Jom Kita Jadi Geng

Sunday, August 4, 2013

NAMEWEE TAK BODOH!


Saya dah kata dah memang jangan bagi muka, macam kata pepatah Melayu 'bagai anjing menggigit tangan orang yang bagi makan". Masalah dengan cara kita mengurus negara ni saya kira kurang kena. Macam menampal lubang-lubang di jalan yang rosak. Setiap kali rosak setiap kali itulah ditampal tapi tidak pernah mahu membaiki masalah asas yang membawa pada kerosakan itu. Balik pada pepatah Melayu di atas, saya merujuk pada pe'el budak yang namanya Namewee yang famous satu ketika dulu sebab menghina negara dengan video Youtube nya Negarakuku. Kecohlah satu Malaya dek budak ni, sehingga mahu dikenakan tindakan undang-undang tapi last-last dimaafkan. Bukan setakat diberi maaf malah khabarnya budak Namewee yang tak tahu cakap melayu (pada masa tu),diberi pembiayaan untuk buat filem lagi. Begitulah cara kita memujuk supaya dia jangan duk buat hina negara lagi.

Tapi, bangkai tutup macamana pun tetap busuk, hati kalau dah memang busuk, dia tetap balik pada sifat asalnya. Budak Namewee ni memang kira hero dalam kalangan kelompoknya, tak kanlah dia mahu jadi dayus dan jinak dengan duit. Jadi dia tak kan berhenti. Dia tak bodoh, strateginya sangat bijak, mencari perhatian demi perhatian. Agaknya kali ini dia buat lagi sebab nak cari duit lagi kot.

Jadi bila Pak Nazri Aziz pun dah cakap kasar pasal budak ni, maka bertemulah buku dengan ruas. Pak Nazri pun mesti terkesan sebab situasi ini macam Pulang paku buah keras. Saya harap kerajaan betul-betul belajar dengan orang-orang macam ini. Bukan sebab dia Cina, tidak kiralah sesiapa pun, apa keturunan sekalipun... janganlah sekali-kali mahu menjinakkan manusia dengan wang ringgit atau rangsangan-rangsangan yang akhirnya menampakkan kebodohan kita.

Bacalah petikan dari Utusan ni

Namewee budak tidak tahu sejarah, bodoh - Nazri

PADANG RENGAS 3 Ogos - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Nazri Aziz membidas penyanyi rap, Wee Meng Chee atau Namewee kerana memaki-hamun pelbagai pihak berhubung penangguhan filem The New Village dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube Khamis lalu.

Dengan nada tegas, beliau mengingatkan Namewee bahawa dia tinggal di sebuah negara berbilang kaum yang penuh dengan sensitiviti yang perlu dihormati.
"Saya pun hendak hentam dia habis-habisan. Dia budak yang tidak tahu sejarah, budak yang bodoh, berhingus dan tidak faham tentang sejarah negara kita. Hidup dalam sebuah negara berbilang kaum, kita harus mengambil kira sensitiviti dalam negara.

"Dia kena ingat, polis dan angkatan tentera telah membela negara kita. Jangan esok kalau apa-apa berlaku kepada dia, polis tidak mahu ambil tindakan, dia marah pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri Peringkat Parlimen Padang Rengas di sini hari ini.
Namewee dalam video terbarunya berjudul 017 Double Standard dan berdurasi selama lima minit 23 saat, mempersoalkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village untuk dinilai oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Mohamed Nazri juga berkata, beliau tidak akan mempertahankan Namewee lagi selepas ini sekiranya lelaki tersebut sudah melampau.

"Kita manusia, mesti tahu menghormati pandangan dan sensitiviti orang. Apa untung kamu buat macam itu, nanti penumbuk naik ke muka cari polis juga," ujarnya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130803/dn_31/Namewee-budak-tidak-tahu-sejarah-bodoh---Nazri#ixzz2avshzZtK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...