

Jack dan 2 pengikutnya. Si Hazwan sukar membuka kunci badannya. Dia kata tak nak jadi orang yang banyak bergerak namun yang jadi adalah patung yang hanya kepalanya sahaja bergerak dengan mimik yang begitu ketara. Susahnya di sini adalah 'level of acting' berbeza dan tidak ada masa yang cukup untuk latih lakon. Eijat, Salehuddin, CT Katijah berada pada kelompok yang berbeza dengan yang lain, dan di dalam kelompok lain itu saya lihat ada pula kelompok-kelompok akting yang berjarak. Saya tetap ingatkan kepada pelakon agar jangan terlalu fikirkan bloking. Bloking yang ditetapkan, ikut sahaja namun motivasi untuk bergerak kepada bloking itu perlu ada. Ia tidak boleh dibuat tanpa motivasi. Adika telefon dan katanya Kesuma dah masuk ET namun kerja untuk lighting tidak dapat dibuat kerana
tiada teknikal dan mengikut makluman jadual hanya maklum untuk bump-in set sahaja, habis tu tidak ada juruteknik yang bertugas? Takkanlah untuk gunakan bilik control pun perlu dibuat surat yang berbeza sedangkan kebenaran masuk ET sudah diberi? Apa guna ET kalau tidak boleh guna teknikal? Ini bermakna Kesuma bekerja di ET tanpa kawalan seorang juruteknik? Inilah masalah apabila antara unit tidak membantu dan cuba memahami tuntutan kerja produksi. Yang terlihat jelas sekali adalah team produksi harus melihat beberapa aspek iaitu kreatif, artistik, management, logistik dan banyak lagi dan terpaksa pula berkompromi dengan sikap kerja unit teknikal ASWARA yang lebih ke arah menjadikan unit teknikal sebagai sebuah unit sokongan dan pembekal
bukannya satu unit yang sepakat menghasilkan kreativiti. Nampaknya sampai bila-bila ASWARA tidak boleh mengharapkan jurutekniknya menyumbang kepada kerja kreatif. Jadi, saya meminta Adika melakukan apa sahaja kerja bump-in sementara kerja-kerja teknikal dibuat esok walaupun saya faham bahawa masa bukan lagi dipihak Kesuma. Latihan Kesuma selesai hampir jam 11.20 malam.


1 comment:
cekem,... soweeyyy, saya lupalah mcm mana nak tambah article dlm blog. Hehehe... Benda baru tak paham la kan. Cikgunye ngajor laju sgt. (Mcm terror sgt! Hehehehe... )
Post a Comment