Kali ini saya nak kongsi cara bagaimana wajah saya yang handsome ini di transform menjadi wajah seekor harimau jadian. Jadian ya bukannya real harimau. Watak Mak Rimau Sejang Kilat Sejalur Wangi dalam makyung Kesaktian Anak Raja Gondang bukanlah seekor harimau biasa, ia hala yang berupa makhluk bersifat manusia. Jadi, Jurusolek Kanan Istana Budaya Sheikh Nash telah menukar wajah saya sebagaimana di atas. Saya kira ia hasil kerja yang rumit dan baik sekali. Saya harus menadah muka lebih satu jam (kira lepas maghrib dan selesai jam 9 lebih ) untuk mekap seperti ini. Walau keluar hanya sekali dua sahaja di pentas.
Mula-mula wajah saya dibersihkan dahulu, elak sebarang debu dan kotoran. Perkara pertama yang dibuat ialah pakaikan kanta lekap warna merah. Jadi sejarah dalam diri saya, ini pertama kali saya pakai contact lense. memang tidaklah saya gemor bebenor.. tapi dah kerja pakai ajalah. Kemudian Nash lakarkan bahagian mata saya.
Nash menggunakan aqua putih untuk struktur wajah saya. Dalam foto dilukis bahagian mata, atas mulut dan dagu. Untuk menanpakkan kesan cembung pada wajah.
Nash sapukan warna putih hingga ke leher, dibentukkan hidung saya juga menggunakan aqua putih.
Dengan menggunakan aqua kuning, Nash sapu pada cheekbone, dahi dan batang hidung untuk beri kesan bulu rimau.
Dek kerana dahi ku yang luas, seronoklah Nash mewarna. Digabung kuning dan oren untuk menyerlahkan wajah garang harimau. Kenapa bukan merah? Haaa sebab warna kuning dan oren akan bertindak balas dengan lampu.
Sebelum ke langkah seterusnya, Nash renjiskan warna putih pada wajah saya. Saya kira sprinkle ini akan beri kesan gerakan bulu rimau serta tekstur yang baik pada mekap. Wujud lapisan dan kesan kedalaman.
Nash gunakan aqua hitam untuk melakar garis kasar yang membentuk struktur wajah harimau. Garis hitam lebih kepada membahagi dan mewujudkan kesan kedalaman khususnya pada bahagian mata. Memang tak tebal lah kan mekap matanya!
Waktu sapuan berus hitam ini, Nash sangat rapi dan berhati-hati untuk mengelakkan kesan comot atau ketebalan berbeza.
Haaa yang baju merah inilah Sheikh Nash. Dulu dia berkhidmat di Kumpulan Kesenian Petronas sebagai Artis Budaya sebelum beralih tugas sebagai jurusolek. Bagusnya Nash, dia buat lakaran di atas kertas dahulu sebelum ke wajah. Dan, kita boleh berbincang dengannya. Dia pastikan tangannya bersih, tiada bau rokok atau kari atau sambal belacan sebelum sentuh muka kita. Nash ini bukan sembarangan jurusolek, dia juga jurusolek/dandan VVIP. Kalau saya kata VVIP faham-faham ajalah siapa VVIP kat Malaysia ni.
Lepas melakar menggunakan aqua. Cuba perhatikan lakaran hitam di pipi dan bawah wajah saya. Ada garis seperti belang harimau. Kemudian Nash gunakan pembayang mata hitam (eye shadow) hitam untuk shade'kan di bahagian-bahagian tertentu khususnya dia kawasan mulut dan garis-garis hitam yang dilakar menggunakan aqua.
Nash campurkan eye shadow hitam dan brown untuk 'shade' dikesemua kawasan gelap. Nash sengaja gunakan hitam dan brown untuk beri tone warna sehingga beri kesan kedalaman.
Dengan berus kecil Nash membentuk ranting-ranting kecil di lakaran hitam besar. Nash sengaja mencorak sebegitu supaya tidak mendekati belang asal harimau. cuba lihat foto ketiga di atas.
Kemudian lubang hidung saya digelapkan. Supaya tidak kelihatan seperti hidung manusia. Dengan menggunakan eye-liner, Nash membuat bintik-bintik roma di atas mulut saya. Antara bintik-bintik itu, satu garis samar dilakar menggunakan eye-shadow hitam.
Nampak tak wajah saya yang sudah nak jadi menatang hahaha. Belum siap lagi. Nash tambahkan lagi ranting-ranting putih di atas garis hitam. Ia ada menampakkan gerakan bulu.
Ini stage terakhir. Nash lukis misai dengan eye-liner dan di doublekan dengan aqua putih. Kemudian Nash warnakan hidung dengan merah jambu. Kenapa merah jambu?
Sebelum menutup sesi mekap. Nash sekali lagi merenjis wajah saya dengan aqua putih dan serbuk perak (silver dust). Itu yang buat berkilau-kilau wajah Mak Rimau. Rambut palsu dipasang di mana Nash gamkan di dahi kemuian dipinkan di tepi kiri kanan dan bawah kepala.
Akhir sekali gigi palsu. Awalnya Nash bagi gigi palsu atas tapi bila saya pakai, mulut tak boleh tutup sebab taringnya tajam dan terlalu jongang. Ia menghalang saya dari berdialog. Lalu saya gunakan gigi taring bawah yang sedikit pendek. Nak memasangnya, saya tampal guna polident. Gigi tu harus direndam dalam air panas dahulu, kemudian disukat mengikut bentuk gusi saya. Barulah diletakkan gam. Ehhh Nash ada yang saya tertinggal ke?
Apapun saya puji cara jurusolek Istana Budaya yang lain juga, mereka semua boleh buat macam profesional yang lain. Cuma peluang dan kepercayaan yang perlu diberi. Saya percaya dalam apa juga pekerjaan, galakan, kepercayaan dan motivasi sangat penting. Saya dedikasi entri ini buat Sheikh nash, Hanita Mok Nik, Sobee, Isti, Farah dan Anis. Opppsss yang dah bersara Kapten Salmi a.k.a Awin.
No comments:
Post a Comment