![]() |
The EMBERS |
11 Feb 2012 jatuh pada hari Sabtu jam 3.30 petang, telah berlangsung Majlis Perasmian EMBER: Pameran Lukisan Kontemporari yang menggabungkan seramai 18 orang artis yang terdiri daripada pelukis tersohor dan pelukis-pelukis amatur. Majlis petang itu disempurnakan oleh YBhg Mulia Dato' Raja Zahabuddin Raja Yaacob.
![]() |
3 pelukis yang sama-sama hadiri bengkel abstrak disember lepas, dari kiri Samsulbahrin, Bahari Mokhtar dan Yus Hamyus bersama rakannya |
![]() |
Jeffri Harun (grey t-shirt) bekas Program ko-ordinator Seni Halus ASWARA pun datang bersama rakan-rakannya. Yang duduk bertopi tu namanya Che Sin... tinggi sungguh suaranya |

Ini lukisan yang dipilih oleh pengajur untuk pameran. Tajuknya 'Not Marang Boy'. Ada lah kisah di sebalik lukisan ini. Kalau anda tanya saya apa istimewanya lukisan ini? saya minta maaflah sebab masih kurang ilmunya. Tapi beberapa orang yang saya temui memberi pandangan dan merasakan komposisi warna dan ruang sangat memainkan peranan penting dalam lukisan ini. Ada unsur kedalaman dan beberapa istilah yang sayapun kurang arif nak menyebutnya. Ramai juga memuji penggunaan warna. Saya tak boleh kata banyak lah sebab saya pun kurang arif nak membeza dan membacanya. al maklumlah masih budak-budak dalam soal ini.



Beberapa foto ini menceritakan kemeriahan majlis perasmian pameran EMBER tempoh hari. Ramai sungguh orang hari tu. Macam-macam bangsa ada. Masing-masing bertukar-tukar pandangan dan keseronokan.


No comments:
Post a Comment