Jom Kita Jadi Geng

Wednesday, March 13, 2013

REUNION


Raya puasa lepas, saya menghadiri majlis reunion tingkatan 6 di rumah cikgu Fauziah Zakaria. Saya rasa apa yang anda alami dan saya lalui lebih kurang sama. Bertemu sahabat dan kenalan yang lama terpisah apatah lagi kalau hubungan itu terputus sejak tamatnya persekolahan. Majlis reunion itu diuruskan sepenuhnya oleh Wahidi, rakan sekolah yang kini jadi sahabat baik yang sentiasa berhubung. Alhamdulillah, beberapa cikgu datang dan ramai juga rakan-rakan hadir.
Reunion USA SIS90
Tujuan saya menulis ni bukanlah nak bercerita pasal reunion tahun lalu, cuma semasa saya menulis ini, ingatan saya terimbau kembali rakan-rakan lama. Apatah lagi yang pernah kita jumpa kembali tapi kini lenyap semula. Tertanya-tanya pula saya, apakah saya sahaja yang teringat-ingat atau ingin sekali bertemu rakan lama dahulu ataukah memang begitu aturannya setelah berlangsung reunion maka cukuplah bertemu dan berposing lalu kita tunggu sahaja 20 tahun lagi untuk reunion dan melihat apakah perkembangan terbaru. Ya lah kalau jumpa tempoh hari, selain hajat untuk bertemu, antara pertanyaan yang bermain adalah; berapa anak? berapa bini? kenapa masih solo?Dia kerja apa? Bisnes besar ke? gemuk ke kurus? dah ada darah tinggi ke? 
Reunion SID84-88
Bila lagi nak reunion ni? Hmmm diam je ya. Untuk rakan sekolah saya dari SK Dato Hamid, SMSI(2) dan SMSI(1) Pasir Mas, saya menunggu perkhabaran dari kamu semua.

Semoga anda semua sihat, selamat dan dilindungi Allah S.W.T.

Thursday, March 7, 2013

RAHIM RAZALI ABANG FILEM MELAYU


Pagi tu berhimpun otai-otai industri zaman 70an dan 80an. Bercerita tentang seronoknya membikin filem di tahun-tahun daif itu. Saya senyum mendengar celoteh mereka. Kebanyakan daripada mereka saya kenal dan pernah bekerjasama. Sebenarnya saya sudah terlewat setengah jam apabila tayangan Matinya Seorang Patriot sudahpun rancak berputar. Senyum saya ni tak boleh ditipu sebab ini adalah salah satu filem yang saya suka dan masa tu dalam tahun 1980an, saya masih di bangku sekolah tapi hampir setiap hari membelek cerita orang-orang filem. Dan pantang kertas kosong saya lukis poster filem, gaya artis dan macam-macam lagi. Bila sesi bicara mengenai Dato Rahim Razali, yang menjadi moderatornya Dato Ahmad Tamimi Serigar yang memang sudah diketahui punyai hubungan yang rapat dan banyak filem-filem Rahim belia jayakan. Seringkali Tamimi berkata, "saya tak boleh bercakap banyak, mata saya jadi panas". Fahamlah saya begitu kuat kesannya Rahim dalam hidup Tamimi. Abang adalah filem yang mengangkatnya sebagai bintang filem, memainkan watak Farid Din. Rupanya ada cerita di balik kekalahan Tamimi dalam FFM2 bagi kategori Bintang harapan. Hahaha awal-awal lagi industri ni sudah berpolitik. 

Ini watak Faizal - Amacam hensem tak lagenda ni
Ogy Ahmad Daud pun jadi salah seorang panel, seronok mendengar ceritanya. Bagaimana perasaannya apabila ditawarkan bermain dalam Abang. Betapa takutnya Ogy bila perlu berhadapan dengan pelakon-pelakon hebat seperti Ahmad Yatim, Noriah Abdullah, Noor Kumalasari dan termasuklah Rahim Razali. Kata Ogy, pada masa tu dia lihat lakonan bukan matlamatnya kerana beliau mahu serius sebagai penyanyi. Kerana itu, Ogy teragak-agak mahu menerima Abang. Tapi kata ibunya, Seniwati Saadiah "kalau awak tolok tawaran ini, awak sememangnya pelakon yang bodoh". Wahh besar sekali kata-kata Saadiah itu dan bertuah sekali Ogy yang berada dalam lingkungan itu. Saya jadi cemburu. Panel lain ialah Farid Ariffin dan A.Wahab Hamzah. Namun alangkah hampa sesi itu kerana ramai lagi pelakon dan tenaga kerja yang sepatutnya bercerita tentang Rahim Razali sebagai filmmaker. Ahmad Yatim tiada, Noor Kumalasari tiada, Mior Hashim tiada, Eman Manan tiada.... kalaulah mereka muncul hari tu tentu banyak lagi yang terselak tentang Rahim Razali.

Apapun, hakikatnya Rahim Razali adalah tokoh besar yang memcahkan tradisi bercerita filem Melayu. Pada tahun 1981 sewaktu filem-filem Melayu hanyut dan tenggelam dengan Studio Jalan Ampas, Rahim membuahkan sesuatu yang berbeza. Kata Wahab Hamzah, Abang muncul pada waktu yang sesuai selepas 10 tahun DEB dilancanrkan. Polemik Melayu baru yang terdedah dengan ekonomi dan politik Malaysia memperlihatkan kegoyahan Melayu menangani jati diri mereka. Saya lihat keluarga Din yang mewakili Melayu berjaya adalah satu simbol kepada bangsa melayu itu sendiri. Dalam sebuah keluarga yang punya anak-anak yang pelbagai karenah. Farid lakonan Tamimi mempersoalkan nilai melayu Fuad yang hilang 10 tahun di negara orang putih. Bagi Farid melayu itu haruslah berada dalam lingkungannya. Ironinya Farid jadi melayu yang menjual tanah, kaki minum, hubungan bebas, liar dan pendendam. Farid mewakili generasi baru yang tidak lagi meletakkan susila melayu itu di atas, biadap, terburu-buru, negatif, tamak dan selalu mahu menang. Faizal (Ahmad Yatim) pula menjadi Melayu yang teragak-agak dengan maruah dan keinginannya. Dia seboleh mungkin mahu menjaga maruah keluarganya kerana itu dia jadi pak sanggup mengahwini Mona tunangan Fuad yang telahpun mengandung hasil hubungan dengan Fuad. Berbeza Dila (Ogy) yang punya persepsi lain tentang kehidupan, mewakili melayu yang suka pada hiburan tetapi melihat hiburan dari sudut menjaga budaya dan memajukan diri. Nyatanya Fuad (Rahim) adalah melayu yang tidak hilang jati dirinya walau masa beredar. Fuad diperlihatkan sebagai manusia yang jujur dengan kehidupan, integriti Melayunya tinggi. Melayu Fuad adalah berpaksikan sosial melayu dan agamanya. Banyak scene, visual dan kata bual yang menarik yang jauh meninggalkan cara dialog-dialog filem zaman itu. Kita jarang gemar scene dalam rumah tetapi scene-scene ruang tamu dalam Abang menjadikan filem ini masterpiece. Namun sedihnya Abang tewas di tangan Dia Ibuku yang pulang dengan 8 merak kayangan.
Tahun 1986

Itulah Rahim Razali, seniman tulen yang sehingga hari ini masih bekerja untuk seni. Beliau lulusan Accountancy dari Australia pulang bergiat dalam teater, menjadi pengulas sukan, menulis dan pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Kompleks Budaya Negara. Lihat sahaja filem-filemnya selepas Abang, Pemburu, Matinya Seorang Patriot, Tsu Feh Sofiah, Anak Sarawak, Puteri dan beberapa lagi. Filem-filem tersebut cuba membawa fikiran yang besar tentang orang Melayu, persaingan pergelutan percintaan malah agama. Bagaimana Tsu Feh gadis cina terlempar di Pulau Langkawi dan jatuh cinta dengan Islam sedangkan pada masa yang sama orang-orang Islam di pulau itu bersengketa dan tidak menyambut keinginannya. Jauh sekali konflik yang dibawa Rahim. Begitu juga isu dalam Puteri yang bersifat feminis yang berlingkar soal tanah dan hak milik yang sebenarnya pulang kepada Melayu itu sendiri yang kurang bijak menghargai hak milik.

Tengahari itu, mereka yang ada pengalaman bekerja dengan Rahim bangun dan berkongsi cerita. Mereka cerita yang manis-manis dan mengkagumi keintelektualan Rahim Razali. Hati saya menolak supaya bangun sama dan berkongsi cerita tetapi otak saya kata NO! Saya adalah orang yang bekerja di saat masyarakat sudah tidak gemar filem Rahim. Saya pernah bekerja sebagai CONTI BOY merangkap assistant director 3 untuk filem Eiman Alone iaitu filem terakhir Rahim Razali.  Filem itu sangat gagal cuma menang pelakon kanak-kanak terbaik sahaja. Tetapi saya berpandangan filem itu pada skripnya sangat bagus tetapi 'making' nya sangat tak bagus mungkin kekangan bajet. Selepas itu saya berkongsi satu produksi apabila ASWARA mengundang beliau mengarahkan Muzikal Tun Abdul Razak,

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...