Jom Kita Jadi Geng

Wednesday, February 10, 2010

TEATER TANDA : DARI MAT KONON HATI MALAYA

Saya menonton pada 4hb Feb 2010 malam sebelum hari TANDA dibatalkan. Saya akui Teater ini menghidangkan elemen teater yang maksimun. Saya memuji serta bangga dengan hasil kerja pelajar dan graduan ASWARA. Tiada tujuan lain saya ke ET hanya untuk menjadi sebahagian daripada orang yang ingin melihat hasil kerja Nam Ron.

Saya tulis ini untuk Warga ASWARA yang tersimpul dek kekusutan khabar-khabar TANDA:

Sudah hampir seminggu saya dihujani pertanyaan, disoal oleh rakan-rakan yang keliru dengan insiden yang melanda ASWARA ekoran kes TANDA. Pada hari kejadian saya pun bingung sebab tiba-tiba sahaja disapa oleh Sallehudin Abu Bakar (saya dengan sedar tahu bahawa dia sudah ada sentimen terhadap saya) di tempat parking dan dihamburkan perkataan BODOH pada saya. Lepas tu baru saya terfikir 'agaknya di mata dan fikiran mereka sayalah penyebab semua ini, saya dituduh melakukan ini kerana saya nak bodek boss, nak naik pangkat dan apa sahaja berkaitan dengan hal-hal mengampu' . Itupun selepas saya membaca catatan "CATAT (CATATAN PAN**T) BUAT SI DIA YANG KONONNYA TERBUKA MINDA" oleh Fared di Facebook. Dan barulah saya tergelak dan tenangkan diri. Ohh rupanya itu tuduhan mereka. Tidak mengapalah bagi saya, semua itu kecil sahaja. Apa saya nak risau dan saya anggap tuduhan itu bukan untuk sayalah.

Saya dipanggil ke bilik Rektor pada jam sekitar 5.10 petang hari jumaat. Tak tahu hujung pangkal saya naik ke atas. saya bertembung dengan amirul di pintu pengurusan, bila melangkah masuk ruang rektor saya nampak fared dan Yusman duduk di sofa. dalam hati, ini mesti pasal TANDA. masuk bilik Rektor saya dapati ada Puan Habsah, Yusniza dan Mardiana (realized that she is one of the cast). Apabila Mardiana selesai dan keluar, Rektor pun bertanya lebih kurang begini "Saya diberi makluman bahawa ada adegan yang tidak sepatutnya berlaku di ASWARA, apa yang awak lihat semalam?";

Dan apa yang saya catatkan ini adalah tontonan saya yang masih melekat hingga di saat ini :

Semua pelakon berpakaian penuh. Dalam salah satu babak yang menunjukkan manusia berpesta dengan latar muzik, menari lelaki perempuan, bermabuk-mabukan dan membawa kepada kehanyutan tanpa mengira batas-batas moral. Dan manusia-manusia itu yang dilakunkan oleh 20 orang pelakon (perbetulkan saya kalau salah hitungan saya) mula bergelimpangan di pentas dan tenggelam dalam noda dan dosa. pada adegan ini sudah menunjukkan adanya perlakuan-perlakuan hubungan fizikal antara lelaki dan wanita, wanita dan wanita, lelaki dan lelaki dan mereka bertukar-tukar pasangan bagi menggambarkan perlakuan hubungan seks bebas. Saya rasa pengarah cuba melahirkan rasa jijik dek perlakuan itu. Ini adalah babak transisi kepada cerita lain.


Namun dikala 18 orang pelakon yang sedang melakonkan aksi hanyut dalam keruntuhan akhlak, dosa dan noda. Mata kami tertumpu kepada dua pelakon yang secara terang tanpa 'suggestive' movements menunjukkan adegan seks: watak itu dimainkan oleh Amirul Affendi (graduan ASWARA) dan pelakon wanita (bukan graduan). Amirul dan pelakon wanita itu meraba tubuh satu sama lain. Pelakon wanita mula mengusap tubuh Amirul dan kepalanya turun ke pelvis Amirul dan melakukan gerakan menghisap kemaluan Amirul. Kemudian Amirul merebahkan pelakon wanita itu lalu meraba dan melakukan gerakan 'penetration' dan henjutan ke atas tubuh nya (kedua-dua pelvis mereka berlaga, gerakan missionary). Kemudian mereka beralih; Amirul berbaring dan rakannya duduk di atas pelvis Amirul sambil melakukan henjutan (riding) sehingga menuju ke klimaks dan berpindah pasangan. saya tidak nampak apa perlakuan watak-watak di belakang sana kerana tertampan dengan adegan Amirul dan rakannya di penjuru kanan pentas. Saya lihat ada perlakuan lesbian dan homoseksual tetapi ianya tidak dilihat sejauh mana dilakukan oleh Amirul dan rakannya.

Saya tidak memberi respon se'detail' ini kepada Rektor. Saya simpulkan sebagai tidak sesuai untuk dilakukan di premis ASWARA.

Sama ada babak ini dirancang atau pelakonnya sudah melampaui batas arahan saya tidak pasti. Sama ada pengarah memberi kebebasan kepada pemainnya untuk ber-improvisasi atau tidak pun saya tidak pasti. Sama ada 18 pelakon lain sedar apa yang dilakonkan oleh Amirul dan rakan lakonnya atau tidak, pun saya tidak pasti. Tapi itu saya tonton dan diakui oleh rakan-rakan saya yang lain. Malam itu saya terus balik dan tiada perbincangan sehinggalah keesokan harinya. Mungkin apa yang anda saksikan pada 2hb dan 3hb Februari tidak sama dengan apa yang kami saksikan.

Saya percaya kesenian memberi ruang untuk kita bereksperimen dan menjelajah seluas mungkin kreativiti. saya juga percaya kesenian akan indah dan menarik jika bermain dengan lambang dan tanda dan meminta tafsiran khalayaknya. Jika kita sudah dihidang dengan sesuatu yang bersifat eksplisit di mana lagi penerokaannya. Namron pernah berkata 'buat apa tengok filem kalau macam porno', semasa beliau merujuk kepada filem-filem biasa yang memaparkan 'graphic sex'. Mungkin Namron tidak menuntut Amirul dan pasangannya berkelakuan begitu namun itulah yang saya dapat dan saya lihat.

Saya tidak berada di kerusi Rektor dan memikul beban yang dipikulnya. Secara peribadi saya berpendapat perlakuan itu tidak sepatutnya berlangsung di premis akademik seperti ASWARA. Apatah lagi institusi ini yang masih memelihara nilai ketimuran . Biar saya luahkan kebenaran walaupun ianya menelan hubungan saya dengan rakan-rakan. Bagi saya, Rektor melihat isu ini mampu menjejaskan nama baik institusi.

Saya percaya hidup ini adalah perjuangan. Jika saudara ingin berjuang menentang larangan ke atas perlakuan begitu, saya tidak mampu untuk bersoal jawab. Jika persepsi anda mengatakan bahawa perlakuan Amirul itu tidak ada apa, biasa? saya tidak mampu bersoal jawab.

Hari ini persepsi manusia telah menelan sistem nilai dalam masyarakat. Persepsi telah menghalal nilai haram atau buruk sesuatu perbuatan. Namun itu tidak bermakna apabila baik pada persepsi kita maka akan halal kah hukuman agamanya, akan baikkah pada moralnya, akan sesuaikah dengan nilai budaya masyarakat Malaysia dan masyarakat timur. Persepsi adalah perubahan dalam minda yang dipengaruhi oleh kelompok dan persekitaran yang melingkungi kita. Kalau hari ini kita menerima perlakuan seks eksplisit sesuai itu di hadapan khalayak, apakah jangkauan kita pada generasi akan datang?

Di USA sewaktu filem 'Deep Throat' dibawa ke mahkamah atas dakwaan perlakuan seks, ada reaksi dan persepsi positif oleh masyarakat dan selepas itu, sudah tidak ada lagi isu filem porno. Masyarakat di sana kini mengangkat bintang, penerbit, jutawan yang berasaskan komoditi seks. Malah tidak hairan ramai muda-mudinya bercita-cita menjadi bintang porno. Mungkin anda tertawa dengan tulisan saya ini.

Ini landasan saya. Saya memberi respon atas pemikiran dangkal dan kebodohan ini. Jika anda meminta saya berbohong dan menyukai adegan yang saya tonton itu. Maafkan saya, saya tidak mahu bersubahat untuk masa depan anak-anak saya. Cukuplah dengan kebimbangan hari ini.

CATATAN:

* Ya saya tidak menolak kebaikan tema yang di bawa dalam teater TANDA. Sewaktu mula memberi respon kepada Rektor, saya terlebih dahulu menyebut akan kebaikan mesej dalam teater ini dan sejarah yang membawa kepada TANDA ini, siapa di sebalik TANDA. Saya tidak boleh 'delete' nilai-nilai baik yang ada dalam teater ini. Namun berbalik kepada tujuan soalan yang ditujukan kepada saya maka begitulah respon saya. Niat baik belum tentu menghalalkan cara.

* Beberapa sebab lain yang melibatkan hal pentadbiran antara kedua-dua pihak juga menjadi faktor dan itu di luar bidang kuasa saya.

* Tiada istilah Banned atau Halau oleh pihak ASWARA. ASWARA membenarkan TANDA dipentaskan semula melalui cara dan saluran yang betul .
* Kenyataan di dalam akhbar semalam bahawa ahli R.A.T dihalau dan diescort keluar meninggalkan ASWARA adalah satu statement yang salah. Pihak ASWARA diwakili Puan Habsah telah berbincang dengan wakil R.A.T iaiatu Yusman Mokhtar dan Khairunazwan secara teratur dan sepakat. ASWARA memberi kelapangan kepada RAT untuk proses membuka set dan kelengkapan, menurunkan banner dan mengosongkan ET. Yusman sendiri berhubung dengan saya berkenaan perkara ini.
* ASWARA menasihatkan pihak R.A.T supaya membuat permohonan kepada pihak yang berwajib iaitu Badan Kerajaan Tempatan sebagaimana prosedur sepatutnya untuk sesebuah persembahan kepada khalayak umum dan juga berurusan dengan cara yang sepatutnya dengan pihak ASWARA.

* Saya berpendapat jika RAT diwakili Nam Ron atau Pengurus produksi atau wakil yang sewajarnya sewaktu sesi bersama Rektor, mungkin keputusan bukan yang sebegini. Fared Ayam bukanlah personaliti yang sesuai untuk mewakil RAT. Budi bicara Rektor juga ada kewajarannya, kesabaran seorang pemimpin ada hadnya.
* Jika anda peminat teater, Saya galakkan saudara semua menonton teater ini kerana mesej dan bentuk persembahannya. Kekuatan lakonan, kesan imej, pengarahan dan visual serta keseluruhan persembahannya (kecuali adegan itu bagi saya) mampu memberi tenaga baru kepada anda yang meminati seni persembahan. TANDA akan dipentaskan di hujung Februari ini di Petaling Jaya.

Friday, February 5, 2010

TANDA

Tadi saya berpeluang menonton Tanda di bawah bimbingan NamRon dan 6 anak-anak buahnya. sebelum memasuki panggung, pergelangan tangan saya dicop dengan logo Rumah Anak Teater . Saya betul ingin menonton Tanda kerana semasa siri Tanda yang dipentaskan di Blackbox 2 tahun sudah saya tidak berpeluang. Jadi tak mahulah saya ketinggalan atau terlepas lagi sekali peluang ini. Apatah lagi teater ini dibangkitkan oleh generasi baru teater Malaysia yang kebanyakannya lepasan ASK/ASWARA.

Bagi saya tahniah dan baguslah atas usaha dan kesungguhan untuk mementaskan TANDA. Hendak mengulas dan memberi pandangan peribadi mengenai apa yang saya tonton dan apa yang saya dapat dari pementasan itu, rasanya tidak perlu. Saya terlalu kecil untuk mengulas pemikiran mereka.

Habis persembahan saya terus ke kereta...hidupkan enjin dan tinggalkan ASWARA.
Di tangan saya ber -TANDA R.A.T; Itu sudah cukup.

Wednesday, February 3, 2010

3 FEBRUARI 2001

Hari ini, 3 februari 2001 9 tahun lalu, pada usia 80 tahun Allahyarham Taib bin Abdullah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Meninggalkan kami 9 orang adik-beradik. Dia pergi tidak meninggalkan harta benda namun pemergiannya meninggalkan sarat kasih sayang ,kami ikat dan jalin kukuh sehingga ke hari ini. Tidak mampu untuk saya kembali ke masa lampau dan membaiki kesilapan lalu, namun saya percaya kesilapan yang saya lakukan mengubat dan mengubah kehidupan hari ini. Arwah yang kami paggil Wan adalah seorang insan dan ayah yang lembut jiwanya, payah sekali kami mahu mendengar tinggi suaranya, kesusahan arwah membesarkan kami disembunyikan dalam-dalam.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...