Jom Kita Jadi Geng

Wednesday, July 29, 2015

UCAPAN MUHYIDDIN YASSIN


“Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah.

Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang tela dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

28 Julai 2015

Monday, July 27, 2015

SALAM AIDILFITRI


17 Julai 2015 bersamaan 1 Syawal 1436 jatuh pada hari Jumaat. Seperti biasa saya dan keluarga akan beraya di kampung isteri, Kepala Batas, Pulau Pinang. Susah nak kata beraya di kampung kerana rumah mertua adalah perumahan teres dan berada dalam pekan. Jadi saya masih merasa tiada beza antara raya di bandar. Yang istimewa kerana beraya bersama orang tua dan sanak saudara sebelah isteri. Raya tahun ini, kami pulanga wal untuk berpuasa bersama, sempatlah tiga kali berbuka puasa. Alhamdulillah. Raya kedua sudah bertolak ke Pasir Mas. tahun ini sekolah cuti pendek jadi pendeklah rayanya... tak best!

Mak mertua saya tetap dengan caranya, memasak rendang dan ketupat palas. Istimewa lagi ada nasi tomato special siap dengan ayam dan gajus di dalamnya. Memang saban tahun itulah menu kami bila beraya. Ramai yang kata beraya hari jumaat terasa pendek, mungkin! sebab kita harus 'break' untuk ke masjid pada tengahari. Tapi macamana pun raya tetap raya. Pakai baju baru, makan menu special, bertemu saudara dan jiran sambil borak-borak perkara yang mungkin sudah berulang kali dibualkan.

ini kad raya peribadi , yang atas tu dari keluarga.
Mungkin antara kita ada perasan, adakala raya kita berlangsung dalam lingkunagan kita sahaja. tambah-tambah hari ini. Bila semangat sekampung makin kurang jadi yang kita jumpa hari biasa-biasa adalah orang yang sama kita beraya. Kalau masa dulu-dulu satu kampung kami jajah, rumah makcik pakcik itu ini, saudara ke tak saudara ke, kami bertandang. Masa itulah salasilah dibaca oleh orang tua-tua. Tapi itu di kampung dulu, saya rasa generasi kampung hari ini sudah kurang atau mungkin silap pandnagan saya ini. Wallahualam.

Di kesempatan ini, saya dan keluarga Hasnida, Aish dan Rhea ingin memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa dan tersalah kelakuan. Selamat Hari Raya. 

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...