Jom Kita Jadi Geng

Monday, April 29, 2013

BENGKEL CIPTA EKSPRES MACP - SITI NURHALIZA PROJECT


KALI terakhir Datuk Siti Nurhaliza mengeluarkan album bahasa Melayu ialah pada tahun 2009 dengan album Tahajjud Cinta. Bagaimanapun album All Your Love yang dikeluarkan pada 2011 bagai tiada magis.
Kali ini, Siti benar-benar serius untuk mengubat rindu peminat. Untuk itu Siti 'berkolaborasi' mengumpulkan 10 orang komposer dan penulis lirik selama tiga hari untuk penghasilan album pop terbaharunya.
Antara komposer yang terlibat ialah Ajai, Aidit Alfian, Saidin Omar, Ana raffali, Adi 6ixth Sense dan Marlin manakala antara penghasilan lirik pula oleh Ad Samad, S. Amin Shahab, Abie, Rudy Imran dan Ce' Kem.
"Sudah dua tahun Siti tidak menghasilkan album pop berbahasa Melayu. Siti rasa sudah tiba masanya untuk muncul dengan album baharu. Siti juga memerlukan lagu-lagu baharu untuk konsert," ujarnya.
Jelas Siti, dia bekerjasama dengan Music Author's Copyright Protection Bhd. (MACP) untuk mengadakan Bengkel Cipta Ekspres MACP yang diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini. Dalam bengkel itu, Siti turut menjadi juri bagi bengkel Cipta Ekspres.
Jelas Siti, semua 10 lagu yang dicipta secara ekspres tersebut menepati 70 peratus kehendaknya. Malah satu lagu akan dinyanyikan pada konsertnya yang dijadualkan berlangsung pada selama tiga hari bermula 5 Julai ini di Dewan Philharmonik Petronas, Kuala Lumpur.
Secara muzikal, Siti memandang Adele, Beyonce dan Bruno Mars sebagai rujukan terkini. Menurutnya, dia menggemari lagu-lagu Adele kerana konsepnya yang tidak terlalu moden atau urban.
"Kalau Beyonce, Siti lebih melihat kepada kekuatan jiwa dan wanitanya. Siti juga sukakan lagu-lagu yang rancak," jelasnya yang menggemari lagu Set Fire To The Rain nyanyian Adele.
"Siti melihat kerjasama dengan pihak MACP sebagai sebuah gandingan yang sangat baik yang pernah dilakukan oleh mereka untuk anak seni. Inilah masanya untuk bergabung antara komposer dan penulis lirik lama dan baharu. Siti sangat hormati idea masing-masing dan mereka hanya diberikan tiga hari untuk menyiapkan lagu. Bengkel sebegini juga dapat memberikan suasana luar daripada kebiasaan kerja masing-masing," hadirnya tentang bengkel yang menobatkan lagu Ranjang Berbisik nukilan Saidin Omar dan tulisan S. Amin Shahab.
Menyentuh tentang album pop yang bakal dirakamkan tidak lama lagi, Siti sedar bahawa ramai peminat yang menggemari lagu seperti Purnama Merindu dan lagu-lagu balada.
"Siti tahu peminat rindukan lagu balada sebegitu. Kali ini Siti mahu hasilkan album yang mengikut trend, lebih matang daripada segi penceritaan dan lirik. Juga mengandungi lagu-lagu yang mempunyai mesej yang positif," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2RqKV0Ve6 
Hakcipta terpelihara 

Friday, April 26, 2013

SUDAH-SUDAHLAH...

Ingat lagi ke, dalam entri yang lepas saya bagitau yang saya shoot kat Republik Besut dulu. Haaa... editingnya sudah siap cuma tunggu untuk tayangan saja. Tapi tarikhnya tidak lah hamba ketahui. Itu perkiraan penerbit dengan RTM lah. Memandangkan ini musim pilihanraya, cerita SUDAH-SUDAHLAH... tu agak sesuai ditayangkan musim ni, tapi ambo tokleh nak jamin lah crito ni akan tayang before ngundi. Apapun layanlah trailer sedutan dari telemovie itu...sempena kempen ni ya

https://www.youtube.com/watch?v=S475Pf-Qd3A

JOM KITA MENGUNDI. PILIH YANG ANDA YAKIN YA!

Tuesday, April 16, 2013

STATUS

Musim perayaan pilihanraya ni memang tak da mood nak update entry. Maaflah kalau sedara membelek blog dan tengok entri yang dah berkurun usianya. Dua tiga menjak ni memang saya aktif di FB saja. Sebab mudah dan tak perlu bersusah macam nak update blog ni... jadi kebelakangan ini status saya di FB ada macam-macam nada dan emosi... so saya ulang cetak kat blog ni lahh:




7 April
"Kerajaan membijaksanakan rakyat kemudian menentangnya. Nyata tugas sudah dilaksana. Dah lumrah ilmu menjadikan manusia lebih kuasa untuk bersuara. Inilah kos yang harus ditanggung oleh dasar yang bagus".

9 April
"Seronok sangatkah jadi YB? Menjadi hebat bukan setakat menang undi dan jadi YBlah. Didie Aliaspun hebat semalam huhuhu"

"Saya faham RTM...tapi takkan cuma beri 10min untuk parti lain, sedangkan 24/7 untuk kempen sendiri. Kalau nak beri biarlah orang dapat manfaat. Niat dah baik tapi hati macam ragu-ragu. Ini lagi diburukkan orang... Status ini tiada kena mengena dengan undi saya".

12 April
"Kawan, selalu ingat orang yang berjasa pada kita. Jangan kerana satu silap hilang semua jasanya".

13 April
"Kata anak saya "Kat KL company air panggil SYABAS kalau kat USA panggil CONGRATS"

15 April
"Tanggungjawab kakitangan kerajaan ialah melaksanakan dasar kerajaan. Jika di masa depan pembangkang jadi kerajaan maka tugasnya untuk menjayakan dasar kerajaan di masa itu. Kita tidak boleh taasub..harus sedia apapun jua. Ini status tiada kaitan dengan undi saya..."

"Dalam catatan Hamka ; Pernah seorang Cina peranakan Melaka yang akan meninggal mewasiatkan, jika dia mati ketika memasukkan mayat ke kuburnya, hendaklah teman sahabatnya melepaskannya dengan lagu 'dondang sayang'. Itulah namanya 1Malaysia dok gitu.."

"Dalam politik, kekalahan hanya beri kesan pada pengikut. Pemimpin tetap jadi bangsawan".

Hari ni 16 April
"Yang kita semua bagus, yang orang lain semua tak bagus" itu prinsip chauvinisme. Bagusnya untuk membina semangat kebangsaan dan kepunyaan. Tidak bagusnya kerana menutup mata dan hati pada kebaikan orang yang boleh dicontohi. Ingat, sebab chauvinisme jugalah Jerman pernah tewas dahulu. Jadi jangan taasub!"

lagu mana? buleh jadi YB ko?

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...