Jom Kita Jadi Geng

Thursday, January 22, 2015

RHEA 10 TAHUN DAH

Hari Ahad lepas 19 Jan 2015 kami adakan majlis harijadi Rhea. Sebenarnya harijadi Rhea jatuh pada 18hb Jan 2015. Memandang sabtu tu kami agak sibuk, takut persiapan untuk masak dan buat aturan jadi kelam-kabut maka kami tak tunda ahad. Itu pun tidak bercadang nak buat besar-besaran. Makanan pun sesuai untuk budak-budak. Jadi ahad selepas kelas Rhea, Rhea baru pergi menjemput kawan-kawannya. Kebetulan pulak rupanya 19hb Jan tu smaa dengan anak jiran, Aishah. Maka Rhea pun tiuplah lilin bersama-sama Aishah. 

Mereka antara kawan-kawan Rhea yang datang. Budak lelaki pun seorang dua sahaja. Yang pasti Rhea gembira biar sederhana kami raikan. Maminya cuma masakkan pasta dan puding roti sahaja. Kami beli pizza dan sosej. yang lain cuma gula-gula dan sebiji kek. Cukuplah asalkan ada parti.
Rhea pun sudah 10 tahun, masanya makin dekat untuk dia jadi dewasa. Saya jadi gemuruh pilih fikirkan transisi itu datang. Kami cuma ada dua anak, Aish dan Rhea. Mereka semakin menampakkan apa yang dimahu dan keinginan menjadi dewasa.

Yang ni pun menarik juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...