Jom Kita Jadi Geng

Sunday, January 26, 2014

SAIZ KITA KECIL TAPI...

Baiklah, kali ini saya mahu kongsi kajian yang dibuat orang mengenai hal yang sensitif dan membuat kita kecil hati. Bukanlah tujuan saya nak berkongsi perkara yang lucah atau sensasi tapi sekadar untuk perkongsian. Saya sengaja memilih dua survey ini, banyak lagi survey lain yang dibuat termasuklah kajian purata orang berambut merah, pengguna media sosial lah, restoran Mc Donald pun ada. macam-macamlah survey yang tidak ada dalam pembelajaran di sekolah. 

Ini peta survey untuk kaum wanita:


Tapi apakah benar kajian ini? Mungkin purata yang diambil berdasarkan nisbah yang kecil kot! Kalau anda diluar dari survey yang dibuat maknanya anda istimewa lah.

Ini pula survey untuk kaum lelaki yang boleh dimanfaatkan oleh orang perempuan hehehe... Jadi tidak hairanlah sejak dasar terbuka Malaysia menerima pekerja dan pelajar dari Afrika maka ramailah orang perempuan kita pun berubah hati. Perlu diingat ia berdasarkan cm bukannya inci... ouchh so sad!

 
Dan yang ini survey yang memulihkan semula semangat kita. Biar kecil organ jangan kecil otak. Tak begitu? Hasil survey menunjukkan kita berada di peratusan yang tinggi daripada segi IQ. Oklah tu, buat apa ada barang baik tapi IQ lemah! So teruskan hidup hahahaa... sepanjang menulis ni saya ketawa berdekah-dekah hahahahaa...


Sunday, January 19, 2014

JAM DINDING YANG BERDETAK: JAHAT TAK TERNAMPAK

Foto dari OhBulan. Pelakon utama Amerul, Kirin, Surya dan Nadiya
Teater Jam Dinding Yang Berdetak (JDYB) membuka tirai persembahan teater Istana Budaya. Walau hanya dipentaskan di Lambang Sari namun itu bukanlah ukuran untuk memperkecilkan teater ini. Teater yang diterbitkan oleh Revolution Stage ini menggabung tenaga kerja yang terdiri daripada anak-anak muda yang terasuh dalam seni persembahan. Ia menampakkan cahaya khususnya bidang teater. Tahniah untuk Revolution Stage atas usaha yang tidak jemu dan menjadi salah sebuah rumah produksi yang prolifik dalam mengetengahkan teater bahasa Melayu. Apatah lagi barisan anak-anak muda yang menunjukkan kecintaan yang tinggi pada kerja berteater. Tahniah juga buat Istana Budaya.

Saya menonton pada malam pertama pementasan juga merupakan malam untuk media (saya ingatkan memang untuk awam). Tapi bagusnya menonton malam pertama, dapat kita rasa debaran para pemainnya. Bagaimana reaksi khalayak mendepani pementasan mereka. Secara jujur saya boleh layan teater ini. Kerana naskhahnya baik dan arahannya tidak lembap dan situasi yang dijelmakan 'believable'. Memang susah mutakhir ini untuk menonton teater seperti ini apatah lagi di Istana Budaya. jadi sesekali muncul pementasan yang keluar dari klise Istana Budaya (Muzikal dan komedi), ia semacam memberi pilihan lain dan membawa kembali ingatan kepada kegemilangan drama sebabak di era 90an. Malam itu sesekali saya mengelamun jauh pada sebuah teater arahan Aminah Rhapor 'Tanah Bernanah'. Tema dan isu dalam cerita ini ada sedikit persamaan iaitu latar kemiskinan. Nyata saya rindu teater-teater seumpamanya di pentas gah Istana Budaya. Jadi haruslah saya ucapkan terima kasih kepada Revolution Stage atas usaha yang baik ini.

Memang khalayak teater hari semakin berkembang dan sudah jadi satu budaya di kalangan orang muda, tapi khalayak Istana Budaya mungkin agak terasing dengan teater seperti JDYB ini. Mungkin jika Istana Budaya merasakan Panggung Sari kurang sesuai untuk teater seperti JDYB, eloklah Istana Budaya bekerjasama mementaskan teater umpama JDYB di pentas kecil seperti Matic atau DBKL pada skala yang kecil. Kerana yang penting bukan mengurus Panggung Sari semata tetapi membangunkan khalayak dan menghasilkan produk yang bagus (jika teater muzikal sampai bila pun tiadalah teater dari orang seperti Khalid Salleh singgah di Panggung Sari).

Jauh saya bicara, berbalik kepada JDYB; saya tertarik kepada isu kemiskinan dalam keluarga Azwan dan Rafidah. Tekanan hidup yang terhimpit kesan resesi ekonomi membawa kepada Adzam kehilangan pekerjaan dan mendorong menjadi kaki botol. Dua anak Erna dan Adi yang menjadi taruhan keluarga juga turut berada pada satu simpang hidup yang perit yang turut membawa beban kepada keluarga. Adi yang jadi harapan untuk mengubah hidup keluarga, dibuang dari universiti kerana sikap memberontaknya. Lalu bertaut semula empat beranak dalam rumah yang serba tak ada. Yang ada jam dinding, kain baju bergantungan dan banyak benda harus dikongsi termasuklah sabun mandi dan tuala.

Di awal cerita kita kasihan melihat Rafidah, seorang isteri yang terbeban dengan urusan rumahtangga. Dia semacam mesin pengatur yang mengatur keperluan rumah yang serba kurang. Kasihan pada Rafidah itu bertambah apabila sikap Adzam yang dingin yang tahu minta tapi enggan melunaskan hal keluarga. Sehingga hidangan pagi sekadar air kosong dan pinggan tak berisi. Erna yang sudah lali melalui hidup seperti landasan yang lurus namun tidak Adi, yang seolah protes pada cara hidup begitu. Namun mereka berdua anak yang baik yang mahu membahagiakan ibu bapa. Malah mereka berdua memahami dinginnya hubungan antara Rafidah dan Adzam. Begitu jauh mereka menyelami dan mengasihani nasib Rafidah yang dipinggirkan Adzam. Memang karakter Adzam sangat negatif namun ada menampakkan sisi lembut seorang bapa.

Di hujung cerita kejutan muncul bila Adzam meletuskan hal yang terpendam setelah tiga tahun. Kedinginan itu dicipta Rafidah. Rafidah menyanggupi Adzam makan luar. Yang mana saya kurang jelas kenapa? Sebab miskin? atau sebab alkohol? Ya mungkin alkohol yang menjauhkan Adzam dari Rafidah. Atau mungkin Adzam gagal membawa Rafidah kepada impiannya. Sehingga terbit rasa kecil Adzam pabila bercerita tetang kejayaan Halim.Rafidah yang awal tadi saya kasihan kini terbalik. Saya kasihan pada nasib Adzam. Naluri lelakinya ditidakkan oleh Rafidah. Dari soal keinginan membelai rambut kepada hal-hal hubungan suami isteri dibicarakan. Kata Adzam "kamu hanya mahu jadi perempuanku bukan isteriku" lebih kurang begitu lah dialognya. Adegan antara Adzam dan Rafidah ini bagai sebuah percakapan seoran lelaki tentang kelukaannya dek sikap isteri. Seksa wanita selalu terlihat, didera kerana fizikal, ditinggalkan atau dibiarkan tak berkemudi namun seksa lelaki jarang terluah dalam banyak cerita atau kisah. Adzam didera Rafidah dalam baik, setia dan dedikasinya sebagai wanita berumahtangga.

Thanks Ohbulan. Ini adegan Adzam membongkar
kemarahannya.

Adzam adalah mangsa bukan pada Rafidah semata-mata tapi tanggapan negatif anak-anak terhadapnya, masyarakat melihatnya sebagai suami tak berguna. Adzam adalah mangsa pada sosial dan ekonomi yang mengheretnya kepada najis arak. Kasihan Adzam yang terseksa dan tidak terluah dek ego lelakinya. Dia menyerahkan dirinya terlihat jahat di mata anak-anak. Dan sehingga ke hujungnya anak-anak melihatnya sebagai bapa, suami yang jahat. Kasihan Adzam walau diizinkan Rafidah untuk berhubungan dengan wanita luar namun nalurinya sebagai suami tetap tidak terpenuh. Dia mencari cinta bukan nafsu, dia memburu Rafidah yang hilang pada setiap kali hatinya merindui seorang kekasih, yakni isteri.

Ada dua tiga perkara yang mencuit hati saya, sambil Adzam meneguk arak, mereka menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu. Mungkin naskhah asal Riantiarno begitu kerana keluarga dalam cerita asal adalah keluarga Thomas Pattiwael dan Marie Pattiwael. Hal kedua adalah jam diding yang melatari cerita ini tidak berdetak walau sekalipun hahahaa. Hal ketiga, masa adegan sambut ulangtahun ke 25, saya tengok Erna memakai kasut dalam rumah, sama ada betul atau dia terlupa kerana lepas tu dia berkaki ayam kerana perlu pakai selipar (saja ternampak). Apapun saya harus ucapkan tahniah kepada Syakirin atas lakonan yang sangat baik. Surya memberikan saya satu pilihan berbeza kerana saya jarang melihat lakonannya yang sebesar ini. Tahniah untuk kerabat kerja Jam Dinding yang Berdetak.

Friday, January 10, 2014

MAIN REBAB : DRAMA AWAL TAHUN

Tahun baru 2014 saya buka dengan satu projek yang membuka hati dan minda saya. Terhadap sesuatu yang pandang sepi dan remeh. Sepi bukan kerana saya tidak suka tapi saya anggap itu bukan keperluan untuk saya mengetahuinya. Tapi bila terkena batang hidung sendiri, baru saya tahu yang ia bukan sesuatu yang mudah.

Saya perlu bermain rebab! Hahaha mahu tergolek-golek rasanya sebab tak terfikir ini perkara yang perlu saya lakukan. Memang Rebab bukan asing dari mata dan pendengaran saya tapi ia terlalu jauh dari sentuhan dan petikan jari saya. Bahkan saya boleh katakan saya tidak pernah menggesek rebab. Aduhai saya dicabar seorang pengarah untuk mainkan watak pemain rebab. Memang saya akui dalam tempoh yang singkat, sebuah lagu untuk saya mainkan adalah mustahil... sangat mustahil. Jadi saya ambil inisiatif untuk mempelajari teknik asas bermain, jika tidak keluar bunyi yang bagus, paling kurang gerakan tangan dan jari saya meyakinkan penonton yang menengok nanti.

Lalu saya pun memulakan episod belajar bermain rebab, dalam hati niatnya untuk dapat main intro lagu menghadap rebab sahaja. Sebab dengar macam mudah sahaja. Lalu saya pun mengadap dua orang lulusan ASWARA, Liyana (pemain rebab wanita tunggal di Malaysia) dan Fared (yang punya teknik yang baik dalam permainan). Ya Allah, tuhan saja yang tahu kesukarannya. Saya rasa macam cacat, anggota badan bagai tak berfungsi, tidak terlentur, jari tak bergerak selama 2 jam belajar. Cara gesekan sumbang malah tidak sustain bunyinya. Jam pertama, Fared menunjukkan cara sebenar kedudukan jari dan kedudukan tangan. Bagaimana mahu memegang dan bagaimana jari bergerak mencari melodi. Kat sini saja saya dah melilau dan macam nak menjerit marahkan diri sendiri. Tangan saya berpeluh ketiak pun basah. Susahnya!
Dua jam dengan Fared membuka minda saya bahawa saya tidak memanfaatkan keindahan yang kita ada. Saya anggap ini bukan kerja saya. Bila dua anak muda di awal dua puluhan menunjukkan kesungguhan, kecintaan mereka pada seni tradisi, saya jadi sangat malu.

Inilah Liyana, pemain rebab wanita tunggal Malaysia
Sesi kedua, saya bertemu Yana pada malam sebelum turun ke lokasi. Malam itu Yana membetulkan beberapa kesilapan dari cara saya memegang rebab hinggalah cara saya menggesek. Memang fail! Takjubnya saya pada Yana yang boleh bezakan antara masuk dengan tidak bunyi rebab itu. Malam itu, Yana ajarkan saya melodi intro Menagadap rebab, ya tuhan! ia bukan kerja mudah, jari saya berpintal dari boleh bergerak langsung hilang hala. Usahkan mahu mendapat melodi itu, mahu sustainkan gesekan pun tak betul. Memang hampeh lah saya ni! Yana kata, dalam banyak lagu, mengadap rebab susah sebab menggunakan semua jari dan key. Tu diaaaa.... cita-citaku memang tinggi bebenor! Terus saya minta Yana ajarkan saya melodi mudah, lalu saya belajar mendapatkan melodi Mengulek... memang ia mudah tapi bukan mudah untuk saya, masakan saya dapat mainkannya kalau jari tak betul, gesek tak betul, melodi pun tak hafap. Memang fail fail! fail!

Jadi kesudahannya, saya cuma ambil yang perlu untuk karakter pemain rebab, kedudukan jari, tagan, kinestetik badan untuk sesetengah lagu dan bagaimana mata dan ekspresi pemain waktu menggesek. Pemain rebab itu seorang ahli, menguasai setiap lagu kerana dia bagai nyawa kepada permainan makyung. Kepada guru-guru rebab, orang-orang muda yang sudah menguasainya, tahniah dan syabas. Saya mengagumi kebolehan tuan-tuan. Tuan-tuan adalah warisan hidup. Waktu ramai menolak untuk meneruskan seni tradisi ini, tuan-puan menyahutnya untuk terus hidup kepada generasi seterusnya. Saya mencintai kesenian tradisi namun saya tidak sehebat tuan-puan menguasainya.  

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...