Jom Kita Jadi Geng

Friday, May 30, 2008

VERTIGO...BILA PANDANGAN BERPUTAR

...apabila pandangan berputar semuanya jadi tidak menentu...

kisah teater eksperimen arahan Namron yang dipentaskan oleh para pelajar Tahun 2 Fakulti Teater pada 23-25 mei lepas. sepanjang menonton saya jadi teringat-ingat pada kisah isteri namron. Entahlah, tempo cerita yang dibawa pun agak sayu dan melankolik, ia seperti satu pensejarahan sahaja. Konsep dan teknik menarik.

Thursday, May 29, 2008

IDRIS SARDI: LAGENDA MUZIK INDONESIA



Kata Pak Idris Sardi," Biola itu kekasih saya. dalam kehidupan jangan ada sumbang biar bersih tetapi bila sudah ada kehidupan biar ada sumbang" Bunyi seperti lucu tetapi dia merungkai maksud bahawa ketika mencari dan membina kehidupan jangan ada sumbang atau kesilapan yang boleh mejejaskan peluang tetapi apabila sudah bertemu dengan kehidupan, jangan terlalu pula mengimpikan kesempurnaan kerana kehidupan akan lebih sempurna jika ada kekurangan.

Kata Pak Idris Lagi, " dalam pendidikan tidak kira sama ada kita yang dididik atau mendidik, perlu ada kesabaran. Jangan ada sikap sombong kerana sombong itu adalah musuh no. 1". Katanya lagi " Allah sayang sama saya , tidak perlu memuji saya kerana pujian ahanya untuk Allah". "Pada tahun 1960an saya sudah keliling Malaya dan punyai peminat yang ramai, waktu itu saya pernah tinggalkan Allah" ketika itu dia merasa kejayaan sudah berpihak tetapi jiwanya kosong. Disiplin perlu ada untuk bergelar seniman dan jangan ketika belajar semuanya mahu cepat dan shortcut. Hidup harus dilalui jalannya dan tiada istilah jalan pintas, kerana itu perlu sabar dan tekun. "Saya pernah meminta dibelikan biola diusia 5 tahun tetapi pada usia 8 baru saya memilikinya, itupun setelah bertahun saya menunggu dan kata bapa, belum masanya".

"Disiplin sebagai pemuzik saya tanam, jam 5 pagi saya bangun dan menggesek biola, saya lakukan gesekan yang panjang untuk satu jam tanpa jemu kerana itu disiplin". "saya dididik dengan ilmu muzik klasik sehingga ke Eropah tetapi bila pulang bermain di tanahair, saya cuba mainkan lagu-lagu seperti Begawan solo tetapi saya dikritik kerana mainan saya tidak kedengaran seperti lenggok Indonesia, saya mencari dan bermain ke seluruh pelusuk Indonesia, dan saya temui rasanya. Saya satukan rasa ketimuran dan teknik klasikal di dalam permainan saya". "Apa sahaja yang kita buat mesti dengan rasa" sambil menggesek lagu Widuri.



Itulah pertemuan kami dengan Pak Idris sardi seorang maestro muzik dari Indonesia. sesi bersamanya dihadiri oleh rama pelajar, pensyarah dan penggiat seni tanahair. Dan mengenalinya kita berasa dekat dan belajar menjadi seperti manusia biasa.

Sunday, May 25, 2008

3 TEATER DARI PELAJAR TAHUN 1

Bulan mei ini, adalah bulan di mana para pelajar akan dinilai pembelajaran mereka sama ada praktikal ataupun teori. Jadi para pelajar Tahun 1 telahpun mempersembahkan produksi mereka di mana seramai 40 orang pelajar telah dinilai di bawah 2 orang pensyarah iaitu En Ahmad Yatim dan Puan Marlia Musa



Para pelajar di bawah Ahmad Yatim mementaskan dua buah teater iaitu Di Kampung Di Kota karya Dato' Syed Alwi dan pegawai Khalwat karya Kala Dewata. Manakala Pelajar di bawah Marlia Musa mementaskan Malam Gelap Di Bukit Damansara.



Rata-rata mereka menunjukkan potensi di dalam lakonan dan beberapa pelajar sudah mengenalpasti bidang mereka walaupun mereka belum betul-betul diuji. Saya begitu mengharapkan kumpulan Tahun Pertama ini kekal dengan spirit bekerjasama tetapi janganlah pulak hanya suka berproduksi tapi malas ke kelas . 2 perkara itu harus diselarikan agar seimbang. Hal ini sering sahaja dibincangkan sejak sedekad yang lalu. Akhirnya yang kita temui daripada 40 orang di tahun pertama hanya 5% daripada mereka yang memiliki keupayaan kreatif dan keinginan untuk mendalami pengajian teater, yang besar hanyalah kelompok yang ikut-ikut dan tidak pasti apakah betul posisi mereka. Saya adakalanya menjadi kecewa apabila ada di kalangan pelajar yang dilihat punya potensi tetapi terbiar hanyut. Pada 18hb Mei, Pementasan Malam gelap Di Bukit damasara menerima kehadiran tetamu kehormat Bekas Perdana Menteri YBhg. Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Malam itu, tiada sambutan palu-paluan, gendang genderang, kami menyambut Tun berdua dengan mesra dan kami bagai menerima kunjungan ibubapa.





Terima kasih Tun dan Isteri juga terima kasih Datuk Paduka Marina kerana sudi hadir menonton.

Thursday, May 15, 2008

ISTERIKU TAMBAH SETAHUN LAGI

Hari ini dia menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 3...? Opps dia sensitif dan marah sangat kalau saya menyebut nombor itu bila setiap kali 15 mei datang. Saya bersyukur dikurnaikan pasangan yang begitu mengambil berat dengan keluarganya dan mengimbau peristiwa berbelas tahun dulu waktu kami berkawan, dia lah orang yang selalu cuba menghidupkan hubungan kami, dia bertanya khabar dan sering saja push me to be more warm. Fikir-fikir kalau harapkan saya, I just take for granted.

Saya merasa cukup bertuah memiliki keluarga yang bahagia dan dua anak yang sihat dan cerdas. Malah mendengar kata. Nida lebih terarah menentukan hala pendidikan anak-anak dan saya menjadi sebahagian daripa yang memeriahkan famili.
Tapi ada dua tiga perangainya yang saya cuba sedaya upaya membentuk... tapi saya juga sedaya upaya menerima caranya, tapi saya semacam terikat dengan cara saya kerana itu yang saya terima dan berpandangan. Sukar untuk saya tolerate dan seboleh mungkin nak dia ikut cara saya yang ini, dan jika ini boleh diatas dia memang lulus 100%...ha ha ha...
Saya amat berharap isteri saya yang montel ni, selalu menjaga kesihatan dirinya kerana saya tidak boleh mengubah disiplin dia, itu dia kena jaga bukan semata-mata untuk saya tetapi untuk dirinya dan anak-anak. Saya yakin dia mampu melakukannya, kerana dia selalu kata dia genius dan berdaya saing. Jadi mami apalagi? Go for it girl!

untuk Isteriku kata Khalil Gibran;

Sampai tiba waktunya
Engkau dan dia dikuatkan
Saling membuka dan bercerita hal yang sama
Dan kalian saling tertawa tentang kelakuan beberapa masa
sebelumnya
Kalian saling memantapkan haluan dan tujuan
Kalian saling mengingatkan tanggunjawab dan kenyataan hidup
Kalian saling stuju hidup disatukan

SELAMAT HARI JADI DAN SELAMAT HARI IBU

Tuesday, May 13, 2008

SELAMAT ULANGTAHUN ANAK BABAH!

Hari ini Aish Mirza berusia 8 tahun. Pantas sungguh masa berlalu, macam teringat-ingat sewaktu menimang Aish buat pertama kali di PUSRAWI. Malam itu sewaktu menunggu kelahirannya, saya seorang diri mundar-mandir pada jam 11.00 malam, tiada orang yang sekeliling saya, itu pengalaman pertama saya lalu saya ke surau buat sembahyang sunat minta pertolongan dan menangis menyerah pada Allah, semoga diselamatkan isteri dan anak pertama saya.
Kini di usia 8 tahun, Aish Mirza sudah berbeza. Masih teringat keletah nakalnya, outspokennya dan kreativitinya. Hari ini Aish Mirza masih kekal dengan tingkah laku begitu tapi bertambah dengan sikap sambil lewa, comot dan kuat makan. Saya pun jadi bingung dan sukar nak merubah sikapnya ini tetapi saya percaya kepada disiplin dan perubahan sikap akan berlaku. Namun di waktu anak-anak sebayanya mula menumpukan perhatian pada pelajar, dia kelihatan begitu confident dengan kebolehan dan kemahuannya. Yang merisaukan saya adalah, dia ada capabilities membuat, menyebut, menghurai pelajarannya tapi dia cukup malas menulis dan memberi perhatian kepada pembelajaran sama ada muzik ataupun matapelajaran lain.
Hubungan antara saya dengannya pun sudah dirasa sedikit batasan, Aish sudah mengenal pasti privasinya dan kita sebagai orang tuanya masih merasakan dia seperti anak kecil semasa kita mula menimangnya! Saya mungkin silap tetapi saya seperti tidak mahu melepaskan dia menjadi dewasa. Saya cukup takut tetapi satu hari dia perlu dilepaskan juga.
Kata Khalil Gibran;
Dan janganlah engkau berfikir
engkau boleh menentukan arus cinta
kerana seandainya cinta memberkatimu
ia akan menentukan arah perjalananmu

DIKESEMPATAN INI JUGA SAYA UCAPKAN SELAMAT PANJANG UMUR BUAT KETUA FAKULTI TEATER - ROSMINAH TAHIR.

Monday, May 5, 2008

AKADEMI FANTASIA 6

Kesudahannya saya muncul juga di pentas Akademi fantasia 6. Tak terbayang dek mata ini nak muncul dalam rancangan realiti yang popular itu. Saya bersetuju dengan cara mereka memunculkan saya dan adanya kerjasama dengan Pesona Pictures. Saya ada memberi syarat kepada Astro sekiranya mahukan penglibatan saya mestilah ada persetujuan pesona dan lain-lain cast 1957. Saya tak mahu rasa terasing dan memangpun pesona yang mempunyai material untuk kemunculan saya. Secara jujurnya, apabila muncul sebagai Tunku dalam AF6, saya sudah tidak merasa kesan ataupun perwatakan Tunku itu, mana tidaknya sudah lebih setahun saya tinggalkan karekter itu. Banyak yang tercicir daripada segi lenggok dan bahasa tubuh.

Dan ini petikan video dari konsert Akademi Fantasia 6. Masa ni Stacy masih mentah.


Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...