Dah berbulan tak update. Memang rasa hilang sesuatu dalam hidup. Desakan abang saya di Osaka dan rakan saya Mr. Salim Maldern membuatkan saya duduk dan menulis entri ini. Sejak tak menulis entri banyak sungguh liku dan aktiviti yang saya lalui sama ada yang saya gemar ataupun yang memang kena buat.
Jun dan Julai ni ada dua pementasan teater karya Dato' Noordin Hassan dengan konsep teater fitrahnya, saya berpeluang menonton. Mana Setanggi arahan Zaifri Husin di Istana Budaya dan Intan Yang Tercanai arahan A.Wahab Hamzah di Dewan Bahasa dan Pustaka. Menonton kedua-duanya memang memberi persepsi dan pengamatan yang berbeza. Mana Setanggi, saya lihat menekankan kepada aspek fizikal dengan rekaan set yang literal dan gaya lakon yang bercaampur aduk antara stylized dan biasa-biasa. Saya kagum dengan kesan teknikal dan keindahan seni rekanya. Teksnya yang berat hilang dalam kelonggaran penterjemahan oleh lakonan. Akhirnya saya tak temui Juda dalam diri Tony Eusoff, saya nampak Shaharudin Thamby mengambil alih lakonan di tambah dengan pilihan lakonan stylized oleh Rudy de Luna dan Fateh. Kelihatan dan kedengaran hebat lakonannya tetapi saya rasakan pemahaman pada teksnya terapung-apung. Ini mungkin membuatkan Zaifri memilih menumpukan kepada paparan visual dan fizikal.
Intan yang Tercanai, saya menemani abang joe malam tu, ramai VIP termasuklah Dato' Noordin pun turut hadir. Saat jejak ke dewan yang punya sejarah kepada negara itu, ia mengagumkan saya. Sebuah dewan (seperti dewan sekolah) tetapi telah ditransformasikan menjadi sebuat teater arena. saat melangkah itu terdetik rasa syahdu bila melihat warna putih kesucian. Pujian harus saya beri kepada sinografernya, Hamzah Tahir. Inilah yang mengukur kehebatan seorang pengarah seni dan sedalam mana ia memahami teks yang dikerjakan. Cerita Intan yang Tercanai agak mudah berbanding Mana setanggi, kisah seorang mualaf yang ke Mekah mencari kawan/kekasihnya Engku Intan yang hilang semasa tragedi Terowong Muasem tahun 1990. Seperti mana naskhah cikgu noordin yang lain, beliau menggerakkan cerita dengan naration oleh watak-watak dan merujuk peristiwa dan tauladan yang seumpama sebagai renungan. Mudah ceritanya dan penuh Islamik. Saya puji lakonan Mardiana Alwi, bakat baru kelahiran ASWARA, lakonan Juhara dan Zizi tidak perlulah saya ulas kebagusannya. Kostum, geraktari, muzik dan lakonan terlihat kesatuannya. Itulah Teater Fitrah. Mendengar lagu Intan Yang Tercanai ciptaan Hafiz Askiak betul betul meruntun dan melekap di telinga. Saya suka dan salut pada karya beliau yang ini! Saya sempat bisikkan pada Cikgu Noordin "yang ini saya lebih rasa fitrahnya".
Buat Cikgu Noordin Hassan, seperti magis naskhahnya pada saya. Sewaktu menyiapkan Tesis untuk Sarjana Muda 15 tahun lalu, jatuh cinta saya pada karyanya tidak pernah surut dan sentiasa mekar. dari Bukan lalang di tiup angin sehingga Intan Yang Tercanai, ia bagai melengkapi keseluruhan idea dan falsafah Teater Fitrahnya. Sebagaimana tajuk tesis saya Teater Fitrah: Noordin Hassan Mengukuh Identiti.
15 comments:
assalamualaikum che'kem...
nak tanya sikit tentang intan yang tercanai tu.Saya tak arif sangat tentang perlambangan atau maksud mendalam sesebuah teks teater.sekadar penonton amatur sahaja.Soalan saya, pada pandangan peribadi che'kem di mana intan?...meninggal dunia kah dia .Siapa yang di lihat daniel di gua hira' babak terakhir...intan kah itu....???...harap boleh cerita dari sudut pemahaman peribadi che'kem...wasalam....
Alhamdullilah...
Akhirnya terbuah kembali minda untuk berkarya..sayang segala pengalaman dan garapan jujur sebegini tidak terus di kongsi ramai...
Tersenyum bangga memandang dari jauh...
Yang sentiasa di hati...
terima kasih buat kandaku ghazali di Osaka.
Jo'el, jika membaca dan mentafsir teks Noordin hassan, beliau tidak memberi maksud secara jelas sebab itu disebut 'carilah apa yang tersirat' dalam setiap naskhahnya. Yang dilihat Danial bukanlah Intan, saya berpandangan bahawa danial melihat roh kesucian Intan yang terawang satu ruang peristiwa. Gua Hira' pun satu simbolik dalam kisah ini, kenapa Gua Hira'? kenapa tidak di bukit atau dimana? Kaitkah semangat Hira' itu dalam sejarah Islam dan kisah Intan dalam perjalanannya... Cikgu Noordin ada pesan, teks nya ada tafsiran dan semuanya bertimbal balik kepda konteks audiennya.
Terima kasih che'kem...moga anda dan keluarga di rahmati allah...amin
bukan bergosip...saya juga penonton amatur sperti joel yg baru berjinak jinak dgn teater di malaysia..khususnya teater melayu..Ya..agak menjelekkan juga aksi sang primadona itu...manakan tidak...di saat saya terbawa syahdu dengan kelembutan juhara dan zizi..tiba2 perlambangan lembaga suci itu telah dicemari dgn suara keras over acting sang primadona....apa nih???watak syaitan ke lembaga suci yang tiba2 nak melenting over nih???huhu..
syaitan? aduhh keras sangatlah dik anonymous. Mungkin itu tafsiran dia ya
sorry if it is too harsh...sorry for the words...tapi..ye lah..begitulah...huhu...
by the way..sgt suke watak anda dlm Hati Malaya...saya tidak knal siapa anda..dan mencari sendiri pasal anda selepas itu..ya selepas 3 tahun ..(kott) baru bjumpa anda di blog dan facebook.
gembira!
saya juga menonton kedua2 teater ini dan saya sangat bersetuju dengan pandangan tuan rumah. Walaupun baru mengenali Dato Noordin Hassan, saya semakin jatuh cinta pada karya2nya..
ehem..ehem...ehem..saya peminat fanatik orang tu (lembaga suci 1) ni...ehem..ehem..ehem....
Tafsiran setiap orang berbeza...Tidak semua menyukai asam pedas dan tidak semua orang , menyukai spagetti blognise..wasalam
ya masing-masing ada kesukaan dan pandangan nya. saya juga begitu. Bagaimanapun saya letakkan naskhah cikgu noordin teratas... siapa yang main dan siapa yang arahkan itu tafsiran mereka
sorry joel....
tapi anda begitu terbuka.terima kasih.saya juga peminat beliau..tetapi..yang betul kita minat lah..yang tidak berapa molek (pada saya)..tetap saya melontarkan pandangan.
pun begitu,bukan diva itu yg menjadi isinya...saya seperti anda,che kem dan koishe....saya semakin suka dengan karya dato noordin hassan...
saya baru mendengar namanya 2,3 tahun lepas-maaf saya baru mengenali teater melayu.saya mungkin lebih dulu terdedah kepada nama nama seperti Constantin,meyerhold,Elia Kazan mahupun Jerzy gortowsky...
tapi malang bagi saya (saya rasa)tidak mengenali karya2 noordin hassan...dan menghargainya!
perasaan ingin menonton karya beliau timbul selepas saya megikuti kursus pengarahan dan lakonan prgkat kebnagsaan di Kuala Terengganu baru2 ini...semasa slot Dr Zainal,beliau telah menceritakan Teater Fitrah Dato Noordin...dan penerangannya membuatkan saya ingin membaca dan menelusuri karya sasterawan satu ini yg saya bodoh kerana tidak ambil peduli.Pulang sahaja saya terus meminjam buku teks tingkatan 5 jiran sebelah untuk membaca Jangan Bunuh Rama2...cuba memahami 'fitrah' yang diterangkan oleh Dr Zainal.
kemudian,terpanggil dan bersungguh2 untuk menonton Intan yang Tercanai...saya takut saya tidak berkesempatan lagi untuk megenali Dato' memandangkan usia beliau sudah meningkat.
selepas menonton-PUAS HATI!walau di pentas yang sederhana,saya tetap cuba menghayati karya INtan Yang Tercanai.
saya malu sebenarnya..pada usia 30 tahun banyak yg saya tak tahu lagi-mengenai teater di Malaysia...
banyak yg ingin saya kongsikan..
maaf che kem...buat mcm blog sendiri pulak!hahhaa
over-dose!
walau bilapun kita bermula... itu sudah baik daripada kita tidak mengenalinya langsung. Saya kenal naskhah cikgu masa usia 15 tahun (1980an) tapi betul-betul jatuh cinta bila buat kajian naskhah2 nya. Tulisannya lembut dan tajam. Lihat sahaja teks Anak tanjung... kisah politik dan perjuangannya kena dengan zamannya.
Anonymous ..tak ada apa yang perlu di maafkan.Tak ada salah apa-apa dengan saya...sorry che kem saya juga macam buat blog ni macam blog sendiri....hehehe...
sebenarnya saya juga peminat che kem...dalam hati Malaya...ikhlas cakap scene Tunku tak ada duit untuk pergi london dan semua wanita bagi gelang dan ahli derma duit untuk Tunku pergi london buat saya menangis sampai kena ejek oleh kawan saya.Masa tu rasa patriotik sangat....wasalam
thanks jo'el
chekemm...1980an??hihihi...saya msih diskeolah rendah...
Post a Comment