Jom Kita Jadi Geng
Tuesday, July 31, 2007
1957:HATI MALAYA - PELANCARAN LAMAN WEB
Saturday, July 28, 2007
IV MONODRAMA 9-12 OGOS 07
(foto: Elie Suriaty dalam Senjalara arahan Norzizi Zulkifli)
Khalid Salleh, Elie Suriaty, Norzizi Zulkifli, Ahmad Yatim, Rosminah Tahir dan beberapa orang lagi akan bergabung tenaga dan mempamerkan produksi monodrama masing. Sebanyak 4 buah monodrama akan dipentaskan dengan cerita, lakonan dan arahan yang berbeza.
(foto: Khalid Salleh dalam Penjual Ubat)
Wednesday, July 25, 2007
TARI'07 "Independence & Identity"
Kebanggaan ini terus kami sandang dengan menempuh pelbagai liku dan rintangan di dalam menjadikan ASWARA sebagai sebuah sekolah seni yang menawarkan bukan sahaja pendidikan seni terbaik malah sebagai sebuah institusi yang terbaik di dalam melahirkan karyawan dan seniman berilmu. Jika pada TARI’05 yang lalu sekolah ini bernama AKADEMI SENI KEBANGSAAN tetapi bermula 1 OGOS 2006 namanya telah bertukar kepada AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN seiring dengan peranan dan tanggungjawab institusi ini yang semakin bertambah. Jika dahulu sekolah ini hanya menawarkan 5 program diploma iaitu Teater, Penulisan Kreatif, Muzik, Filem dan Video dan tentu sekali Tari tetapi kini peranan sekolah ini bertambah kepada 2 lagi program iaitu Seni Halus dan pengajian Warisan di mana kedua-duanya sedang di dalam proses merangka kurikulum.
Begitu jugalah kita dengan kesenian, apatah lagi seni tari yang bukan lagi sekadar sebuah tarian yang mewakili suku kaum dengan gambaran dan cerminan budaya sesebuah masyarakat itu di mana dengan jelas kita dapat tentukan apabila menikmati gerak dan lenggok serta keindahan kostum dan hiasannya. Hari ini, seni tari berkembang pesat dan merentasi norma-norma budaya tertentu sehingga ianya menjadi satu pengucapan yang universal. Seni kontemporari bukan lagi menjadi milik masyarakat di barat sahaja tetapi menjadi kepunyaan orang di sebelah sini. Apabila sebegini kewujudan seni tari pada hari ini, maka tugas kita menjadi semakin berat dan bertambah, kita tidak lagi boleh bersikap kekitaan dan menjadi terlalu bongkak dengan kreativiti kita. Kelemahan dan keistimewaan yang dimiliki oleh setiap harus diperinci dan dinilai supaya ianya menjadi satu sempadan dan tauladan untuk kita mengenal kekuatan yang kita ada dan akhirnya kita rangkaikan menjadi satu identity. Faktor geografi jika dahulu menjadi factor utama yang membezakan kita namun di era globalisasi ini, yang tinggal kepada kita adalah jati diri, di mana akar yang menjadi tunjang kepada peribadi kita, itu yang membezakan kita.
Penganjuran TARI’07 adalah bermatlamat untuk menghubungkan sekolah-sekolah kesenian di rantau ini khususnya di dalam bidang tari.