Rasanya macam tak leh nok dok die ddale pjabak. banyok bendo nok keno buak. banyok surak tok de nok jawak. Bilek pun tok de nok pindoh lagi. ado dua tigo bendo blaku sretok. pike pike mace nok cuti smenta tapi tok leh lah pulok. Pas tu pike pasal pranga dua tigo oghe di pjabak ni... panah dale hati gamak dale dado! tengok ko oghe buak mace-mace untok dighi sdighi... peghoh tnago nga peghoh otok anok-anok buoh. kade-kade aku jadi mace tok tahu doh nok bezo wak khijo resmi ko khijo rasmi untok penoh ajenda.tamboh-tamboh bila ado oghe tok tahu pulok status... dio lebih syok wak khijo hok tok spatutnyo dio buat... mano dio buat connection or networking denga man0-mano u atau koleh. dok lah stambo dale bilek, blagok mace boh, pakso oghe respek tapi stff pakat duk ngato! Meme lah oghe bowoh ni dio buat khijo sebak dio takut periok nasi keno tutuk ko boh! tapi aku jadi tok tgamok bilo stah bawoh ngadu de mrintih. kroni kat atah nu mlampau-lampau doh. Tapi boh mace keno kuci kato dan kuci mato. sebak tu latike stah baru jadi kuca lanar. banyok bendo buleh pesoal. bilo psoal dio kato pulok kito ni blagok panda atau blagok baguh sangat. jadi klemohan hok atah tu ditutup dengan persoalan kito ni jadi kghoni wak jahak.
Meme lah napok molek jah kok alek lua tapi sbena alek dale mace dalam mesin basoh. baju-slua bgupa sighat. mabok doh nga air sabon dan sofle. nok tunggu bghapo lamo lagi. buke beci ko boh atau pakat nok jatuh boh. takdok niak pun. rasonya boh buleh tolerate tapi ado brapo pkagho hok dipesoal jadi ssabek dengan boh! payoh jugok bilo oghe buak taik tapi boh tok bbau. banyok lah bendo hok glodok dale gunong...
baiklah sini tepak aku nok tghebe jatoh ko alah knaik la pulok... saaaaaaa
10 comments:
Walaupun saya tak pandai berbahasa Kelantan, saya tetap memahami apa yang diluahkan! Frustration is at its peak and there seems to be NO SOLUTION! My only inspiration is to keep SO FOCUSSED on my students that nothing else matters...
tu lah where wei, bilo kito kecek kito kaba asa tepak kito pijok.... cumo setok dale dado lah bilo pike boh pun buak tok tau... blah manopun kita pakak saba slagi buleh saba
cekem,
dale bena bunyi ambo denga. dok sabit nok nyapok tapi hok demo royak tu ambo raso beto blako. Nok buak guano, kito cari make periok nasik keno jago, kok buleh samah serial untok rezeki anok bini. Kito dok bawoh ni slalu hati make dale, nok nangis tok tubik air mato, bunyi sedu-sedu, hibo dale hati. Duduk jadi boh kat atah jange raso mace dok nongkat langit, skali skalo turun bawoh tanya kaba anok buoh. Kito tegur boh takdok raso beci dende, tapi mitok-mitok pakak tegur nok buwi betol. Baghu pakat khijo sene hati blako-lako...
Huuuiiii, gabo dio tuh!Tapi ambo ghaso samo juo. Ambo tok leh nok tido male pasa mikir ha nih. Gayo tok supo gayo. Abih doh air liur tubik, tapi kito dok situ juo. emmmm, saba la yo.
baguh lah kalu demo ghaso mace kawe jugok. nok teghiok pun tok guno. khijo kito ni takdo ajenda... nok kato nok bbomo oghe pun jauh skali
Ya Joseph,
tanggungjawab kepada student tidak boleh kita abaikan. Walau goyah goncang sekalipun sekolah ini, namun tugas kita memberi ilmu kepada pelajar tak boleh diletak tepi.Saya cukup pasti yang selama ini walau bertukar pucuk pengurusan di aswara, kita di akademik tidak pernah melepaskan komitmen kepada pelajar... ada orang di sana ambil kisah... malah exam pun sanggup dibatalkan!
Hah betul ape!
Ni, Konvokesyen pelajar entah bila hendak dibuat. Dah 2 tahun x dibuat. Student dah ramai yang bertanya. Yelah konvokesyen bukan acara untuk boleh menonjol diri. jadi x pentinglah bagi kita. Acara yang penting bagi sebuah universiti boleh dilupakan..."Melangkah Ke Hadapan Bersama Tradisi"
Rasanya tak mampu lagi nak bekerja dengan suasana yang sebegini. Dulu banyak masa dan tenaga dihabiskan dengan kawan-kawan seangkatan, bergerak dan sekaligus membangunkan ASK/ASWARA. Sekarang suasana dah jauh beza, nak naik atas pun dah rasa macam tak seronok untuk berjumpa ‘beliau’. Apatah lagi nak berjumpa dengan jiran hadapan ‘beliau’. Jadinya banyak kerja yang tertangguh atau dibuat separuh hati. Apapun bak kata entri sebelum ni, “nak abaikan kerja tidak sampai hati kerana kita dah lama kerja di sini dan terasa sedih jika aktiviti tidak berjalan”. Aku dah tak sanggup nak tipu diri.. Aku mohon kepada Allah SWT moga diberi kekuatan menghadapi semua ini. Moga perjumpaan pada Khamis ni akan dapat menyelesaikan masalah ini, tapi aku pasti tidak semua masalah yang ada sebelum ni dapat diselesaikan sekaligus.. Sesetengahnya perlukan masa untuk sembuh...
saya tau perasaan anda dan itulah yang dikongsi sama-sama kita. Bukan kita benci boss tapi benci seorang dua yang memanipulasi boss. Elok akademi kita seperti dulu. Sibuk dengan aktiviti seni semata-mata. Tapi kini fokusnya telah lari. Dok megah dengan acara seperti syarikat produksi. Kebajikan pekerja dan pelajar tidak dijaga. Masalah pinjaman @ biasiswa pelajar tetap tidak dijaga dan berubah. Mereka tak sedar telah berapa pelajar berhenti belajar kerana tidak mampu menampung kos hidup dan pelajaran. Mereka hilang begitu sahaja. Masalah infrastruktur pembelajaran dan kemudahan untuk pelajar seperti ruang pembelajaran semakin sempit dan rosak. Bangunan dan aset tetap macam tu. Dok sibuk dengan aktiviti yang dapat menonjolkan diri. Ingatkan naiktaraf universiti semakin baik, tetapi semakin buruk keadaannya.
Hal hati dan perasaan kakitangan lama tidak dijaga. Bila dikatakan "Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan" mereka marah. Tapi itu hakikat sebenarnya. Tapi nak buat acara cari orang-orang lama juga untuk buat. Surat rayuan makan masa lebih 2 bulan tidak berjawab. Mana efektifnya kepimpinan dan pengurusan sumber manusia macam tu? Wawasan bertaraf "First Class" untuk jadi perbadanan tapi mentaliti dan sikap masih bertaraf jabatan kerajaan.
Orang lama kena tipu hidup2. Tapi nak abaikan kerja tidak sampai hati kerana kita dah lama kerja di sini dan terasa sedih jika aktiviti tidak berjalan. Nama institusi nak dijaga juga. Tapi bila mengenangkan perangai 1 @ 2 orang yang kat atas tu, memang cukup meluat dan menyampah. Rasa nak tinggalkan kerja aje. Kita buat kerja ni hanya kerana masih ada perasaan sayang kepada institusi yang telah kita bangunkan bersama-sama. Pensyarah dan pegawai lantikan baru kini entah di mana-mana mereka. Gaji tinggi tapi muka pun jarang nampak. Hanya datang kelas semata-mata dan ambil gaji. Kita ni buat kerja mengajar lagi, pentadbiran dan jadi rujukan budak-budak. Tapi rayuan dan kebajikan x diambil tindakan segera. Kalaulah ada peluang untuk balik ke kementerian...dah baliklah jika begini nasibnya. Tapi dah terlambat kerana "gula2" yang dijanjikan manis rupanya gula-gula "Hacks". Entahlah...hanya ada peluang merintih dalam hati...
TERIMA KASIH...kita luah dan kita telan semuanya... pahitnya tuhan saja yang tahu. moga dibuka segala pintu-pintu kesedaran
Post a Comment