Jom Kita Jadi Geng

Thursday, October 25, 2007

1957 HATI MALAYA DI PAWAGAM

HARI INI 25 OKTOBER 2007 FILEM 1957 HATI MALAYA BERADA DI PANGGUNG WAYANG DI SELURUH NEGARA. SAYA MENUNGGU HARI INI SEKIAN LAMA SEJAK APRIL YANG LALU SETELAH BEBERAPA TARIKH BERUBAH-UBAH. TIDAK TERGAMBAR PERASAN DAN DEBARAN SAYA KERANA FILEM INI ADALAH SATU KEMENANGAN KEPADA CITA-CITA SAYA UNTUK MEMBINTANGI SEBUAH FILEM WALAUPUN APA JUGA WATAKNYA. DAN NYATANYA FILEM INI MEMBUKA LUAS PELUANG , RUANG DAN MENCABAR KEBOLEHAN SAYA. SEADILNYA SAYA TIDAK BOLEH MENGULAS MENGENAI MUTU DAN KUALITI FILEM INI,APATAH LAGI BAGUS ATAU TIDAK SAYA DI DALAMNYA. TUNGGULAH NANTI AKAN SAYA PETIK APA KATA-KATA WARTAWAN ATAU SESIAPA SAHAJA YANG TELAH MENONTONNYA. 

SELAMAT MENONTON 1957 :HATI MALAYA

Thursday, October 4, 2007

HATI MALAYA: DI TUGU NEGARA



Foto ini disiarkan di dalam Berita Harian 31 Ogos 2007 sempena Hari Kebangsaan ke 50. nanu, Ida dan Zaefrul adalah antara rakan lakon di dalam filem 1957:Hati Malaya. Saya bergandingan dengan Nanu sebagai suami isteri di mana beliau memainkan peranan Tun Sharifah Rodziah. Pada awal latihan memang payah untuk saya mencari chemistry kerana saya merasa ada jurang pengalaman dan populariti namun bagusnya Nanu, dia tidak lokek dan melayan saya seperti rakan yang lain malah lebih berani membuat percubaan semasa latihan. Ini membuatkan saya lepaskan gementar dan cepat membaca lenggok lakonnya.
Bergandingan dengan Zaefrul cukup menarik, walaupun tidak banyak scene yang melibatkan saya dan beliau namun sebagai pelakon baru yang sama -sama pertama kali terjun ke layar perak, ia memang menarik. Tetapi saya melihat Zaefrul lebih 'cool' dan dia mudah mesra dengan pelakon yang lain. Mungkin kematangan beliau serta pengalaman lakonnya di bawah bimbingan Rosminah Tahir banyak membantunya. Bila berbual bersama, sering sahaja beliau melahirkan rasa terima kasihnya kepada Kak Ros yang merupakan orang yang bertanggung jawab membawanya ke dunia lakoann. Rupanya ramai sungguh yang berhutang jasa dengan bos saya ni. Tayangan umum filem ini makin dekat, bertambah gementar dan berdebar saya untuk menunggu respon rakan dan orang ramai.

Friday, September 21, 2007

AL-FATIHAH NURIN



Hari ini ibubapa adik Nurin telah mengesahkan bahawa mayat kanak-kanak yang ditemui di dalam beg sukan di depan sebuah kedai di PJ Utama adalah Nurin Jazlin Jaziman. Harapan saya jadi hancur dan luluh sama sekali, bila semalam ibubapa Nurin menafikan mayat itu anaknya dan merasakan bahawa Nurin masih hidup, saya pun turut melahirkan harapan untuk melihat mereka sekeluarga gembira dan menerima kepulangan Nurin. Namun hari ini semuanya terhenti serta merta. NURIN SUDAH TIADA!
Bagaimana tergamak seorang manusia itu menganiaya, mendera dan membunuh seorang kanak-kanak yang naif tentang dunia dan kehidupan ini? Bagaimana kesakitan yang ditempuh oleh Nurin sepanjang penyeksaan itu? Bagaimana pembunuh itu boleh melihat dan menipu seluruh dunia semasa kita semua mencari Nurin? Bagaimana Nurin nak meluah dan menyatakan kesakitannya sedangkan dia dalam ketakutan? bagaimana dan bagaimana? persoalan demi persoalan berlari-lari dalam kepala saya dan mendekatkan saya tentang keselamatan anak saya sendiri. Selamatkah mereka pada masa ini? Adakah orang yang saya beri kepercayaan itu boleh dipercayai? Adakalanya hati ini jadi jahat dan penuh curiga dengan orang sekeliling? dan adakalanya rasa itu dirasakan betul caranya bila kejadian menimpa Nurin ini berlaku.
Buat Jazimin dan Norazian, kuatkan semangat dalam menempuh dugaan ini. Mengingati Allah adalah jalan terbaik untuk membawa kita kepada ketenangan. Dan kepada mereka yang membaca laman ini sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat adik Nurin.

Tuesday, September 11, 2007

A STRONG MAN - DR. M

(foto: Tautan kasih tangan Marina dan Mahathir- gambar diambil dari Blog Marina Mahathir)
Di saat kita meraikan kegemilangan 50 tahun merdeka, jasa-jasa perdana menteri dan mereka yang berkorban tenaga, masa dan nyawa untuk negara patut kita hargai. Beberapa hari kebelakangan ini hati saya jadi sayu dan risau mengenai kesihatan bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamed. Memang saya akui ada yang tidak suka bila saya menulis mengenai Dr.M tetapi kita tidak boleh mengelak daripada berterima kasih dan terhutang budi kepadanya atas wawasan beliau membangun dan memajukan Malaysia sehingga meletakkan kita di peta dunia dengan jelas sekali.
Saya kerap membelek blog Marina Mahathir untuk mengikuti maklumat terkini tentang Tun. Kalau anda pun ingin mengikuti perkembangannya bolehlah melawat blog Marina di mana saudara boleh klik sahaja di Laman Yang diLawat - Marina Mahathir.
Semoga Allah memelihara kesihatan YABhg Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah.

HATI MALAYA: @Sinepleks: Sentuhan terbaru Shumi menyayat hati


Dipetik daripada Berita Minggu 9 September 2007 Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
Mesej perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air dirasai dalam filem 1957: Hati MalayaDENGAN semangat merdeka yang masih membara serta perayaan sambutan Hari Kemerdekaan ke-50 negara masih lagi berterusan, tidak salah rasanya untuk saya berkongsi cerita mengenai topik senada pada minggu ini. Namun begitu, bukan mesej perjuangan yang ingin saya perkatakan, sebaliknya masih berkaitan filem.Selasa lalu, buat pertama kali, filem 1957: Hati Malaya, garapan terbaru sutradara wanita, Shuhaimi Baba atau lebih dikenali sebagai Shumi, ditayangkan kepada kira-kira 1,500 tetamu apabila penaja filem berkenaan, DiGi menempah enam panggung di Cathay Cineleisure, Damnasara, untuk tontonan pelanggan dan jemputan mereka. Hadir sama ialah barisan pelakon yang menjayakan filem terbabit.
Lebih dua jam menonton, mata ramai penonton kelihatan bergenang. Bukan saya seorang rupanya, tetapi ramai tetamu lain turut tersentuh dengan paparan drama di hadapan mereka. Kisah bagaimana pejuang Melayu era zaman moden seperti Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Ja'afar, Sardon Jubir, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Ismail dan Ibu Zain menuntut kebebasan buat Tanah Melayu kali ini dapat dikongsi bersama khalayak dalam bentuk filem pula.Dan, saya harus akui, dengan kajian yang dilakukan beberapa penulisnya termasuk Shumi sendiri, sedikit sebanyak perjuangan itu dapat dimengerti dengan lebih jelas oleh generasi terkini. Apatah lagi bentuk visual antara perantaraan media paling berkesan untuk menyalurkan pesanan kepada orang ramai.Pujian buat Shumi yang sekali lagi tampil dengan filem yang bukan sebarangan. Dengan kisah yang begitu bermakna, tentu sekali 1957: Hati Malaya menjadi khazanah yang bakal dirujuk oleh generasi akan datang, sebagai sebahagian sumber untuk mendalami sejarah negara.Shumi memilih untuk tidak memfokuskan semata-mata kepada tokoh politik era kemerdekaan berkenaan, sebaliknya dia membawa kita mengikuti kisah bersejarah itu menerusi beberapa watak zaman terkini yang kononnya sedang mengadakan kajian untuk membukukan cerita kemerdekaan negara. Daripada beberapa watak inilah penonton dibawa mengembara semula ke zaman 40-an dan 50-an untuk mengikuti detik penuh semangat, debaran, kesayuan dan kebanggaan, tatkala datuk dan nenek kita berjuang membela nasib bangsa.
Kembali menyentuh topik babak yang membuat penonton sebak, bukan sekali dua dada penonton disentak dengan adegan cukup menyentuh perasaan. Sebaliknya Shumi berjaya membuatkan air mata menitis beberapa kali. Bukan kerana kematian seperti dalam Selubung, bukan kerana kecewa seperti dalam Waris Jari Hantu, tetapi kali ini penonton menangis kerana terharu dengan semangat perjuangan orang Melayu terdahulu.Filem ini juga menyaksikan gabungan semula pelakon Waris Jari Hantu seperti Maya Karin, Rusdi Ramli, Nanu Baharudin, Ida Nerina, Liza Othman dan Kavita Sidhu. Malah, ia muncul filem paling ramai menampilkan pelakon, popular mahu pun kurang dikenali. Turut membintanginya ialah Sharifah Amani, Adlin Aman Ramlie, Iqram Dizly, Nasrizal Ngasri, Man Bai, Rozie Rashid, Pushpa Narayan, Bront Palare, Jit Murad, Na'a Murad, Azhar Sulaiman, Radhi Khalid, Zahim Al Bakri dan lain-lain.Tidak ketinggalan diundang menjayakannya ialah barisan aktor veteran seperti Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Mustapha Maarof, Datuk Jalaludin Hassan, Datuk Rahim Razali dan Kuswadinata.Begitupun, dua pelakon baru yang diperkenalkan Shumi menerusi filem yang menggunakan beberapa tona warna untuk menunjukkan perbezaan masa ini ialah Kamarulzaman Taib dan Zaefrul Nordin. Berlakon sebagai Tunku dan Onn, kedua-duanya memberikan persembahan cukup memberangsangkan. Bahkan, boleh dikatakan mereka berdua sebenarnya ‘nyawa’ kepada 1957: Hati Malaya.Tidak perlu mengada-ngada, tanpa perlu berlebih-lebihan, namun persembahan lakonan Kamarul dan Zaefrul harus diberikan pujian. Mimik muka yang meyakinkan, pengucapan dialog yang berkesan, nyata memberikan kelebihan kepada dua aktor baru ini untuk duduk sama tinggi dengan barisan pelakon yang sering tampil dalam filem Shumi. Bahkan, kali ini mereka sedikit mengatasi kehadiran pelakon lain. Syabas!Shumi sendiri nampaknya bagai kembali menemui sentuhan berbisa dengan penghasilan terbaru ini. Sememangnya, 1957: Hati Malaya sebuah filem yang wajib ditonton oleh segenap lapisan masyarakat rakyat Malaysia. Tanpa sejarah, siapalah kita semua.Filem terbitan Pesona Pictures dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ini bakal menemui penonton pada 25 Oktober depan.Jadi, sebelum penonton dapat mengikuti detik sejarah Hati Malaya, nampaknya ketika ini kenalah berpuas hati dengan beberapa judul yang sedang berputar ligat di pawagam tempatan. Filem animasi yang cukup menarik dan menghiburkan, Ratatouille, misalannya masih lagi kekal selaku juara carta filem pecah panggung negara, setelah tiga minggu berada di pawagam. Manakala Impak Maksima, filem aksi perlumbaan kereta keluaran tempatan pula turun ke tempat ketiga apabila dipintas filem aksi lakonan Jet Li dan Jason Statham, Rogue Assassin.

Saya selitkan laporan berita video oleh The Star di http://videos.thestar.com.my

Tuesday, August 21, 2007

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 17 OGOS

15hb jam 10.30 malam saya terima panggilan dari En Omar katanya "awak kat mana Kem?" jadi saya yang kepelikkan menerima panggilan En Omar pada jam 10.30 malam pun pun jawab "kat rumah". Saya jawab dengan perasaan salah semacam bersalah duduk di rumah pada jam 10.30 malam pada hari yang saya mohon bercuti. "Saya kat Melaka ni" terus fikiran saya merujuk kepada persiapan KEKKWA untuk sambutan Pelancaran Bulan merdeka "So, kenapa En Omar telefon saya" itu yang saya jawab dalam hati tapi En Omar pintas percakapan saya dengan " Kem you perlu datang sini, IB dan JKKN perlukan awak!" saya terkedu kerana saya sedang lenang dengan cuti tapi..."takpalah Che Omar nanti saya telefon En Joe IB". "Ok you telefon Joe IB". Panggilan En Omar mati di situ dan kepala saya fikirkan macam-macam. Yang pertama saya fikir adalah berita itu telah spoilt suasana rehat saya tetapi yang kedua saya fikir suara En Omar macam betul-betul mengharapkan saya beri pertolongan lantas saya pun telefon Abg Joe.....


Abang Joe tak menjawab walau lama benar saya menunggu suaranya. Saya biarkan sahaja dan fikirkan mungkin mereka sedang ada briefing. Beberapa minit lepas itu telefon saya berdering dan memang daripada Abang Joe. Saya angkat "Hello" tetapi abang joe jawab "hah! Hang cakap dengan KSU...hah Dato' cakap minta dia datang..." saya tercengang kerana di telefon adalah suara KSU "Hello...emm siapa ni joe(Kem! bunyi suara Abg Jo) ...hah Kem, you kena datang malam ni, kita perlukan you untuk memantapkan persembahan di sini jadi I nak you datang malam ni juga...boleh datang malam ni...ada kereta...takpalah you mesti datang". Saya tak sempat bercakap sepatanh dengan abng Joe nak tahu duduk perkara dan bagitahu masalah saya. Saya SMS Abg Jo " Abang saya boleh datang esok tapi kena balik hari, Nida kat Ipoh sampai 17hb that's why saya bagitahu Abang yang saya tak boleh tolong, takda sapa nak tengok anak-anak saya. Bibik dah balik Indon".
Esoknya lepas hantar Aish (anak sulung saya) ke sekolah, 7.30pg saya terus ambil aminah rahpor di rumahnya dan menuju ke Melaka. dalam perjalanan baru saya tahu duduk perkara apa benda yang saya perlu buat di Melaka. Saya keras dengan Kak Amy dan minta dia sama-sama balik malam tu juga dengan saya. Kami sampai di Dataran Pahlawan lebih kurang jam 10.20 pagi (dan kami lengahkan kerana sayapun memang tak boleh pandu laju). Sebaik sampai terus kami di bawa ke Oldtown Cafe untuk berbincang apa yang nak dibuat. Rupanya saya kena sediakan skrip untuk persembahan re-enactment dan terus untuk raptai malam itu. Kak Amy ambil tindakan segera dengan mengumpul semua pelakon Muzikal Putra dan alhamdulilah jam 6.30 petang mereka semua tiba.
We had a rehersal that day and its run smoothly even The CM Melaka congrats us because the change we made. So everybody was soooo happy.
Tapi malam kejadian menjadi satu mimpi yang tidak termimpi oleh kami kerana di luar jangkauan kami. Orang-orang politik yang membawa sepanduk melimpah ruah dan menutup kumpulan 1000 orang penari. Mereka menyanyi, bersorak dan bersahut-sahutan malah ada yang membawa basikal lama. Sungguh tidak terfikir. Bila kami minta mereka berundur dan berganjak ke belakang, pemuda UMNO tak mahu mereka mahu di depan dan terus dengan pekikan dan nyanyian patriotik. Secara peribadi saya seronok kerana situasi ini sebenarnya semangat dan emosi secara lahiriah inilah yang sepatutnya wujud bukanlah kita mengada-adakan acara supaya ia menggambarkan semagat patriotik! bakaran semangat perlu ada tetapi bukan imitasi yang menunjukkkan semangat terbakar. Saya lihat orang-orang yang mengendalikan acarapun dah kelam kabut mencari alternatif tetapi tidak pada Pak Lah, menteri dan politicians yang lain yang sedang nyaman berada di pentas, mereka gembira dan suka melihat sokongan dan semangat itu.
Saya tengok Pak Lah pun bukan main seronok memberi pidato. Penuh semangat malah jeritan merdekanya lebih lantang dan kuat daripada pemuda. sepanjang acara Pak Lah tak tertidurpun. Begitu juga dengan ucapan Dr. Rais, saya suka ucapannya- cukup jelas dan lantang. Tetapi tidak kepada ucapan Ali Rustam yang saya merasakan terlalu banyak pujian dan repetition. Ia memberi ruang yang hambar dan dirasa panjang sekali ucapannya.
Malam tu kita turut meraikan pejuang dan mereka yang berjasa kepada negara, maka di bawa tokoh-tokoh dari seluruh negara. Bagus juga mereka diraikan dan di wajah mereka terserlah kebanggan penuh terharu. Mahadzir Lokman selaku pengacara pun bijak mengatur dan mengubah suai teks mengikut apa yang berlaku. Ia memang banyak yang berubah berbanding apa yang diraptaikan. pak lah memanggil tokoh ke atas, pemuda UMNO menyanyi-nyanyi, Pak Lah berbalas kata dengan Pemuda dan banyak lagi.
Kita tutup acara dengan persembahan re-enactment yang dibuat last minute oleh unit 911 (kamilah tu). Menarik tetapi Crowd yang ramai sehingga menutup ruang persembahan dan menghalang pandangan VVIP. Tetapi nak buat macam mana memang semangat Pemuda dah menyala-nyala. Tetapi saya seronok dan suka melihatnya kerana suasana itu macam benar-benar. Saya gembira sekali melihat komitmen yang diberi oleh Dato' Jalal, Kenji dan Rama. Skrip yang saya tulis dihafal dengan cepat dan smooth! Semasa Re-enactment saya duduk ditepi Mahadzir dan Dato' Norliza tiba-tiba datang YB Menteri Rais dia bercakap-cakap dengan Dato' Norliza dan dengan tersenyum dia shake her hand dan said "congratulation". Itu maknanya dia happy dan semua orang akan happy kerana itulah kayu ukur kejayaan sesebuah penganjuran! pelikkan! Tapi nak buat macam mana memang begitu budayanya.
Seperti biasa acara ditutup dengan bakaran dan letupan bunga api...semua orang bersorak namun saya merasakan kegemilangan acara itu semacam berakhir di situ kerana ia seperti sudah sampai kemuncaknya sedangkan ia perlu didaki menuju 30hb dan 31hb Ogos apatah lagi nak dibawa semangat itu sehingga 16 September malah ke tahun hadapan. Bagi saya bunga api itu harus disimpan sehingga kemuncaknya pada 30hb atau 31hb. Semasa bertemu pelakon yang menjayakan persembahan untuk ucap terima kasih, Dato' Jalal datang peluk dan berbisik kepada saya "kem, abang segan dengan kau..."

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...