Hari ini dia menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 3...? Opps dia sensitif dan marah sangat kalau saya menyebut nombor itu bila setiap kali 15 mei datang. Saya bersyukur dikurnaikan pasangan yang begitu mengambil berat dengan keluarganya dan mengimbau peristiwa berbelas tahun dulu waktu kami berkawan, dia lah orang yang selalu cuba menghidupkan hubungan kami, dia bertanya khabar dan sering saja push me to be more warm. Fikir-fikir kalau harapkan saya, I just take for granted.
Saya merasa cukup bertuah memiliki keluarga yang bahagia dan dua anak yang sihat dan cerdas. Malah mendengar kata. Nida lebih terarah menentukan hala pendidikan anak-anak dan saya menjadi sebahagian daripa yang memeriahkan famili.
Tapi ada dua tiga perangainya yang saya cuba sedaya upaya membentuk... tapi saya juga sedaya upaya menerima caranya, tapi saya semacam terikat dengan cara saya kerana itu yang saya terima dan berpandangan. Sukar untuk saya tolerate dan seboleh mungkin nak dia ikut cara saya yang ini, dan jika ini boleh diatas dia memang lulus 100%...ha ha ha... Saya amat berharap isteri saya yang montel ni, selalu menjaga kesihatan dirinya kerana saya tidak boleh mengubah disiplin dia, itu dia kena jaga bukan semata-mata untuk saya tetapi untuk dirinya dan anak-anak. Saya yakin dia mampu melakukannya, kerana dia selalu kata dia genius dan berdaya saing. Jadi mami apalagi? Go for it girl!
untuk Isteriku kata Khalil Gibran;
Sampai tiba waktunya
Engkau dan dia dikuatkan
Saling membuka dan bercerita hal yang sama
Dan kalian saling tertawa tentang kelakuan beberapa masa sebelumnya
Kalian saling memantapkan haluan dan tujuan
Kalian saling mengingatkan tanggunjawab dan kenyataan hidup
Kalian saling stuju hidup disatukan

Kini di usia 8 tahun, Aish Mirza sudah berbeza. Masih teringat keletah nakalnya, outspokennya dan kreativitinya. Hari ini Aish Mirza masih kekal dengan tingkah laku begitu tapi bertambah dengan sikap sambil lewa, comot dan kuat makan. Saya pun jadi bingung dan sukar nak merubah sikapnya ini tetapi saya percaya kepada disiplin dan perubahan sikap akan berlaku. Namun di waktu anak-anak sebayanya mula menumpukan perhatian pada pelajar, dia kelihatan begitu confident dengan kebolehan dan kemahuannya. Yang merisaukan saya adalah, dia ada capabilities membuat, menyebut, menghurai pelajarannya tapi dia cukup malas menulis dan memberi perhatian kepada pembelajaran sama ada muzik ataupun matapelajaran lain.
Hubungan antara saya dengannya pun sudah dirasa sedikit batasan, Aish sudah mengenal pasti privasinya dan kita sebagai orang tuanya masih merasakan dia seperti anak kecil semasa kita mula menimangnya! Saya mungkin silap tetapi saya seperti tidak mahu melepaskan dia menjadi dewasa. Saya cukup takut tetapi satu hari dia perlu dilepaskan juga.
