam gambar ni? Rasanya abang Jib tak tolong sasakkan kan?

macam-macam ada pada pagi tu...ada big koir beratus orang lah juga. Kesian depa...pepagi buta dah standby dan tidak boleh berganjak dari situ sehingga selesai. Apapun tanpa depa show tak cantiklah. Ada perbarisan...ada bunga api...ada payung terjun bermotor, ada tarian bendera...pendek kata macam-maca ada...

Apapun saya ucapkan tahniah buat penari swatari sorang ni. walau tertidor masa dalam perjalanan ke latihan tapi tetap gagah dan bersemangat untuk 'perform'. Spirit is there! 

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...