Memang sudah lama saya tidak memasukkan cerita dan kisah-kisah di blog ni. Saya rasa antara punca utama adalah kealpaan melayan Facebook yang nyatanya sudah menjadi media paling sibuk mutakhir ini. Wahh bunyi macam serius lah kan. Memang FB dah jadi macam agenda utama dalam seharian, mencari dan menerima berita dan maklumat daripada kawan-kawan. Jadi kerja-kerja mengemaskini blog ini...seakan jadi secondary pulak. kesian lah pulak rasanya pada tapak blog ni. Tapi saya tidaklah melupakan laman yang saya sudah bertapak sejak tahun 2006 ni. Saya tahu ramai yang masih mendapatkan maklumat dan mengikuti perkembangan saya melalui laman ini. Terima kasih.
Sejak tidak mengemaskini blog ini, memang banyak sungguh keraian yang berlangsung. Macam-macam lah. Di pejabat, di rumah malah majlis-majlis bersama rakan lama pun berlangsung. Saya juga akui kesibukan dengan beberapa perubahan yang berlaku di pejabat turut menjejaskan mood saya untuk menulis di laman ini. Jika nak ditulis tentang pengalaman seni. apresiasi saya pada seni persembahan ...memang banyaklah nak dikongsi tapi malaslah...Biasalah kalu buat keraian.. makan lah paling penting kalau tak macamana badan nak besar ya. Makanan kat atas ni adalah hidangan semasa meraikan majlis harijadi isteri saya dan anak saya yang disambut pada 13hb Mei dan 15hb mei yang lalu. Yang istimewanya Mama dan Abah turut turun dari Kepala Batas.


Gambar paling atas yang dua dari kiri adalah foto-foto semasa kami sekeluarga dan anak saudara, Along meraikan harijadi saya yang ke 39. Kami raikan di Delicious at Dua. Itupun seminggu selepas 15 Jun kerana semasa tarikh tersebut saya bertugas di Singapura sempena Communicasia 2010.
Memang membahagiakan bila kita dileklilingi mereka yang menyayangi. Hidup ini tidak akan meriah dan ceria jika kita tidak berusaha mewarnainya. Bahagia tidak akan hadir kalau kita duduk dan menunggu ianya berlaku...kita harus mencorak, mewarna dan mencipta keseronokkan itu. Terima kasih keluargaku, sahabatku dan anda sekelian yang menjadi sebahagian daripada warna dalam hidupku.
4 comments:
cokman mcm mn bleh wat nama g2??ajar lah alng nnti..hikhikhikhik..
tulis nama kemudian highlight...pastu tekan button link...pastu taip alamat url dia
Good fill someone in on and this enter helped me alot in my college assignement. Gratefulness you seeking your information.
thank u
Post a Comment