Sakit urat, otot dan sendi pada seluruh badan sejak tiga hari yang lalu. Itu yang saya rasa sepanjang mengikuti bengkel teknik lakon Suzuki anjuran JKKN dengan kerjasama Jabatan Teater ASWARA. Jarang sekali saya mengikuti bengkel seumpama ini dan nyatanya ia amat berguna dan menjadi satu ruang untuk memulih dan mengembangkan skill dan teknik dalam lakonan. Oleh kerana kurangnya kecergasan dan senaman yang saya amalkan dalam hidup seharian, dan ianya akan hanya berlaku apabila adanya produksi, jadi apabila bengkel ini berlangsung selurung anggota badan saya kembali berfungsi semaksimanya membuatkan badan saya seperti ditarik-tarik dan dipulas-pulas. Ia memang memenatkan namun sepanjang empat jam sehari tidak terasa bosan dan kesakitan itu tidak muncul semasa sesi apa yang saya rasa adalah mencar- dan mencari dan mencari apa lagi yang boleh saya dapat daripada teknik ini.
Dikembangkan oleh Pengarah Eksperimen Tadashi Suzuki yang mencipta satu revolusi latihan lakon teater di seluruh dunia, menggunakan teknik-teknik tradisi di dalam konteks pentas moden. Sesuatu yang menarik tentang visi peribadi Suzuki adalah memiliki keistimewaan yang elegan, mistikal dan intensely physical interpretations of classical theatre.
Bengkel ini dikendalikan oleh John dan Jacqui dari Frank Theatre Australia. Ingatkan orang Jepun rupanya mat salleh jadi jepun tetapi saya tidak mempertikaikan ilmunya. Teknik lakon Susuki ini menuntut pemain kepada tiga elemen dalam lakon iaitu fokus, energy dan improvisasi. Bunyi seperti mudah sebab ia seperti kerja seharian seorang pelakon namun apabila menghadapi latihan sebenarnya ia sememangnya sukar. Banyak emphasised kepada kekuatan kaki di mana bahagian bawah badan dari perut ke kaki adalah tunjang kepada asas gerak. kata Jacqui tubuh itu seumpama pokok dan Suzuki menekankan kepada kekuatan akar dan batang tubuh pokok itu dengan maksudnya tapak kaki hingga ke perut adalah akar ke batang manakala tangan umpama dahan dan dedaun yang hanya akan menjadi penyeri, pelengkap sepohon pokok itu.
Beberapa form dan gerakan diberikan dan katanya ada sebanyak 14 jenis gerakan berjalan, dua tiga alat bantu/props digunakan seperti kerusi, kayu panjang dan benda lembut seperti tali, kain, tisu selain muzik asli Jepun dan lagu-lagu Inggeris yang menarik. Apabila saya perhatikan cara pengendalian bengkel ini, John dan Jacqui ada mengubah suai teknik Suzuki dengan mengolah kepada keperluan seni lakon moden. Ini baik dan penting seperti adanya permainan bang-bang, shacking dan voodoo. Secara asasnya teknik Suzuki menjadi dominan dalam bengkel ini. Saya juga sering sahaja hilang fokus apatah lagi bermain bersama rakan-rakan yang kadang tersipu-sipu melihat gerakan yang saya lakukan, tidak tahulah sama ada ianya baik ataupun buruk ataupun salah sama sekali. Memang untuk seorang pelakon itu, fokus menjadi faktor terpenting, jika tidak gangguan sekeliling akan menjadikan kita lemah ekspressi, salah intension ataupun tidak kronologis sama sekali
Saya amat tertarik kepada kefahaman tentang 'grounded', 'delegates the energy', 'knowing your strengh', 'centre of body' but 'face to audiens'.