Jom Kita Jadi Geng

Monday, January 19, 2009

ULANGTAHUN KE 4 RHEA

17 januari 2009 genap usia Rhea Mirza ke 4 tahun. Dia makin temban dan semakin bijak memahami banyak perkara khususnya itu ini yang dilarang, baik buruk yang nak dibuat. Saya rasa anak saya yang nakal ini banyak dipengaruhi oleh abangnya,aish. yalah dia memang membesar dan bermain dangan aish aje. bermain bertengkar bermain balik, dia akur dengan trick abangnya. kadangkala tak mahu juga mengalah, tapi dia menang dengan manjanya. cakapnya lembut sekali macam gadis melayu terakhir. harapnya kekal. Mendengar kata.
tak ada masalah langsung bab makan ubat malah dah pandai mengatur waktu makan ubat sendiri, adakala kita yang diingatkannya. Apatah lagi bila bab pilih pakaian, ada beberapa baju yang tak mahu disentuhnya, katanya tak sedap pakai. Aiii! lebih betul. alau kita tegur atau marah, dia akan diam dan merajuk, kemudia tanya kenapa baba marah adik atau babah marah adik! pada masa tu dia minta penjelasan kenapa kita marah dia atau betulke kita marah dia tadi. Sikap nak bersaing tu tetap ada tapi kata guru tadikanya, dia pendiam dan pemalu di kelas. Biar apapun warna yang tercorak, Dia permata antara dua. dia penghibur, penyeri dan pelengkap hidup kami berdua. BESAR BAGAI JOHAN NAK! SELAMAT HARI JADI RHEA!

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...