Jom Kita Jadi Geng

Saturday, August 17, 2013

DIA TAK PUKUL BINI LAH!



Satu dunia dah tengok dia katok bini dia. Satu dunia beri simpati dan benci dengan perbuatan itu. Apatah lagi kejadian menampar dan menendang bini dia berlaku di hadapan dua anaknya. Bagaimana perasaan dua budak itu? Adakah ia akan jadi memori kekal? Adakah itu dianggap perkara biasa oleh kanak-kanak itu? Saya mengutuk keras kejadian ini walau apa pun jua alasan dan kebenaran yang akan muncul.

Memukul, menampar, menendang malah melakukan kekasaran ke atas isteri adalah tindakan dayus sang suami. Itu pandangan saya. Memukul ibu kepada anak-anak di hadapan mereka adalah tindakan paling kejam seorang bapa. Dengan langsung ia meruntuhkan kasih sayang yang sepatutnya dipupuk dalam jiwa anak-anak.

Hari ini, sang suami menafikan yang dia belasah isterinya. Macam mana tu? Macamana dia boleh menidakkan perbuatan itu di hadapan berjuta mata yang telah menonton video itu? Memalukan dan sangat memalukan. Walau apa pun jua niatnya sama ada untuk mengajar dan membaiki keburukan isteri tapi dia sudah berbohong. memukul secara bertalu-talu saya kira sudah jadi kes lain. Ia bukan niat mengajar, ia adalah kemarahan kesan dari kebencian. Malang sungguh bagi Mohammad Affandi Ismail, 36 tahun yang cuba menegakkan benang basah. tapi dunia hari ini boleh terima apa sahaja penipuan. Yang benar belum tentu menang, yang jahat ramai bermaharajalela. Kerana undang-undang manusia ini, walau kesalahan sudah jelas tapi ia boleh diputarbelit dan menyelamatkan yang bersalah dek kerana kelemahan pendakwaan. Jadi kerana itulah Affandi berani mengaku tidak bersalah dengan harapan dapat menyelamatkan diri.

Tengah budak-budak syok mengira duit raya, kita yang dewasa ni saban hari menghadap berapa kes, mengira yang mati kena tembak, kena bunuh, kena belasah, kena letup, kena rompak, kena rogol, kena culik dan macam-macam jenayah makin menakutkan.

Save Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

dalam agama pun ada mengajar cara nk mengajar..isteri bagaimana..(jika isteri salah)sila rujuk agama sebelum wat keputusan..ni la apabila hilang pedoman..iman goyah..jika hati tgah marah..jgan naik satu lif dgn isteri..byk kan istigfar..mjur xda objek tajam..klu x..xtahu ape akan berlaku..

Anonymous said...

Lelaki ini memang tak malu. Tidakkah dia ingat bahawa isteri yang ditampar, ditendang dan diterajang itulah yang bertarung nyawa melahirkan zuriat keturunannya? Itulah dia kalau agama tidak dijadikan panduan dalam hidup.

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...