
Foto ini disiarkan di dalam Berita Harian 31 Ogos 2007 sempena Hari Kebangsaan ke 50. nanu, Ida dan Zaefrul adalah antara rakan lakon di dalam filem 1957:Hati Malaya. Saya bergandingan dengan Nanu sebagai suami isteri di mana beliau memainkan peranan Tun Sharifah Rodziah. Pada awal latihan memang payah untuk saya mencari chemistry kerana saya merasa ada jurang pengalaman dan populariti namun bagusnya Nanu, dia tidak lokek dan melayan saya seperti rakan yang lain malah lebih berani membuat percubaan semasa latihan. Ini membuatkan saya lepaskan gementar dan cepat membaca lenggok lakonnya.
Bergandingan dengan Zaefrul cukup menarik, walaupun tidak banyak scene yang melibatkan saya dan beliau namun sebagai pelakon baru yang sama -sama pertama kali terjun ke layar perak, ia memang menarik. Tetapi saya melihat Zaefrul lebih 'cool' dan dia mudah mesra dengan pelakon yang lain. Mungkin kematangan beliau serta pengalaman lakonnya di bawah bimbingan Rosminah Tahir banyak membantunya. Bila berbual bersama, sering sahaja beliau melahirkan rasa terima kasihnya kepada Kak Ros yang merupakan orang yang bertanggung jawab membawanya ke dunia lakoann. Rupanya ramai sungguh yang berhutang jasa dengan bos saya ni. Tayangan umum filem ini makin dekat, bertambah gementar dan berdebar saya untuk menunggu respon rakan dan orang ramai.