kenduri pada malam Bertabik |
Menurut Pok Him, untuk memahirkan diri dalam permainan ini ia memakan masa bertahun-tahun. Malah waktu sudah naik panggung, Pok Him tidak diberi peranan utama, hanya ikut-ikut dan lihat-lihat dahulu. Secara perlahan peluang itu diberi sikit-sikit. dari Baca kenduri, Bertabik hingga lengkap ilmu memulih, semuanya dipelajari dari Pok Soh. Namun menurut Pok Him, Pok Soh pesan kepadanya "kalu nok lebih lagi, gi carilah dengan tok guru lain", Pak Him kata "cukuplah stakat nok main teri jah" tapi Pok Soh galakkan Pok Him belajar dengan guru yang lain juga. Menurut Pok Him dan Pak Nasir, guru dulu tiada dengki atau merendahkan ilmu guru yang lain.
Pok Him dan Pok Nasir dalam temuramah di rumah Pok Him |
Kerana Main Puteri ini satu tradisi ritual yang dianggap satu penghormatan atau kepercayaan masyarakat kepada kebolehan orang berbomoh, tidak semua yang punya keupayaan ini. Apa yang dipelajari belum tentu sama dengan kejadian semasa pemulihan. Jadi Tok Puteri dan Tok Minduk itu mestilah yang terbukti dan diakui kebolehannya. Inilah sebahagian syarat dalam mana-mana aktiviti psychotherapy.
Susah mahu mencari orang yang hebat dalam 'berjawab' seperti Pok Him. Kebolehannya mampu membangkit angin orang bermain |
Hari Ahad 28 Februari lalu saya berkesempatan menemani sahabat saya ke rumah Pok Him. Sahabat saya itu seorang wanita yang hadir menyaksikan persembahan gema Seni Tradisional: Bertabik di ASWARA pada 16 Februari 2016. Cerita sahabat saya, pada malam itu ada sesuatu yang melanda peribadinya, seperti ada tolakan perasaan (rasa sebak rasa tidak terlepas). Memang menurut sahabat saya itu ia juga kesan sikapnya yang suka memendam dalam berhadapan dengan masalah. Saya faham akan situasi peribadinya. Bertahun dia memendam masalah. Jadi beberapa hari selepas persembahan, sahabat saya itu minta agar saya temukan dia dengan Pok Him. Dia minta diubat oleh Pok Him. Pok Him minta dibawa kerumahnya.
Petang itu selepas zohor, kami tiba di rumah Pok Him. Upacara siup berlangsung dalam rasa dan suasana yang cukup tradisional. Ia menggamit memori saya kepada satu malam di mana Mek saya melalui pemulihan Siup. Mek menangis teresak-esak.
Petang itu selepas zohor, kami tiba di rumah Pok Him. Upacara siup berlangsung dalam rasa dan suasana yang cukup tradisional. Ia menggamit memori saya kepada satu malam di mana Mek saya melalui pemulihan Siup. Mek menangis teresak-esak.