Tak sangka! sungguh tidak ku sangka. Blog ini dipilih sebagai Beautiful Blogger Award. Ohhh la la...tambah satu lagi award dalam almariku. Hmmm. Terima kasih
Fendiosman kerana menamakan saya sebagai salah satu pilihannya. Nampaknya kenalah berusaha keras untuk mengekalkan gelaran ni.

Apa? Saya bayar fendiosman? Heh sukahati kamu saja mahu menuduh aku... kau ingat si fendiosman tu menilai blog ni secara membabi buta. Heh kauorang jangan nak main tuduh-tuduh, saya tak ada apa-apa hubungan terlarang atau intim dengan fendiosman. Saya tak bayar dia. Saya tak bagi tiket percuma ke bangkok untuknya! Saya tak sponsor percutian dia ke 4 destinasi ASEAN..tidak sama sekali! Opps! maaf ya fendiosman. Mereka ni tak percaya kenapa saya layak dapat anugerah ni...ya memanglah kami pernah bergambar bersama tapi itukan untuk majalah saya...hanya sekadar publisiti. saya harap fendiosman dapat mengawal tuduhan ini.
Bila dah dinamakan sebagai beautiful blogger, maknanya saya lah pulak kena namakan blogger-blogger yang lain. Hmmm susah ni. nantikan tak pasal2 orang simbah slurpee kat muka (macam dalam Glee) sebab tak pilih dia. Hmm siapa ya... dibuang mati emak ditelan mati bapak... hmmm. Oklah saya terpaksa lambung dadu...siapa yang dapat kira nasiblah...inilah pemenangnya:
Aku sebut tak ikut ranking ya...sebut ja
1.
Yusof Sadjirin : sebab budak ni budak aswara. senyap tapi suka menulis. Monolog dia sajalah
2.
Dr.AidilFadzil : sebab dia kawan baik saya masa sekolah dulu. lagipun kesian sebab dia nak habiskan Phd
3.
Fendiosmanlah: kenapa? sebab dia panaassssss
4.
LAISI : kau orang patut baca macamana dia tulis. interseting.. orangnya dah pencen tapi macam wartawan kampung
5.
Adika : Budak ni dia generasi baru teater... bacalah tengok apa dalam kepala dia
6.
wanharun: diam-diam ubi orang nya...pedass betul bilah dia lenyekkan cili
7.
ShamJusoh : sebab dia satu-satunya adik aku yang ada blog.
Cukuplah tu...alah yang saya tak senaraikan bukan tak bagus...tapi malas nak naip nya. Jadi untuk yang disebut tu hari ini Chekem anugerahkan anda THE BEAUTIFUL BLOGGER AWARD ....eh eh senyum nya!
Tunggulah kat muka pintu...nanti ada sirih junjung dangan bunga emas menyambut.
