Acu dengar apa yang kami sembang di TV1 dalam slot Selamat Pagi Malaysia 13 Februari 2017 lalu.
Jom Kita Jadi Geng
Tuesday, February 14, 2017
THRONE OF THORNS DI TV1
Acu dengar apa yang kami sembang di TV1 dalam slot Selamat Pagi Malaysia 13 Februari 2017 lalu.
Friday, February 10, 2017
MAKYUNG DALAM THRONE OF THORNS
(Artikel ini dipetik dari https://www.utusan.com.my/hiburan/throne-of-thorns-versi-melayu-1.440571)
Tiket boleh didapati di Aswara dengan harga RM20 dan RM10. Segala pertanyaan boleh hubungi di talian 03-2697 1777, 03-2697 5916, 03-26975924 5513 atau e-mel info@aswara.edu.my.
SUDAH agak lama kita
tidak menonton persembahan teater arahan pengarah berbakat Norzizi Zulkifli.
Namun kerinduan penonton bakal terubat apabila dia kembali dengan buah tangan
baharu berjudul Throne of Thorns pada 16 hingga 19 Februari ini.
Teater
yang bakal dipentaskan di Panggung Eksperimen Akademi Seni dan Warisan (Aswara)
itu merupakan naskah pertama Norzizi selepas pulang dari pengajiannya di
peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti Wollongong, Australia.
Menariknya,
teater kontemporari ini mengadunkan teknik persembahan berasaskan teater
tradisional Melayu dan diadunkan dengan karya Barat terkenal, Shakespeare
berjudul The Tempest.
"Saya sangat teruja dengan pementasan kali ini kerana ini adalah kali
pertama berpeluang untuk mempersembahkan Throne of Thorns yang merupakan projek
akhir PhD di tanah air sendiri.
“Mungkin
suasananya berbeza apabila mementaskan naskhah teater yang sama ketika berada
di luar negara dan dalam negara sendiri. Tapi saya tidak kisah, asalkan
pengisian teater itu dapat dikongsi bersama dengan masyarakat di Malaysia dan
ini memang menjadi impian saya sejak beberapa tahun yang lalu,” kata Norzizi
penuh teruja.
Sebelum
ini, teater yang sama pernah dipentaskan pada 25 hingga 28 Februari 2015 itu
dengan kerjasama 10 orang pelakon dan dua pemuzik berasal dari negara kanggaru
itu.
Kesemua
barisan pelakon yang menjayakan teater ini merupakan Graduan Seni Persembahan
dari Sekolah Seni, Inggeris dan Media dari Fakulti Undang-Undang, Kemanusiaan
dan Seni dari universiti yang sama.
Antaranya
Catherine McNamara, Natalie Wilson, Toni-Lea Porter, Lauren Bacon, Luke
Standish, Georgia Broderick, Adrian Tolhurst, Daniel Hills, Tahlee Leeson dan
Heather Riley.
Istimewa
Berhubung
keistimewaan Throne of Thorns, Norzizi memberitahu dia akan mengangkat latar
belakang budaya dan persembahan teknik teater tradisional Melayu seperti Mak
Yong dan Dikir Barat.
Mudah
kata, Throne of Thorns versi Melayu yang bakal berlangsung itu nanti merupakan
gabungan antara versi tempatan dan moden yang disesuaikan mengikut selera
tempatan.
Bagi
menyuntik elemen Kemelayuan, Norzizi memilih aktivis teater yang merupakan
pasangan suami isteri, Zamzuriah Zahari dan Baisah Husin bersama barisan pelakon
yang ‘diimport’ dari Australia itu.
Pasangan
itu pernah bergandingan bersama dalam teater Usikan Rebab yang turut
menyaksikan Norzizi memenangi Pengarah Terbaik dalam Anugerah Seni Cameronian
2013.
“Saya
yakin dengan kemampuan lakonan pasangan suami ini yang boleh menyuntik kelainan
untuk Throne of Thorns versi Melayu ketika pementasan itu nanti. Mereka ada
sesuatu yang saya nampak terutama dari segi interpretasi pergerakan orang
Melayu,” kata Norzizi lagi.
Teater
ini turut dibantu oleh Kraig Grady, seorang komposer dan pemuzik profesional
yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) dan telah menetap di Australia.
Selain
itu, Azizul Zahid Jamal yang juga pereka tatacahaya, Bayu Utomo Radjikin
(pereka set dan kostum) serta dibantu Fahillul Adam sebagai juru tunjuk gerak.
Sinopsis
Teater
ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Kapal Karam (The Shipwreck),
Rahsia Tersembunyi (The Hidden Secret), Kuasa (The Power of The Master),
Konspirasi (The Conspiracy), Rancangan (The Planning), Kuasa Cinta (The Magic
of Love) dan Perdamaian (The Revelation).
Ia
mengisahkan Prospera (Raja) yang telah kehilangan kuasa dan takhta setelah
dirampas oleh Antonio yang merupakan saudara kandungnya. Disebabkan itu, dia
telah melarikan diri ke sebuah pulau. Berang dengan tindakan adiknya, Prospero
merancang untuk tenggelamkan kapal Antonio. Dalam masa yang sama, Miranda yang
merupakan anak kepada Prospero merayu ayahnya untuk membantu rakyat yang berada
di atas kapal.
Friday, January 20, 2017
MAKYUNG DI HAWAII
| Persembahan di Waimea Valley; Macam-macam ruang kami persembahkan. Dengan jumlah ahli seramai 7 orang kami maksimakan peranan dan sangat fleksibel |
| Persembahan eksklusif untuk tetamu terpilih di Shangri-La, sebuah mansion milik Yayasan yang menjaga dan memelihara kesenian Islam. Walhal ia milik seorang wanita bukan Islam. |
Selain membangunkan khalayak tempatan, adalah tidak wajar jika seni tradisional tidak menjangkau khalayak dunia dan rata-rata mula memandang Asia sebagai hidangan penuh perisa. Kini 'fusion' dan 'hybrid' sudah tidak lagi asing kepada Barat. Mereka mula menjadikan Asia sebagai satu platform bereksperimen dan mencedoknya menjadi satu 'invention' yang beridentitikan mereka. Malah tidak hairan dalam kalangan budayawan Barat sudah menjadi pakar kesenian Melayu dan Asia.
| Artist Talk; bersama penggiat seni dan penggemar kesenian Hawaii |
Kesempatan membawa Makyung dan Wayang Kulit ke Hawaii di bawah anjuran East-West Center, Hawaii adalah satu peluang yang cukup besar buat PuTRA. Seperti dijangka masyarakat di sana yang sangat mesra dengan budaya Asia amat mengagumi seni persembahan makyung dan wayang kulit. Beberapa individu penting yang saya temui sangat tertarik dengan bentuk, bahan, kehalusan seni yang kita pamerkan.
Dalam satu sesi di Jafferson Hall, EWC sewaktu kami mempersembahkan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah, apabila ditanya bahagian mana dalam persembahan yang mereka gemari. Nyatanya mereka cukup tertarik dengan aksi dalam makyung sewaktu babak pertarungan antara Jin dan Pakyung dan mereka sangat memerhati bagaimana mekanisma dalam permainan patung wayang kulit. Ada juga yang cukup meminati muzik pergendangan. Ternampak di situ tiada batas minat dalam diri mereka. Sebuah seni persembahan dilihat dalam bentuk estetikanya.
Pak Nasir seorang adiguru dan 'performer' yang total. Kehadiran beliau dalam persembahan menjadikan kerja berkumpulan bertenaga dan positif.
| Inilah kami 7 orang mewakili PuTRA, ASWARA menjelajah Hawaii USA dengan menjayakan 10 persembahan dan beberapa bengkel, demonstrasi dan bicara. |
Sesi bersama para mahasiswa University of Hawaii adalah sesuatu yang sangat produktif. Kami berkongsi perkara yang sama. PuTRA bawakan teknik persembahan wayang kulit Kelantan dan mereka tunjukkan kami cara permainan patung yang mereka belajar dalam kuliah. Istimewnya UHM ini mereka sangat dekat dengan Asia.
| Persembahan untuk Junior School. |
Selama dua minggu di Hawaii, menemukan kami dengan pelbagai jenis orang. Dari golongan atas hingga masyarakat di pasar. Makyung dan Wayang Kulit membawa kami merentas lautan Pasifik. Sesuatu yang mengujakan apabila kita tahu kita telah lakukan sesuatu yang terbaik untuk negara dan seni budaya bangsa.
PuTRA... seni rupa bangsa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
