Tuesday, January 30, 2007

TUNATARI (Bahagian 1)

Saya tidak tahu bagaimana mahu menceritakannya, Joseph selalu cakap kepada saya "Che Kem you can be everything in this world- actor, mc, good officer etc but not a dancer". Bukankah itu satu kekejaman yang dilafazkan oleh Joseph. Tetapi saya akui bahawa saya bukanlah seorang yang berbakat di dalam bidang itu. Saya masih ingat lagi sewaktu di universiti, semasa orang lain sibuk mendaftar sebagai ahli Kesuma kerana beberapa peluang yang boleh dikecap melalui kumpulan kesenian tari UM tetapi sayalah orang pertama yang mengatakan tidak dan menjadi orang pertama yang mendaftar sebagai ahli kelab teater di Pusat kebudayaan UM pada sesi 1991/92. Saya memang menafikan untuk terlibat dalam persembahan tari sehinggakan pada satu projek anjuran Kolej Dayasari, UM saya dipaksa dan ditarik oleh senior saya agar menari di dalam salah satu segmen sahaja. Saya menari dan saya akui saya memang teruk!

Sebaik saya melangkah keluar dari kampus. Saya keluar dengan berbekalkan ilmu Pengajian Melayu dan ilmu praktikal di dalam teater. Namun saya menanam cita-cita bahawa hanya satu tempat yang ingin saya bekerja dan hanya satu kerja yang ingin saya pohon iaitu PEGAWAI KEBUDAYAAN di Panggung Negara (kini Istana Budaya). Saya tidak berkata semata-mata kerana saya telah mendapat kerja itu tetapi ini memang lafaz niat hati saya. Dan ketika itu saya sedang bekerja secara bebas sebagai pelakon drama dan pekerja produksi TV (banyak bersama Mior Hashim Manap) kerana menunggu peluang untuk memohon jawatan itu dibuka kerana atas minat dan kecintaan kepada seni teater. Allah makbulkan impian saya daripada 9 orang yang dilantik pada November 1996 hanya saya terpilih dan ditempatkan di Panggung Negara dan menjaga unit produksi (di bawah Ahmad Tarmimi Siregar).

Saya sangat teruja dan amat teruja dengan kerja ini. Di usia 25 tahun ketika itu, saya sudah berada di Panggung Negara dan berinteraksi dengan mereka yang mentadbir teater Malaysia. Apatah lagi menjadi slaah seorang pentadbir di sana (walaupun saya tidak faham struktur dan kedudukan saya keraja yang saya tahu saya di Panggung Negara). Wow! hanya tuhan yang tahu perasaan saya. Bagai seorang pendaki gunung, saya mendaki gunung itu dengan semangat dan tekad yang kuat untuk sampai ke kemuncak. Bukan untuk mencari kuasa tetapi mengutip sepuas dan seluasnya pengalaman teater di sana. Namun rupanya ada yang lain singgah dijiwa saya..... NANTI SAYA CERITAKAN

HAPPY BELATED BIRTHDAY RHEA


28 Jan 2007 kami sekeluarga meraikan hari lahir Rhea Mirza. Sewaktu Nida pergi membeli kek, dia mencari design yang sesuai untuk kek itu dan ditanya kepada Rhea namun yang sibuk mencadangkannya adalah si abang Aish agar memilih 3 power puff girls! dan Aish sudahpun menempah design untuk hari lahirnya tapi bulan Mei nanti. He soooo busy and fussy!
HAPPY BELATED BIRTHDAY ANAKKU!

TANYA SAMA HATI

Rasanya seperti sudah lama saya tidak singgah dan bercerita di laman ini. Banyak perkara yang menghambat saya sehingga kurang waktu untuk saya membuka kekunci dan menulis cerita sepanjang seminggu yang lalu dan sehinggakan ada beberapa perkara saya sudah lupa dan agak ketinggalan untuk saya ceritakan. Walau apapun saya berterima kasih kepada mereka yang membantu dan memahami situasi saya yang sibuk tapi tidak nampak kesibukannya. Bagaimana tu? Susahkan! Adakalanya saya dah terlupa untuk merakam beberapa peristiwa menarik di ASWARA dan sekitarnya yang saya ikuti, sertai dan raikan. Walaubagaimanapun jua sepanjang seminggu ini ASWARA sudahpun menampakkan keaktifannya di dalam menganjurkan beberapa aktiviti yakni aktiviti yang bukannya di dalam kalendar aktiviti.

Semalam 29 Jan 2007, En Omar Awang telah mengadakan satu majlis dan pertemuan bersama kakitangan dan tenaga pengajar ASWARA. Majlis itu bertujuan untuk menyampaikan misi danharapan beliau untuk tahun 2007. Kadangkala saya merasakan bahawa pertemuan begini tidak begitu efektif dan kurang merangsang para kakitangan dan pengajar untuk memajukan diri dan berganding dengan pengurusan ASWARA. Apatah lagi sesi ini lebih bersifat sehala dan terlalu formal. Telinga saya juga turut menampi beberapa komen, rungutan dan ulasan daripada mereka sama ada membina atau tidak tetapi ianya lebih bernada 'dengusan' panjang dan merasakan seperti satu pengulangan yang berulang-ulang. Tetapi tidak mengapa mungkin beginilah pendekatan Ketua Pengarah ASWARA yang lebih menuntut kefahaman daripada penyokongnya.

Pada 27 Januari lalu juga telah bermula program pengajian Kursus Sijil jangka Pendek di mana ASWARA menganjurkannya buat kali ketiga dan kaedah pembelajarannya lebih bersifat bengkel dan kehadiran kursus. Para pelajar yang menyertai kursus-kursus yang ditawarkan perlu mengikuti pengajian setiap hujung minggu selama 14 minggu dan di akhir pengajian akan diuji melalui satu projek di dalam kelas. Pengajian ini bukanlah satu mengajian yang memberi tawaran kredit unit dan ianya bukan untuk loncatan kepada pengajian diploma atau ijazah kerana ia lebih kepada satu bentuk pengajian praktikal kepada individu yang berminat mendapatkan pendedahan secara formal. Jabatan Teater menganjurkan kursus lakonan dan akan dikndalikan oleh tiga orang pengajar iaitu Shariful Akma, Rosman dan Sharul Mizad melalui tiga sesi iaitu latihan vokal, lakonan dan improvisasi. Seramai 30 orang telah mendaftar kursus ini. begitu jua dengan jabatan lain turut menganjurkan satu kursus dengan sistem yang hampir sama.

Sebelum itu mulai 22- 24 Januari 2007, beberapa orang pegawai ASWARA yang diketuai oleh Cik Norizah Arshad telah berkampung di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi bagi menyediakan perjawatan baru ASWARA sebelum dikemukakan kepada TKSU Warisan dan JPA. Sepanjang tempoh itu, ia memang memening kepala kerana perlu meikirkan ASWARA dalam jangkamasa yang panjang dan melihat keperluan tenaga kerja ASWARA kepada beberapa organisasi yang belum wujud dan organisasi yang wujud tetapi dibesarkan fungsinya. Maka kami di sana menjadi orang yang berfantasi dan berimaginasi di dalam memikirkan apa akan berlaku ekpada ASWARA pada masa hadapan. Pening! apatah lagi bila hendak memikirkan senarai tugas dan fungsi setiap ranting yang dicadangkan. hasilnya sebanyak lebih 1000 jawatan dicadang dan akan dipohon kepada JPA. Its so ambitious but why not!

Dan hari ini 30 Januari 2007, ASWARA teah menerima kunjungan daripada National Arts Council, Singapore yang membawa pentadbir dan penggiat kesenian Singapura bagi bertukar-tukar pandangan dan mencari kerjasama yang boleh dibuat di antara NAC dengan ASWARA (KEKKWA). Murni sekali hasrat itu tetapi saya terfikir beberapa kali, apakah positif hubungan ini untuk ASWARA? Apakah faedahnya dan apakah rujukan yang boleh dibuat oleh ASWARA kepada Singapura sedangkan apabila merujuk Singapura sebagai negara dan kota budaya, kita semacam gagal mencari identitinya. Kota Singa yang dulunya adalah pusat pengembangan budaya Melayu ulung melalui seni hiburan dan filem kini lenyap dan hilang identitinya kepada satu polisi yang menimbulkan imej naga emas yang rakus sekali sifatnya. Jadi, mungkin hubungan ini lebih kepada apa yang boleh dibantu oleh ASWARA? atau mungkin ASWARA perlu mendapat bantuan daripada NAC bagaimana caranya untuk mentadbir seni? Entahlah. Tetapi petang ini juga En Omar dengan berwibawanya membantangkan program dan aktiviti ASWARA di hadapan mereka dan memanggil para ahli media melalui satu majlis yang disebut Majlis Bersama Media. Bak kata student ASWARA - Perlu ke?

Monday, January 22, 2007

18 - 20 JANUARI 2007


UJIBAKAT ARTIS BUDAYA ISTANA BUDAYA


Saya menganggotai panel pemilih ini sejak tahun 2000 , tahun ini sekali lagi saya dilantik menjadi salah seorang panel ujibakat Artis Budaya B17 Istana Budaya pada tarikh 18 dan 19 Januari, . Namun memandangkan adanya pertemuan Pegawai Kebudayaan di PD maka saya hanya bertugas untuk ujibakat sehingga jam 12.30 tengahari sahaja. Saya selalu bertanya dengan diri sendiri setiap kali saya dilantik dan diundang menjadi salah seorang panel. Adakah saya ini seorang yang mempunyai kemahiran menilai seorang calon? Adakah saya ini menilai seorang calon berdasarkan kriteria yang betul? atau Adakah penilaian saya lebih berupa satu penilaian subjektif yang akhirnya sama seperti orang lain juga? Akhirnya saya tiada jawapan. hari itu beberapa calon saya lihat punya potensi dan hadir dengan pakej yang baik berpersonaliti, berbakat dan menarik. Siti Suria, Norelia, Macynthia, Hadi Zakaria pun turut hadir.

PERTEMUAN PEGAWAI KEBUDAYAAN DI PORT DICKSON



Saya tiba di PD pada jam 1.30tengahari, agak kelam kabut kerana sukar sekali mencari bilik menginap, sedangkan jam 2.00 petang ada sesi taklimat oleh Dato' Norliza dan 2.30 petang acara perasmian oleh YBhg. Dato' Zakiah Ahmad. Jenuh saya mencari di bawah panas terik (memang panas dan ia ketara pada kulit saya sekarang) dan bila tiba di bilik nyatanya ia sebuah bilik yang menyenangkan, di atas permukaan air, lantainya ada petak kaca dan dapat dilihat olak air laut. Apabila pintu bilik 083A itu dibuka, kita akan menemui bilik air yang amat besar yang menempatkan bath tub, shower, ruang bersiap (Its so huge) dan perlu menempuh pintu yang lain bagi memasuki ruang rehat dan tidur (its really cozy).


Menghadiri sesi bersama YBhg Dato KSU, ia seperti satu sesi pertemuan di antara adik beradik. Apabila dimaklumkan bahawa ucapan beliau berupa visi dan misi beliau kepada KEKKWA dan harapannya kepada Pegawai Kebudayaan. Saya macam orang sesat kerana mencari-carinya dan tidak bertemu. Apatah lagi apabila Kami pegawai kebudayaan dikaitkan sebagai pegawai JKKN. Dasarnya kami memahami kekeliruan beliau namun akhirnya ia menggambarkan bahawa beliau bukanlah arif sangat dengan kementeriannya dan apatah lagi takhtanya yang menaungi perkhidmatan kami.


Sesi pertama bersama KP JKKN lebih merupakan laporan aktiviti JKKN dan pejabat negeri. Saya hanya mendengar dan mengutip makluman mengenai aktiviti mereka. Sebagai pegawai kebudayaan saya seharusnya peka dan menjadi mata telinga kepada aktiviti kesenian dan kebudayaan ini biarpun ia tidak berkait dengan kerja hakiki saya di ASWARA. Dan malamnya adalah sesi Dato' Norliza dan wakil agensi KeKKWA yang melaporkan struktur organisasi dan perjawatan di jabatan masing. Sesi ini lebih kepada melihat prospek dan taburan perjawatan pegawai kebudayaan di KEKKWA. Agak mengantuk sedikit sesi ini apatah lagi speaker yang di depan kurang arif cakapnya. Cuma Siri Neng Buah agak menyelamatkan keadaan.



Hari kedua adalah hari yang meletihkan kerana sesi di isi dengan tuntutan tenaga dan komitmen. Kepenatan itu ditambah lagi apabila saya, Abang Joe dan Rosnan keluar malam tadi mencari minum lewat malam. Itu sengaja dicari untuk mengisi aktiviti malam kami dan ia disambung pula di bilik berborak-borak sehingga jam 4.00 pagi sedangkan jam 5.30 pagi kami perlu bangkit untuk sesi team building. Hari kedua, diisi dengan kursus etika dan penampilan dan team building. Tiada perkara baru yang dipelajari namun banyak pengajaran yang dapat saya kutip apatah lagi apabila aktiviti yang melibatkan kerjasama dan persefahaman.



ASWARA JUARA PERSEMBAHAN

Sebenarnya, semasa menerima jemputan daripada JKKN, kami diarahkan untuk menyediakan beberapa perkara termasuklah menyediakan sebuah persembahan. Itu kami tahu tetapi yang kami tidak tahu apakah persembahan yang nak dipersembahkan. Apatah lagi ia perlu melibatkan semua pegawai. Bila tiba di PD kami tertanya-tanya apakah yang nak dilakukan. Masing-masing bertanya sesama sendiri. Fikiran saya jika boleh biarlah saya di belakang sahaja sebab selalu sangat di pentas. Sehingga petang 19hb. kami masih tidak tahu apa nak dilakukan. Bila aktiviti team building selesai pada jam 5.30 petang, Kak Ros ambil inisiatif mengumpulkan kami dan merancang persembahan untuk malam itu. Kak Ros memilih beberapa babak dari Muzika Kesuma untuk kami lakonkan. Kami berlatih hanya untuk tahu aturannya sahaja.
Asalnya bila berlatih kami rasa macam tidak ada peluang apa-apa tetapi lebih kepada buat untuk terlibat. Namun semua itu berubah apabila sedikit tambahan dibuat dan akhirnya persembahan kami dipilih sebagai juara. Tak sangka Ghazali Dollah hebat!

KEMAS BENGKEL

Malam 17 Januari lalu setelah saya menulis tentang aktiviti ASWARA (sana sini ASWARA) saya beberapa kali memerhati sekumpulan pelajar berbuat bising, menyanyi-nyanyi sambil tangan dan badan memunggah dan mengalih peralatan. Nyatanya apabila mendekati mereka, rupanya mereka sepakat membuat kerja-kerja pembersihan dan pengasingan peralatan dan sisa-sisa set dan props yang terdapat di bengkel pertukangan itu. Yem dan Nurul Hazirin mengetuai kerja pembersihan itu dan dibantu oleh beberapa orang pelajar teater (memang orang yang sama sahaja yang sudi memberi kerjasama ini).

Kata mereka, kerja-kerja ini dibuat bagi memudahkan para pelajar yang membuat projek akhir Sinografi mencari dan menganl pasti peralatan dan abhan yang sesuai untuk projek mereka. Dalam hati saya bagu juga, at least mereka dah memikirkan perkara yang positif untuk projek mereka.
Nyatanya memang banyak dan besar bahan-bahan yang dialihkan. Saya terfikir apakah ASWARA perlu dan harus bergerak sebegini dengan mengerah tenaga pelajar sedangkan kerja-kerja begini sepatutnya diuruskan oleh seorang storeman ataupun petugas khusus bagi mengandalikan keluar masuk set dan props. Adakalnya saya berfikiran bahawa kita berlaku tidak adil kepada pelajar tetapi adakalanya saya berpendapat bahawa aktiviti begini lebih mendekatkan pelajar kepada semangat bekerjasama, berdikari dan ada sense of belonging.

Bagi saya ASWARA adalah sebuah rumah panjang, memiliki semangat dan adat yang unik sekali, banyak keluarga menghuninya dan mereka dengan aktivitinya. Adakala mereka merasakan terpisah namun di sesuatu masa mereka bagai sebuah keluarga besar yang merasakan mempunyai hak dan keinginan untuk berbakti kepada rumah itu. WALAU KETUA ADAT TIDAK MENGETAHUI APA YANG BERLANGSUNG DI RUMAH ITU SEKALIPUN.

Wednesday, January 17, 2007

SANA SINI ASWARA

(photo: Siti Surya Suryani)

Sewaktu saya menulis ini, beberapa aktiviti sedang berlangsung yang melibatkan penglibatan ASWARA secara langsung. Di Pasar Seni (Central Market), KL sedang pelancaran Performing Arts Space. ASWARA menghantar kumpulan tarian yang terdiri daripada para pelajar Tari tahun 2 dan 3 yang akan mempersembahkan tarian Menghadap Rebab dan beberapa tarian tradisional yang lain.

(photo: Tari Alarippu)

Di ASWARA sendiri, di bawah teraju Eijat, sedang aktif latihan Bangsawan Raja Laksamana Bentan yang akan di pentaskan di Panggung Bandaraya, KL pada 9-11 Februari 2007. Berbeza dengan persembahan tari, bangsawan ini akan dijayakan sepenuhnya oleh para lulusan dan bekas pelajar ASK (ASWARA) seperti Hanimah Shamsuddin, Eliza Mustapha, Samoza, Kema dan ramai lagi.

(photo: Jamaliah Azman)

Manakala bermula esok, para pegawai ASWARA (Pegawai kebudayaan) akan menghadiri Mesyuarat Perdana Pegawai kebudayaan di Port Dickson mulai 18 - 20hb Januari 2007. Pertemuan ini bakal menemukan semua pegawai skim bakat dan seni seluruh Malaysia dan pengisiannya lebih kepada penyampaian wawasan oleh Dato' Norliza Rofli (selaku ketua kepada skim ini).

BAGAI GAHARA

SELAMAT HARI LAHIR RHEA (17 Januari 2005)!

Lirik lagu ini dinyanyikan oleh Ziana Zain di dalam Album Aku Cinta Kamu (Lagu Menadah Gerimis). Sewaktu Pak Ngah memberikan lagu ini kepada saya, saya amati ia sebuah lagu tradisional pop yang dipetik daripada salah satu lagu Bangsawan Siti Zubaidah (lakonan Datin Seri Tiara pada tahun 2000 di Istana Budaya) , iramanya ada kesyahduan di awal dan di korusnya seolah-olah satu seruan . Apabila pena saya mula nak menulis, saya fikirkan karakter Ziana yang semasa itu baru sahaja menimang anak sulungnya(Aiman) pada 9 Mei 2000 manakala anak saya Aish Mirza lahir pada 13 Mei 2000 di mana jaraknya cuma beberapa hari sahaja. Saya merasakan ada satu garis yang menghubungkan naluri saya dengan Ziana kepada kelahiran anak pertama. Itulah idea yang tercetus maka terhasillah lirik Bagai Gahara yang mengungkap perasaan kasih sayang dan harapan seorang ibu/bapa kepada anak tercinta.


Sempena ulangtahun ke 2 buat anak perempuan saya RHEA MIRZA, saya paparkan lirik Bagai Gahara hasil tulisan saya.

HADIR TIDAK BERMIMPI
JERNIH RIAKNYA LAKSANA PERMATA
DUHAI ANGAN BENARLAH
BERSIH KALBUNYA KULIHAT GAHARA

ANDAI SATU SURATAN
BAGAI TELAPAK BERGANTI TERATAK
KERDIL DIRI MENYAKSIKAN
RESTU DITEMU KUDAKAP MENGHARUM

DULU MENGHARU DI JIWA
SUARA MEMANGGIL MENGGODA
BELUM TERASA AKU SEDIA
SEBENAR HATI MENDAMBANYA
c/o

HADIRMUMU BAK SURIA
KAMAR GELAP NAN BERCAHAYA
HADIRMU BAK KASTURI
HARUM WANGI KE HUJUNG HARI

GAHARA BAGAI GAHARA
PERMATA INDAH DI JIWA
GAHARA BAGAI GAHARA
TERCIPTA ADA MISTIKNYA

KASIH NIAN ABADI
TITIS DI MATA UMPAMA CERITA
TIDAKKAN KU MERELA
MESKI SEKUMAN MENDUGA DI MATA

ALAM BERKEMBANG MENGUJI
SETERU TERKADANG PEDOMAN
TEBAR FIKIRAN MEMBACA KASAM
INDAH BUKAN PEMBUKA JALAN

PUTIH LAGI BERSIH TULUS JIWANYA
JERNIH LAGI SUCI TIDAK TERCELA


Buat anakku Rhea Mirza, Babah dan Mami doakan semoga kehidupanmu sejahtera di dalam merintis kehidupan yang penuh liku. Kelahiranmu bagaikan melengkapkan kebahagiaan hidup Babah dan Mami. Bangun dan berdirilah anakku, melangkahlah dengan gagah, esok tidak menjanjikan keindahan kerana riwayatnya manusia adalah merempuh kesakitan. Ingatlah bahawa keindahan kan datang atas kekuatan jiwa menggarap kehidupan.

Monday, January 15, 2007

BRAINSTORMING TARI ISTANA BUDAYA



Tiba di Melaka sedang elok waktu Maghrib dan sedang elok terus untuk dinner. Di Coffee House sudah kelihatan Dato' Azhar, Pak Ngah (Suhaimi Mohd Zain) , Kak Pah (Sharifah Mahani), Abg Joe (Tn Hj Johari), Che Amud (Mahmud Ibrahim) dan ramai lagi. Noraini ingatkan saya bahawa sesi taklimat bersama KP Istana Budaya pada jam 8.30 malam. Jadi sempatlah saya ke bilik-mandi-bersiap untuk sesi. Semasa saya menerima edaran aturcara untuk retreat brainstorming ini, saya jadi keliru dan tidak faham apa tujuannya saya ke sini. Apatah lagi sesi ini seperti tidak selari dengan tajuk retreat ini. Di surat jemputan menyebut Brainstorming Repertoire Tari sedangkan di dalam aturcara tidak menyebut repertoire tari tapi menyebut taklimat oleh KP IB, 2 ceramah iaitu muzik dalam muzikal oleh Pak Ngah dan Tari dalam muzikal olehKak Pah dan Che Amud. Seterusnya adalah kerja di dalam kumpulan. Semasa dalam perjalanan dari KL ke Mahkota Hotel Melaka, saya berceloteh dengan Rosnan dengan macam-macam isu dan beberapa kekeliruan yang tak terjawab mengenai kerja-kerja kreatif di Istana Budaya. Saya persoalkan pada Rosnan tentang kehadiran saya ini, apakah perlu atau sekadar untuk mengisi kekosongan orang luar daripada IB.Nayatanya Rosnan tiada jawapan.


Dato' Azhar memulakan taklimat yang awalnya kelihatan 'very formal' tetapi lama kelamaan menjadi tidak formal dan lama-lama lagi ianya menjadi sesi meluahkan pandangan, pengalaman dan apa yang terbuku! Saya jadi keliru dan tambah-tambah keliru apabila sidang brainstorming dah jadi macam sidang 'lihatlah dunia'. Apatah lagi saya merasakan keanggotaan retreat ini tidak dipilih selengkapnya. Sidang ini dihadiri oleh Pak Ngah dan Mak Ngah sebagai pakar jemputan, saya (disebut mempunyai latar mentadbir tari), Ku Zahir dan Nik Nizam (pemuzik), Zubaidah Sual, Zaiton Md Desa, Rosnan, Zainal Abidin Bujang, Khalid, Norsiah Yatin, Sharifah Raha, Mutalif Abu Bakar, Ray Redzuan, Rudy d Luna, Lokman Ghani dan dipengerusikan oleh Abg Joe (TKP Artistik IB). Setelah selesai taklimat Dato'Azhar, barulah saya mendapat kefahaman bahawa retreat ini adalah untuk memikir, menggubal dan merekabentuk repertoire tari Istana Budaya untuk tahun 2007. Ia bukanlah untuk muzikal ataupun untuk tahun baru cina. Jadinya, ia lebih kepada menyingkap latarlama IB dari masa lampau KBN dulu dengan mengorek repertoire lama ke zaman Datuk sabaruddin ke Datuk Kadir ke zaman Datuk Rais. Barulah saya mendapat kefahaman dan barulah saya tahu tuntutan ruang dan kehadiran saya di sini.




APA PANDANGAN ANDA TENTANG KUMPULAN TARI IB ?

Itu adalah pertanyaan yang dibuka oleh Dato' Azhar setelah dia mengupas mengenai senario yang berlaku di dalam IB mengenai tuntutan persembahan dan kualiti kumpulan tari IB mutakhir ini. Orang pertama yang ditanya adalah Pak Ngah, Dia kata IB sekarang bukanlah IB dahulu. Apa yang dilakukan oleh IB walau pada zaman siapa pun bukanlah silap IB kerana ia menurut tuntutan stake holdernya. Namun begitu IB tidak boleh menjadi leka kerana IB kena menerima hakikat bahawa IB menjadi perhatian dan pusat tumpuan kumpulan-kumpulan kesenian yang ada di Malaysia. Fenomena ini ketara berlaku apabila Repertoire Malaysia Truly Asia dilancarkan, IB melakukan itu kerana tuntutan Touristic dan tuntutan stake holders semasa itu. Kebudayaan menjadi pengisian Pelancongan. Maka repertoire itu merebak dan melimpah hingga ke borneo sehingga semua orang menari tidak lagi lembut tetapi kejung kerana mengejar muzik yang seperti komuter lajunya. Hal inilah yang perlu dilihat semula oleh IB. Betullah pandangan Pak Ngah itu.

Apabila saya diberi peluang memberi pandangan, sekali lagi hati saya berbelah bagi sama ada saya perlu luah apa yang saya rasa sebenarnya atau saya tapis dan keluarkan yang baik-baik saja. Di kertas ada saya catatkan beberapa perkara dan pada pandangan saya adalah hal yang perlu saya buka. Fikiran saya naik turun sewaktu Pak Ngah bercakap tadi, geram, marah, kecewa dan pastinya ingin melihat perubahan. Tapi saya tahu lidah saya ini tidaklah tajam dan tidak mampu menghunus pemikiran orang lain apatah lagi fikiran-fikiran mereka yang mentadbir IB itu! "Kem, apa kau nak bagitahu?" ulang Dato'. Saya diam dan mula tergagap. Tergagap? macamana boleh jadi.... yang saya tahu ada benda yang perlu diberitahu tetapi bagaimana untuk luahkan agar ianya tidak menyakitkan dan tidak membuat orang lain rasa marah. Saya betulkan lidah dan betulkan maksud, saya tampi dan ambil keputusan bahawa inilah masanya sewaktu IB membuka tangan untuk menerima teguran!

"Saya rasa bersyukur kerana dipindahkan daripada IB pada tahun 2001!". That is my first statement! kata-kata itu meluncur laju. "Bukanlah saya bermaksud bahawa saya ingin lari dari IB tetapi kerana keluar daripada IB maka saya mempunyai pandangan dan persepsi yang berbeza. Semasa di dalam, saya jadi buta, tidak mahu menerima teguran kerana merasakan hanya KBN/IB yang terbaik. Namun apabila berada di luar dan bergaul dengan mereka yang bergiat secara bebas dan mempunyai pandangan lain, Tanggapan saya kepada IB menjadi kendur dan mula melihat apakah kelemahan yang saya tidak nampak semasa di dalam" tenang sahaja aliran suara saya. "Saya sayangkan IB dan saya saya sayangkan Kumpulan Budaya Negara kerana itulah permulaan tapak kerjaya saya di kementerian ini. Kerana itu saya sayangkan KBN" saya lihat semua mata terpaku pada saya dan menunggu apalagi yang akan keluar.



IB SESAT

"IB dah sesat!" itu yang keluar. Pak Ngah kata "Ce'Kem lagi teruk!" tetapi saya harus katakan itu. Bagi saya IB sudah tidak mempunyai Kumpulan Budaya Negara. yang IB punyai sekarang hanyalah kumpulan tari/residen artis. IB tidak boleh dirujuk sebagai institusi yang menjaga dan mempraktik tarian-tarian warisan negara. Memang sejak Malaysia Truly Asia, IB sudah tidak melihat peranannya lagi dan tidak melihat asal usulnya. IB tenggelam dengan slogannya 'Seni pentas bertaraf dunia'. Saya lontarkan pandangan bahawa jika dahulu IB/Panggung Negara di bawah KKKP yang mana hujungnya adalah pelancongan maka kebudayaan menjadi tempelan untuk pelancongan tetapi kini IB sudah di bawah KKKW dan di hujungnya adalah Warisan. IB perlu menukar intipatinya kepada warisan. IB perlu melihat kembali sejarah penubuhannya. daripada sebuah kumpulan budaya kepada sebuah Kompleks Budaya negara kemudiannya Panggung Negara dan kini Istana Budaya. Falsafah dan inspirasi penubuhan IB adalah beraliran daripada semangat dan keteguhan mereka yang berhasrat mempertahankan seni budaya bangsa. Itu jika dilihat kepada tapak letaknya peranan Istana Budaya, bagaimana pula kualiti seni dan karya mereka di dalam IB. Saya nyatakan juga walaupun berat kerana memikirkan mereka yang berhadapan dengan saya adalah rakan saya juga. Karya tari IB sudah tiada kualitinya, bak kata Pak Ngah "Apabila kita melihat satu tarian daripada IB, maka kita telah melihat semuanya". Apakah maksud itu? Kerana jurulatih/koreografer IB tidak lagi memikirkan kualiti dalam berkarya tetapi kuantiti dan lebih memikirkan gesture dan formasi dalam tari bukannya melihat tari daripada segi keseniannya. Mencipta tari lebih kepada menyiapkan tarian! Apatah lagi IB tidak membekalkan ilmu kepada penarinya. Cuba bayangkan, penari yang baru mendaftar tanpa asas tari dan keelokkan menari terus ke pentas kerana tuntutannya memerlukan mereka segera ke pentas. Ini menyebabkan mereka terlahir sebagai Artis Budaya yang tidak tahu asas tari, kefahaman kesenian, keprofesionalisme seorang artis dan semestinya menjadi Artis Budaya yang buta tari. mereka adalah mesin yang digerakkan.




KOREOGRAFER BERILMU?

Itu hal mengenai penari, bagaimana pula jurulatih atau koreografernya? Jiwa saya menjadi kacau apabila bercakap hal ini. Tetapi saya pegang kepada kata 'better something than nothing dan saya yakin bahawa saya bukan mengatakan sesuatu yang salah'. Saya katakan bahawa artis budaya di IB tidak diberi ilmu tari yang cukup dan saya tidak salahkan penari kerana ilmu itu datangnya daripada Jurulatih. Adakah jurulatih yang mengajar betul-betul memahami apa yang diajar. Saya melihat mereka seperti melepaskan kambing dari kandang - muzik dpasang dan berlarilah penari menarikan gerak yang disusun tanpa dirawat kesilapannya. Jika salah maka jeritanlah yang diterima. Kerana itulah apabila penari yang tamat kontraknya selepas 10 tahun bekerja, mereka tidak mampu aplikasikan pengalaman seninya. Dan agak malang apabila mereka akhirnya menjadi jurupakaian ataupun mak andam ataupun surirumah sepenuh masa. Apabila hal ini dibangkitkan oleh saya maka yang lain mula berkumat-kamit untuk mengatakan sesuatu. Seorang demi seorang diberi peluang untuk melontarkan pandangan. Kak Pah yang lebih banyak memerhati dan mendengar turut menyokong pandangan saya dan mengimbau kami dengan peranan yang dimainkan oleh En Supiat. Kak Pah dan Che Amud bercerita bagaimana En Supiat mendidik mereka menjadi seorang pereka tari, pemimpin tari dan pengamat seni dan menyedarkan mereka untuk lebih berani dan berilmu. Sebenarnya banyak lagi diperkatakan dan lebih merupakan lontaran pengalaman dan kekecewaan kepada kesilapan mutakhir ini. tapi yang peliknya Kenapa Rosnan dan Kak Ton tidak diberi peluang perkatakan sesuatu?


MENGGUBAL REPERTOIRE

Pagi Sabtu dimulakan dengan ceramah oleh Pak Ngah yang asalnya diberi tajuk Muzik dalam Muzikal tetapi ditukar kepada Merancang sebuah persembahan tari. Kata Abang Joe memang tajuk asal itu hanyalah working title sahaja. Dan saya tak persoalkan dari mana datangnya idea untuk tajuk asal itu? Pak Ngah membuka pagi ini dengan satu pertanyaan, adakah repertoire IB relevan dengan seni persembahan semasa? Adakah itu yang ingin ditonjolkan? banyak yang menarik diperkatakan oleh Pak Ngah khususnya aspek artistik dan pengarahan untuk persembahan tari. Sesi Kak Pah dan Che Amudd menyusul. Kak Pah tidak mengemukakan sebarang alat bantu untuk presentationnya. Dia mengambil sesi itu dengan santai dan lebih kepada bertukar fikiran dan melontar pengalamannya selama 30 tahun sebagai insan seni. Dia mengajak para jurulatih dan peserta menyelongkar kemampuan diri dan apakah pengisian yang dilakukan sebelum bergelar jurulatih/koreografer. Che amud agak melankolik, dia mengimbau kegetiran bekerja di zaman dahulu sebelum dia bergelar koreografer. namun kesimpulan yang boleh diberi daripada sesi mereka berdua bahawa hanya yang berusaha untuk berilmu mampu mengangkat karya seseorang koreografer itu. di hujung sesi sekali lagi kami diberi peluang untuk memberi pandangan dan sesi ini tambah hangat. saya tidak lepaskan peluang untuk mengemukakan pandangan dan yang pasti saya bangkitkan soal keilmuan jurulatih di dalam menggarap tarian (proses koreografi) dan pengurusan berkarya yang lemah dan tidak bersistem.

SAYA KELIRU
Saya ditempat satu kumpulan bersama Kak Pah dan memang kumpulan kami mengendalikannya dengan cara yang mudah sekali. Senaraikan apa tarian yang ada, apakah tarian yang boleh dicipta dan untuk jalan lebih selamat kami sediakan beberapa repertoire yang difikirkan sesuai untuk IB. Akhirnya kumpulan kami mencadangkan 6 bentuk repertoire dan senaraikan hampir 70 jenis tarian (lama dan ciptaan). Malamnya, kami bertemu dan dua kumpulan perlu bentangkan hasil perbincangan. Kumpulan yang diketuai oleh Che Amud mengemukakan dua cadangan repertoire yang lebih mirip repertoire sedia ada cuma ditokok tambah dengan elemen baru seperti Mek Mulong, Makyung dan Awang Batil. Kumpulan kami mengemukakan senarai tarian dan 6 bentuk repertoire iaitu tarian berkonsepkan kegiatan harian, tarian-tarian Malaysia (14 buah negeri), Repertoire Ethnik dan ritual, repertoire Tarian rakyat, Repertoire tarian traditional dan ritual dan Repertoire Pesta rakyat berdasarkan lagu-lagu rakyat. Selesai pembentangan kami menunggu pandangan Abang Joe dan apakah ada perubahan atau pilihan yang nak dibuat tetapi ia hanyalah pembentangan dan tiada pandangan dan tiada pilihan! Semua diterima dan ditimbang! .

ROSNAN MENGOMEL
Pagi Ahad adalah sesi Abang Joe menggulung dan membuat ketetapan. Namun dibuka kepada sidang untuk memberi pandangan. Rosnan yang sepanjang sesi banyak diam membuka pagi itu dan mengajak para jurulatih melihat ke hadapan. Dia persoalkan di mana kesungguhan para koreografer di dalam menghadiri retreat ini kerana ramai di kalangan mereka tidak membuat catatan, banyak mendengar dan melihat yang kemudian akan hilang begitu sahaja. Dia mengusulkan agar IB mengangkat Che Amud sebagai tempat merujuk dan orang yang bertanggungjawab di dalam menyelia kerja-kerja koreografi di Istana Budaya. Nyatanya ia disokong.
SAYA TINGGALKAN RETREAT INI DENGAN BANYAK PERTANYAAN. BETULKAH? APAKAH IA AKAN...? MUNGKINKAH DIA...?

INILAH MUZIKA MALAYSIA!


(Artikel ini ditulis oleh Dr. Zulkifli Mohamad di harian Kosmo, 13 Januari 2007)

Inilah kali pertama ASWARA (dulunya Akademi SeniKebangsaan,ASK) mempersembahkan teater muzika Melayu setelah 12 tahun penubuhannya. Kesuma, judul muzika ASWARA karya Zakaria Ariffin, gubahan muzik Ruslan Imam, Koreografi Joseph Gonzales dan arahan Rosminah Tahir ini menggembelingkan tenaga dari jabatan teater, tari, muzik dan penulisan. ASWARA mengadakan ujibakat terbuka kepada pelajar-pelajar dari semua jabatan pada bulan September 2006 sebelum menampilkan 40 orang pemain dan 20 orang pemuzik termasuk pengarah muziknya, Ruslan Imam.
"Idea untuk mengadakan teater muzika bersama semua jabatan lahir pada hujung tahun 2005," ujar Rosminah Tahir, yang sebelum ini mengarah Muzika Hang Li Po dan Lantai T.Pinkie di Istana budaya, Kuala Lumpur. Zakaria Ariffin penulis skrip muzika bangsawan Siti Zubaidah yang pernah memenangi S.E.A Write Award dan menjadi panel skrip muzika Tun Perak arahan Dr Hatta azad Khan mengakui cerita Kesuma yang dihasilkannya sepuluh tahun lalu diberi nafas baru untuk pementasan ASWARA.
Kesuma mengisahkan kehidupan manusia yang mencari makan di pinggir Jalan Melayu Masjid India di Kuala Lumpur, pertembungan budaya antara generasi yang bernafaskan tradisi Melayu lama dengan generasi Melayu baru yang hanyut dalam arus globalisasi. Ia turut mengupas keresahan hidup seorang gadis kaya, Kesuma dan pergolakan jiwa seorang tua yang merantau, Ismail Raja Gondang yang tidak dapat menerima hakikat yang anaknya sudah meninggal dunia. Kesuma yang penuh rasa kemanusiaan menemui kebahagiaannya bersama sekelompok manusia di pinggir jalan.
Muzika Kesuma juga menampilkan sebuah cerita yang berlatar belakangkan kehidupan manusia Kuala Lumpur yang kaya dan yang miskin yang penuh rasa prejudis antara mereka. Kita sebagai seorang penonton muzikal seperti sudah terdidik dengan tatacara sesebuah muzikal, apalagi apabila kita dipertontonkan dengan teater muzikal di Malaysia. Terima kasih Istana Budaya, kerana telah membawa kita menyaksikan pelbagai bentuk muzika dari luar negara dan juga dari dalam negeri. Kita juga bertuah kerana berada di negara yang tidak jauh dari Singapura hanya RM100 pulang-balik dengan bas ekspress yang bersungguh-sungguh menempatkan seninya di persada dunia melalui Esplanade. Dengan tiket penerbangan Malaysia juga, kita boleh terbang ke Sydney atau ke London untuk menonton muzikal-muzikal barat. Pendek kata kita sudah mulai celik tentang muzikal. Kekuatan utama sesebuah muzikal atau muzika terletak pada gubahan muziknya, lagu yang terngiang-ngiang di teling, ceritanya yang menarik, persembahannya yang memukau serta simbolika perlambangan yang kental yang boleh menjadi sesuatu imej yang terbayang-bayang di mata penonton, walaupun setelah keluar dari panggung.
Ruslan Imam, bukanlah orang baru dalam dunia muzik di Malaysia. Dahulunya begitu aktif dalam penerbitan album-album, termasuklah album David Gomes dan Junji Delfino, serta persembahan muzik moden, jazz, orkestra RTM serta Melayu Asli. Beliau juga pernah menjayakan Konsert Irama Tanah Pusaka di Istana Budaya. Kini beliau banyak menumpukan perhatian kepada pengajaran muzik kepada generasi muda. Kesuma menmapilkan 19 buah lagu antaranya Bismillah, Kuala Lumpur, Mama Burger Papa Burger, Kembara Raja Gondang, Suara Kesuma, Pujuk Kesuma, Buat Apa Jadi Kaya dan lain-lain. Yang menariknya kesemua lirik-lirik lagu dipaparkan di dalam buku cenderamata yang mahal rupanya itu, menjadi penawar setelah kita terkial-kial cuba mendengar lirik lagu yang disampaikan dalam persembahan. Kita akhirnya menikmati lirik lagunya sepulangnya kita daripada menonton persembahan. Muzika Kesuma sememangnya mempunyai masalah sebutan dalam persembahan nyanyiannya bukan hanya kerana pemainnya yang tidak berpengalaman sebagai pelakon dan penyanyi, tetapi juga kerana ketiadaan rekaan teknikal dan bunyi. Ia seterusnya menghasilkan bunyi bising pada mikrofonnya, tiada imbangan bunyi antara muzik dan nyanyian serta nyanyian yang tenggelam dalammkelantangan muziknya, walaupun para pemain sudah berserabut dengan mikrofon di mulut dan earfon di telinga.
Hakikatnya, kita sudah harus menerima yang kebanyakkan persembahan muzikal di abad ke-21 ini sudah menggunakan muzik rakaman siap kemudian ditambah dengan beberapa alat muzik yang dimainkan secara live seperti drum, seruling, gendang, rebab, gitar serta kumpulan vokal. Begitu juga dengan mikrofon kecil yang terjulur di mulut, yang tidak lagi menuntut para pemain muzikal untuk mempunyai suara yang lantang, mereka hanya perlu pandai menyanyi dan mempunyai suara. Nasib baiklah lagu-lagu yang digubah Ruslan Imam agak merdu didengar dan menarik melodinya, kita seperti terhibur dengan pelbagai gelagat anak muda yang bermain, menari dan menyanyi. Terima kasih juga kepada Rosminah kerana babak-babaknya agak pendek dan tidak berjela-jela banyak dialog. Mujur juga kita ada pelakon handalan Sharul Mizad yang menjadi tonggak utama, Shukor Ibrahim dengan nyanyian yang jelas senikatanya, Mohd Tarmizi dengan lakonannya yang bersahaja, dua gadis Kampung Baru yang gatal, atuk dan nenek yang girang serta gangstre Jack dan dua rakannya yang penuh gaya. Mardiana Alwi yang membawa watak Kesuma, walaupun boleh menyanyi masih terlalu kaku dalam lakonan dan gerak-gerinya, tetapi dengan bakat dan rupa yang ada serta kesungguhan, beliau mampu mencipta masa depan yang gemilang.
Kesuma boleh saja menjadi sebuah muzika Melayu yang menggabungkan elemen koreografi tarian moden dan tarian tradisi, malangnya tarian modennya masih dibelenggu tarian-tarian dari West Side Story serta tarian iringan Hiburan Minggu Ini. Tarian Mengadap Rebab yang ditampilkan sewaktu Pak Ismail jatuh sakit menjadi janggal dan klise apabila rakan-rakan Burn dan kesuma turut menari bersama. Alangkah indahnya kalau hanya Pak Ismail yang nampak kehadiran para puteri Mak Yong.Syabas kepada ASWARA kerana berjaya mementaskan sebuah muzika dalam masa tiga bulan. Kita faham yang pakaian anak muda di kota tidak mudah untuk dikonsepkan, walaupun ia dapat dibeli di mana-mana. Tidak mengapalah juga kalau pakaian dua gadis Kampung Baru kelihatannya seperti perempuan-perempuan kelab malam, tetapi solekan yang berlebihan di panggung eksperimental menjadi sangat tidak sesuai untuk pementasan kerana berada dalam jarak yang dekat dengan penonton.
Pakaian-pakaian Kesuma, yang menjadi tunjang kepada muzika ini harus difikirkan perwatakan dan kesinambungannya, rekaan kostum bukan sekadar memilih fesyen dan warna terbaru di pasaran. Yang pelik juga kita tidak melihat sesuatu yang amat digilai dan tidak dapat lekang dari anak muda di kota, tidak seorangpun dari mereka yang menggunakan telefon bimbit! Tapi mungkin inilah kelopok generasi muda yang cintakan tradisi Melayu yang kental!

Dr.Zulkifli ialah seorang aktivis dan perunding seni budaya,aktif bersama Svarnabhumi Studio dan Arts Exchange in Asia (AXiA)

Kesuma Realisme Versi Zakaria Ariffin

(ARTIKEL INI DITULIS OLEH AZMAN ISMAIL, UTUSAN MALAYSIA 15 JAN 2007)
Pengembaraan Ismail (bersongkok) di tengah-tengah kehidupan remaja kosmopolitan dalam teater muzika Kesuma yang dipentaskan di Panggung Eksperimen, Aswara, Kuala Lumpur baru-baru ini. Sebuah sudut di kota metropolitan Kuala Lumpur. Di situ terdapat sekumpulan anak muda yang menyanyi dan menari gembira dengan penuh keceriaan. Pada masa yang sama seorang tua bernama Ismail bersila di hadapan ubat-ubat tradisional jualannya. Sesekali dia bercakap sendiri dengan bahasa yang lucu sambil memukul gendang tua yang menjadi teman untuk melariskan jualan. Kerap kali Ismail memerhati kumpulan remaja tersebut dengan sedikit terhibur.
Sebenarnya Ismail yang terjebak antara dunianya dengan alam remaja kosmopolitan itu sedang ‘mengembara’ mencari anak yang hilang, Husin. Rosminah Tahir yang merupakan pengarah kepada teater muzika, Kesuma, karya Zakaria Ariffin, mengenengahkan naskhah itu dengan pendekatan realisme. Naskhah itu tidak banyak mengajak penonton berfikir. Pengembaraan dan pencarian anak oleh Ismail digambarkan secara kronologi serta mendatar menyebabkan tidak ada beban sama sekali kepada penonton.
Malah, Kesuma seolah-olah sebuah konsert pentas dengan penyampaian lagu-lagu yang penuh gembira dan mampu menggamit jiwa anak-anak muda. Memang menarik dan ringan.
Gaya dan pendekatan Zakaria serta Rosminah itu sedikit mengingatkan penonton kepada pengembaraan psikologi dalam naskhah besar Rakaman Terakhir Krapp, karya Samuel Backett, peraih hadiah Nobel Kesusasteraan 1969. Rakaman Terakhir Krapp menceritakan ‘pengembaraan’ watak Krapp dalam sebuah bilik dengan bertemankan sebuah meja usang, kerusi, beberapa dokumen lama, pita rakaman dan lampu malap.
Namun, Rakaman Terakhir Krapp sebuah naskhah yang berat dan memerlukan penonton untuk berfikir bagi mengetahui jalan cerita dan penghujung daripada pementasan.
Tidak bagi watak Ismail di tangan Rosminah dan Zakaria dalam pementasan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) tersebut.
Ismail mengembara secara zahir dalam suasana kota metropolitan Kuala Lumpur yang mempunyai 1001 ragam manusia. Dengan menggunakan pengalaman sebagai bekas Peran dalam makyung, ia terus mencari si anak ke setiap penjuru kota iaitu Jalan Chow Kit, Benteng Kecil, Jalan Masjid India dan Tugu Negara. Agak menarik, naskhah tersebut dibangunkan tanpa plot yang sempurna sebagaimana yang banyak ditemukan dalam drama-drama realisme karya beberapa tokoh ternama seperti Hendrik Ibsen dan George Benard Shaw.
Struktur cerita juga tidak dibina secara lengkap tetapi dengan bantuan muzik di bawah arahan Ketua Jabatan Muzik Aswara, Ramlan Mohd. Imam dan tarian oleh Joseph Gonzales sehingga menjadikan Kesuma ‘sempurna’ dan mampu memberi mesej kepada penonton. Dalam teater muzika itu, Zakaria dan Rosminah juga membangunkan watak- watak secara keseluruhan tanpa kupasan yang terperinci. Sering kali ia kelihatan ringkas seolah-olah watak dapat berkomunikasi secara langsung dengan penonton seperti dalam babak penjual ais krim dan kacang rebus menjaja dagangan masing-masing.
Selain pembinaan watak secara ringkas dan mudah itu, beliau juga mampu memaparkan secara jujur tentang realiti dalam kehidupan masyarakat kota daripada pergaulan atau pergaduhan antara kumpulan remaja hingga suasana lucu penjual tanpa lesen melarikan diri daripada pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Jalan cerita juga terlalu ringkas dan Zakaria memanfaatkan sepenuhnya 19 lagu dalam naskhah tersebut untuk bercerita tentang konflik kehidupan remaja dan 1001 kisah kota metropolitan. Teater sekitar sejam setengah tersebut mengisahkan pengembaraan Ismail akhirnya telah menemukannya dengan remaja kota yang mempunyai keperibadian tinggi. Beliau menemui Burn (Sharip Zainal).
Melalui Burn, Ismail diperkenalkan kepada Ben (Akmal Ayub), Linda (Sabihah Abdul Wahid) dan lain-lain yang hidup dalam kelompok tersendiri kerana kekontangan kasih sayang di rumah.
Watak utama, Kesuma (Mardiana Alwi) merupakan salah seorang anak kota yang terkapai-kapai mencari kasih sayang. Konflik mula timbul apabila berlaku pergaduhan antara Burn dan Jack (Salehudin Abu Bakar) yang merupakan pemuda suruhan ayah Kesuma supaya membawa gadis itu pulang.

Thursday, January 11, 2007

SAYA KE MELAKA

ASWARA tiada apa-apa persembahan sepanjang minggu ini, banyak ditumpukan kepada pendaftaran pelajar dan kursus. Beberapa jabatan mengadakan perjumpaan dan mesyuarat bagi merangka perancangan aktiviti sepanjang 2007. Semalam Jabatan Teater mengadakan pertemuan dengan para pelajar. Ketua Jabatan, Kak Ros mengalu-alukan kehadiran para pelajar dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir Semester 1. Harapan Kak Ros, semoga para pelajar akan menunjukkan prestasi yang cemerlang dan mengangkat kredibiliti jabatan.
BRAINSTORMING REPORTOIRE TARI
Saya djemput oleh Istana Budaya untuk menghadiri bengkel/brainstorming Repeortoire tarin Istana Budaya 2007 yang akan bermula Jumaat 13hb - 15hb Januari di mahkota Century, Melaka. Saya pun jadi serba salah dengan jemputan ini apatah lagi pada 2 hari lepas En. Omar memanggil saya ke biliknya dan persoalkan di mana dan apakah niche saya yang sebenarnya, baginya sepatutnya bukan saya yang dijemput kerana tari di bawah bidang Samsiah. En. Omar nasihatkan saya tidak ke melaka dan minta maklumkan kepada IB mengenai ketidakhadiran saya. Apabila saya maklumkan kepada IB semalam, nak dijadikan cerita Abg Joe terus mencari En. Omar dan minta pertimbangannya dan akhirnya En. Omar luluskan. Tetapi saya tak tahu apa status kelulusan itu....En Omar Redha ke?

JOE SMOKE DI ASWARA

ASWARA menerima kehadiran seorang tetamu dari California, USA. Beliau ialah Joe Smoke yang merupakan salah seorang Pengarah di Los Angeles City Council dan menguruskan hal ehwal pengagihan dana dan sumbangan kepada kumpulan-kumpulan kesenian sama ada di USA ataupun dari seluruh dunia yang berminat mengadakan acara kesenian di sekitar Los Angeles. Semalam, di atas usaha Joseph, satu majlis makan malam telah diadakan di antara Joe Smoke dan penggiat seni tanahair di Bilik persidangan ASWARA. Yang menariknya, di dalam pertemuan itu beberapa aktivis teater inggeris dan cina turut hadir sama selain para pelajar dan pensyarah jabtan Tari ASWARA. Memang agak mendukacitakan kerana ianya tidak disambut baik oleh bukan sahaja penggiat seni malah pensyarah ASWARA sendiri. Jika diamati daripada perbincangan semalam, jelasnya Joe Smoke sedang membuat tinjauan dan mencari potensi artis dari Malaysia yang boleh dibawa, diberikan dana. Apapun, di akhir sesi icebreaking itu, Joe Smoke menyatakan bahawa beliau telah menyediakan sebuah kotak dan diletakkan di meja Mr. Joseph untuk sesiapa yang ingin menyerahkan portfolio, CV, bahan karya dan sebagainya yang boleh dirujuk olehnya. jadi sesiapa yang berminat, bolehlah menghantar cadangan dan CV ke meja Joseph sebelum 19hb Jan 2007. Joe smoke akan berada di KL sehingga 22hb Januari.
MESYUARAT JABATAN TEATER
Sebelum itu, pada jam 2.30 petang, Jabatan Teater telah mengadakan mesyuarat pertama pada tahun 2007. Mesyuarat ini diadakan khusus untuk pensyarah, tutor dan pentadbiran jabatan Teater. beberapa hal dibincangkan terutamanya berkenaan dengan penjadualan kuliah, keputusan peperiksaan, aktiviti sepanjang tahun 2007 dan persediaan serta kenal pasti penyelia untuk pelajar PeTA 2007. Beberapa perkara ditekankan oleh Kak Ros, selaku Ketua Jabatan Teater ASWARA untuk melihat keberkesanan pelaksanaan akademik Jabatan Teater, jadi pensyarah diminta mengemaskini sukatan kursus (course outline) dan memantau kecenderungan para pelajar.

Wednesday, January 10, 2007

...DAN KESUMA PUN MELABUH TIRAI



Tak tahu nak cakap apa, Kesuma tiba di hujung pementasan, dada saya sebak dan banyak babak di pementasan terakhir ini hampir membuat saya menitiskan airmata. Keterujaan mementaskan Kesuma seolah satu nafas baru yang sukar sekali hendak dilepaskan. Saya harus akur bahawa Malam ini malam penutup Kesuma, nasib di hari mendatang belum tentu sama ada di sambung, dipentaskan semula atau ditutup terus hikayatnya. Seperti dijangka malam ini ET dibanjiri manusia seawal 7.45 malam sudah ada penonton yang menunggu di luar sebaik kami selesai raptai untuk curtain call. Petang 6.30, raptai curtain call diadakan yang melibatkan semua cast, pemuzik dan krew. Malam ini semua tampil dipentas dan saya akan menjadi pengacaranya.

Pagi tadi, En Omar panggil saya ke pejabatnya dan maklumkan bahawa malam ini dia berhasrat mengadakan PC berkenaan lantikan Dato' Ahmad Nawab sebagai pensyarah undangan ASWARA sebelum pementasan Kesuma. Tetapi itu tergantung kepada kehadirannya. jadi Saya perlu menyiapkan bahan untuk dia perkatakan dan statistik penglibatan pelajar dan tenaga kreatif. Jam 8.15 ET jadi sendat dan ketat sekali, pintu panggung belum dibuka kerana ada pengaturan yang lain.

Di luar saya terkejut kerana Ramziela (sekarang Datin ramlah) rakan lama semasa rombongan promosi ke Warsaw, dia penyanyi poprock popular sekitar 90an yang hadir bersama suaminya. Selain itu, Malam ini Kesuma turut dihadiri oleh Dato' Azhar (KP Istana Budaya), Buyong Zasdar, Sutung Umar RS, Dato' Ibrahim Bachik dan rakan lama Wan Salam. Memang malam ini ramai sekali orang. Semuanya tidak mahu melepaskan saat terakhir Kesuma. Dato' Ahmad Nawab tidak kelihatan jadi saya mengatur plan bahawa sekiranya beliau datang lambat maka PC akan dibuat pada intermission, jika awal maka PC sebelum dan tidak ada intermission. Dato' Ahmad Nawab hadir maka balik kepada plan asal iaitu PC sebelum show dan amlam ini tiada intermission. Dato' tiba pada jam 8.40 malam dan PC serentak itu dilangsungkan di bilik Tun Perak. Beberapa perkara disebut En Omar antaranya cadangan membawa persembahan ASWARA ke IB, lantikan Dato' Ahmad Nawab sebagai pensyarah undangan dan perancangan ASWARA untuk tahun 2007.



Apabila panggung melimpah, maka semangat pemain melimpah ruah, berdiri bulu roma saya. dari adegan ke adegan sehinggalah ke curtain call, penonton tiada berganjak dan tepukan paling gemuruh kepada semua yang terlibat di dalam pementasan ini. Apa yang saya fikirkan adalah bagaimana hidup untuk hari-hari esok tanpa Kesuma. Wow! bunyinya seperti inilah hidup dan mati saya dan seperti tidak pernah mengurus dan mementaskan produksi sebelum ini. Namun kebenarannya Kesuma seperti sebuah impian untuk mementaskan sebuah produksi dengan penglibatan saya secara menyeluruh dalam semua aspek. Itu memang sikap yang saya tidak boleh kikis iaitu apabila sudah ditangan maka ianya harus didalam tangan dan ditangani dengan tanggungjawab. Apabila Kesuma membuka tirai 2007 dengan sukses sekali walau ada seorang penggiat menyebutnya sebagai bagus hanya di tahap sebuah produksi pelajar, namun saya bangga bahawa inilah sebuah produksi terbaik daripada segi saiz dan penglibatan serta sambutan dan inilah kelebihan ASWARA yang menjadi mimpian IPT lain. Kesuma bersukma dengan darah dan yang mengalir deras dan segar. Kesuma adalah bunga jiwa kesenian ASWARA. Kesuma adalah keelokan sifat dan ketekunan warganya. Seperti harapan saya, Semoga Kesuma hidup di jiwa semua. Banyak kemenangan yang saya kutip sepanjang KESUMA dan semestinya KESUMA banyak mewarnai blog ini. BUAT JOSEPH, KAK ROS, KEMA, ROSMAN, EIJAT, TOMOE, ARA, SHERRY, ADIKA, AMIRUL DAN YANG LAINYA. TANPA ANDA MUNGKIN KESUMA BUKAN SEBEGINI ELOK RUPANYA. TERIMA KASIH KERANA MENCORAK DAN MEWARNAINYA.

KESUMA - MALAM KEEMPAT


Entah apalah yang menyerap masuk ke dalam jiwa kami yang bekerja di belakang tabir ini, daripada seorang pengarah, pengarah tari, pengurus produksi, penolong pengarah sehinggalah kepada petugas-petugas panggung. Kami sudah tidak boleh lagi bercakap secara normal, lagu dan emosi Kesuma seperti meresap. Joseph, saya dan Kema tidak kira bila dan masa ketika sepanjang berlangsung pementasan Kesuma, kami akan berlagu dan beremosi lebih daripada pemain di pentas apatah lagi bila lagu Pulanglah Kesuma dan Semangat Abadi dialun. Apakah ini dikatakan over passionate atau syok sendiri? Harapannya tidaklah! Saya rasa ini kerana ianya bertitik tolak atas keikhlasan untuk melihat kejayaan sebuah produksi dan nyatanya malam ini panggung masih dipenuhi dan saya perhatikan wajah-wajah yang sama yang seolah-olah tidak puas dengan apa yang mereka tontoni semalam.


Malam ini juga dihadiri oleh YBhg Dato' TKSU Mohamad Mohd Daud, Abg Joe (IB), Aminah Rhapor, Vaneeda dan Shidee, Abi (Harian metro) dan ramai lagi. Biasalah masing-masing ada pandangan dan persepsi yang berbeza tentang produksi ini dan apa yang penting Kesuma dilihat, ditonton, dihayati dan diperkatakan! BUKANKAH SESUATU YANG PELIK JIKA APA YANG KITA BUAT TIDAK DIENDAH ORANG? Ya, Nyatanya Kesuma disebut, dicaci, direndah, dipuji, diangkat, disuka dan mungkin dicemuh. walau apapun Kesuma adalah sebuah produksi yang ingin dilihat.



Saya tidak menafikan bahawa produksi ini tidak akan berjaya jika sekiranya tiada komitmen yang tinggi oleh ahli produksinya. Production department, Technical department dan dan performer bagai ranting dan daun yang mencambahkan bunga dan mengindahkan pokok Kesuma ini! Malam ini juga, dalam sesi ulasan persembahan Kak Ros memberi pujian kepada permainan pemain, En Ruslan memberi A* kepada nyanyian dan Joseph puas namun masih menagih kesempurnaan. Sebagai malam kedua terakhir, aturan untuk malam penutup adalah berbeza jadi semua krew dan cast diagihkan t-shirt Kesuma dan raptai curtain call akan diadakan pada jam 6.oo petang esok.



Jam 12.00 tengah malam lebih kurang, telefon saya berdering dan rupanya panggilan daripada Abg Joe. dia mengajak saya untuk turut sertanya di gerai Kopitiam Kg Baru. Setiba di sana, rupa-rupanya Aminah Rhapor, Vaneeda Imran, Rashidee Ishak dan beberapa orang lagi turut ada. Banyak hal yang dibincang tentang duania seni daripada dunia filem sehinggalah teater-teater kecil dan daripada klasifikasi hero sehinggallah masalah gender! Kompleks sungguh isunya walaupun diulas secara jenaka. Malek Nor pun datang semeja dan menyebut Yo Pet Pet....kami tak faham dan dia kata ada something yang dia tersalah sebut....rupanya yang dimaksudkan adalah Pop Yeh Yeh! Pecah hening pagi itu dengan gelak ketawa kami.
SEMESTER KEDUA 2006/07 BERMULA
Hari ini adalah hari pertama para pelajar ASWARA mendaftar untuk Semester Kedua bagi sesi 2006/07. Seperti bagaimana biasa di sana sini dapat dilihat betapa mereka mesra dan merindui rakan-rakan walaupun cuma berpisah hampir sebulan. Pendaftaran Jabatan bermula pada 2.00 petang. Biasalah pelajar, suka memilih waktu-waktu terakhir untuk mendaftar kursus yang akhirnya membuatkan suasana jadi kelam kelibut. Jabatan Teater akan memulakan kuliah pada minggu kedua kerana memberi peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan urusan pendaftaran.

Sunday, January 7, 2007

KESUMA - MALAM KETIGA


Malam ini, seperti dijangka sambutan penonton tidaklah sehebat semalam. Mungkin faktor malamIsnin. Namun begitu, hampir separuh panggung dipenuhi dan Kesuma menerima kunjungan daripada para pelajar seni muzik dan TESL UiTM serta para pelajar seni persembahan UM. Malam ini juga dihadiri oleh KP ASWARA, En. Omar dan keluarga, Marlia & M.Nasir, Que Haidar dan Awal(Beat TV). Call time jam 3 sepatutnya dihadiri semua tetapi sebaliknya berlaku, mungkin dah leka dengan pujian semalam. Joseph mengeluh kerana khuatir akan penarinya. Dan memang ianya berlaku, malam ini persembahan pelakon khususnya korus tidak seperti semalam - energetic.

Malam ini mereka kurang menyengat, kurang bertenaga atau mungkin pengaruh jumlah penonton. Saya pun jadi hairan apabila di antara ahli produksi khususnya yang membuat persembahan tidak mempunyai 'understanding' yang sama kepada pementasan. Sama ada pemuzik merasakan mereka sekadar kumpulan latar maka mereka tidak perlu memberi komitmen kepada keperluan dan kerana itu mereka hanya masuk pentas pada 3hb Jan (2 hari sebelum pementasan)? Mungkin pelakon sahaja yang perlu memberi komitmen yang tinggi kerana mereka dilihat orang? Sangat tidak adil jika itu berlaku kerana sebuah muzika mewakili 3 elemen yang utama iaitu muzik, lakon dan tari.

Dan sangat tidak adil jika pelakon perlu berhempas pulas sejak September 2006 sedangkan pemuzik hanya masuk 3hb Jan dan masih terkial-kial denagan notanya. Sebenarnya hal ini bukanlah perkara baru yang saya hadapi. Saya pernah mengurus Kumpulan Budaya Negara (Istana Budaya) yang dianggotai oleh 85 orang penari dan 27 orang pemuzik (tradisional dan kombo). Memang begitulah sikap pemuzik - sukar bekerjasama, mereka lebih indiviualistik, banyak memikirkan peranan mereka sahaja, tidak melihat peranan mereka untuk sebuah produksi, kerana itulah mereka merasakan proses itu tidak penting dan esprit d'core itu tidak ada.


Bukanlah saya menidakkan mereka (pemuzik) yang berdisiplin atau bertanggungjawab kepada produksi namun rata-ratanya begitu. Pengalaman mengendalikan pemuzik selama 5 tahun yang disifatkan profesional cukup mematangkan saya akan sikap dan peel seorang pemuzik. Dan yang peritnya mereka selalu menuntut dibayar mengikut 'professional' nya mereka. Apatah lagi jika di dalam produksi Kesuma ini, sebahagian besar pemuziknya dianggotai oleh pelajar muzik yang belum menyerlah keprofessionalannya dan belum pun betul-betul memasuki industri. Dari mana mereka dapat dan dengan siapa mereka mengutip pengalaman sehingga mereka pun berpeel seperti pemuzik yang saya kendalikan dahulu? Bolehkah saya simpulkan bahawa MEMANG BEGITULAH CARA MEREKA! Tak taulah!

Dan nyatanya apabila sesi mengulas 'performance' hari ini, Joseph selaku Pengarah Tari meminta kerjasama pemuzik untuk mengadakan latihan pada jam 3 petang dan ditolak oleh pemuzik dan mereka mahu jam 6.00 petang. Saya tidak tahu kenapa jam 6 petang? tetapi yang saya tahu malam ini persembahan kurang bertenaga!

KESUMA - MALAM KEDUA


Hari ini 6hb Jan 2007, call time untuk semua adalah pada jam 3.00 petang dan semuanya akur untuk memastikan persembahan yang baik. 7.30 malam, Panggung suram macam tiada yang mahu datang menonton dan saya jadi resah sekali. Dalam kesibukan menyiapkan solekan untuk Ismail Raja Gondang sempat saya melayan mesej dan panggilan telefon yang bertanyakan tentang persembahan kesuma. Saya sempat bergurau dengan para pelakon, kata saya "yang mana muncul di segmen selepas intermission atau yang selesai scene, minta jadi penonton" nyatanya mereka terpinga-pinga kerana mengingatkan itu arahan. 7.45 malam, Amri selaku juruvokal mengambil semua cast untuk warm-up vokal. Sememangnya itulah keperluan kepada semua pelakon sama ada muzika atau teater biasa untuk memastikan mereka dalam keadaan bersedia dan stamina tidak menurun. Jam 8.00 malam, saya ke depan panggung dan melihat penonton semakin ramai jumlahnya, apatah lagi Ms Chee bisikkan kepada saya bahawa malam ini ada 3 bas yang akan menonton. Saya dan Joseph bersyukur kerana ada penonton dan sememangnya produksi ASWARA atau Istana Budaya sekalipun tidak terlalu memikirkan penonton berbayar tetapi lebih menggalakan pertumbuhan khalayak teater.
ET BANJIR MANUSIA

8.30 malam panggung sudah menampakkan tiada tempat duduk, isteri dan keluarga saya pun turut hadir. Hampir semua kerusi berisi. Saya jadi kaget dan resah kerana masih ada lagi di luar panggung sekelompok penonton yang tidak masuk dewan. Cik Eyjah, Cast dan produksi T-Pinkie pun turut hadir dan beberapa wajah popular turut hadir menyokong. Saya teringat kata-kata beberapa orang penonton (kenalan) yang memberi kata-kata yang agak dangkal atau remeh dengan produksi pelajar apatah lagi produksi ASWARA. Mereka menyindir "Patutkah persembahan ini berharga RM10", saya diam tidak membalas tapi saya berkata nanti masuk dan nilaikan kemudian (semasa intermission dia keluar dan berkata "ini sepatutnya bukan 10 tetapi lebih dan sepatutnya berada di IB" .
8.35malam, Kesuma belum dapat bermula kerana kesesakan di bahagian pintu masuk panggung. PANGGUNG DAH PENUH DAN YANG ADA CUMA DI TANGGA-TANGGA SAHAJA! Ada yang datang dari Temerloh dan ada yang datang dari Kota Kinabalu. Dari mana mereka semua ini? Siapa yang berkabar? Tuhan menolong produksi ini! Ya tuhan melihat usaha dan keperitan produksi ini, apatah lagi ia berjalan di tengah-tengah kesibukan acara popular. 8.40 malam Kesuma dimulakan dan sememangnya panggung padat, penyaman udara sudah tidak nyaman lagi....haba manusia yang teruja dengan KESUMA. SYABAS UNTUK SEMUA DALAM KESUMA.
TENAGA INI DATANG DARI LANGIT!

Saturday, January 6, 2007

KESUMA - MALAM PERTAMA

Entah dari mana datangnya mereka dan siapa yang khabarkan, Panggung ET hampir melimpah. Semalam kami jadi gundah apabila memikirkan hal promosi dan publisiti Kesuma. Itu sebablah beberapa langkah segera diambil sama ada melalui sms, emel, kad jemputan, poskad diedarkan bagi memasyhurkan pementasan sulung ini. Jika tiada sambutan maka ianya amat memberi kesan kepada status sekolah seni ASWARA. Masalah promosi ini bukanlah masalah baru namun hampir berdekad sejak awal ASK, namun ia makin ketara kebelakangan ini dan ditambah lagi ianya seperti tiada strategi langsung untuk menjual produk hasil ASWARA. Alhamdulillah, jika sambutan ini adalah imbalan yang diberikan hasil kerja kuat kami demi kesuma. saya, Joseph dan kema seperti orang gila yang terlebih akal sebab taksub dengan persembahan Kesuma. Malam ini masalah teknikal masih ketara khususnya sistem bunyi yang mengganggu nyanyian pelakon dan muzik. Kak Ros apabila menutup pertemuan mengucapkan tahniah kepada pelakon kerana memberi impak yang berbeza walaupun belum cukup sedap intinya. Esok, call time pukul 3.00petang. Rata-ratanya, wajah yang keluar selepas menonton gembira, puas dan tidak mencari-mencari apa maksud cerita.

TIRAI KESUMA PUN DIBUKA.....

CERITA KESUMA
Kesuma bertitik tolak dari istilahnya jiwa, elok, pemuda, pemudi bangsa dan apa sahaja yang mengaitkannya dengan insan. Di dalam Kesuma, ia mengungkap kisah jiwa-jiwa manusia yang mengembara dan meneroka dalam mencari tujuan hidup yang berbeza di tengah Metropolitan Kuala Lumpur. Daripada kisah seorang lelaki lara , Ismail (Eijat) yang berkelana mencari anaknya yang dipercayai hilang. Ismail dipotretkan sebagai bekas seorang Peran dalam makyung yang menggunakan kemahirannya di dalam berjual ubat. Berjual ubat bukanlah tujuan utamanya. Yang dicari adalah anaknya, Husin (Shukor Ibrahim) yang hilang sejak bertahun lamanya. Akhirnya Ismail menerima hakikat bahawa anak yang dicari telah lama pergi dan terkorban semasa mempertahankan Negara. Kedegilannya untuk tidak mempercayai kematian anaknya telah melarakan hidupnya sehingga meninggalkan anak dan isteri. Pengembaraan Ismail telah menemukannya dengan sekelompok remaja yang zahirnya dilihat sebagai kutu tetapi mempunyai keperibadian yang tinggi. Jiwa remaja itu sebenarnya terisi dengan berpusat kepada rakan mereka yang memiliki sifat dan sikap berhemah, Burn (Sharip Zainal). Melalui Burn diperkenalkan watak-watak lain seperti Ben (Akmal Ayub), Linda (Sabihah Abdul Wahid) dan Kesuma (Mardiana Alwi). Kesuma adalah remaja yang racau jiwanya, dia berada bersama rakan Burn kerana ingin lari daripada kesepian dan kekontangan kasih sayang di rumah. Ibu (Zamzuriah Zahari) Kesuma mengabaikan tanggungjawab kerana sibuk dengan politik manakala Ayah (Hairi Safuan), bergelar Datuk Seri yang sibuk dengan perniagaannya, menjadikan Kesuma seorang remaja yang terkapai-kapai mencari kasih sayang. Konflik mula timbul apabila berlaku pergaduhan di antara Burn dan Jack (Salehuddin Abu Bakar). Jack menjadi suruhan kepada Ayah Kesuma supaya menjaga dan membawa Kesuma pulang. Namun kengganan Kesuma telah menyedarkan ibubapanya bahawa kebahagiaan adalah bukan wang ringgit semata tetapi kasih sayang. Jelasnya, Kesuma adalah sebuah teater yang mengungkap perjuangan hidup atau pengembaraan manusia dua generasi yang mendepani realiti.

TENAGA KREATIF
Tenaga kreatif yang menjadi tunjang kepada produksi ‘Kesuma’ adalah terdiri daripada kakitangan dan pensyarah di ASWARA yang memiliki pengalaman dan nama yang besar di dalam seni persembahan. Kesuma ditangani oleh Rosminah Tahir sebagai pengarah. Beliau memiliki pengalaman yang luas di dalam mengarah teater-teater seperti Lantai T-Pinkie, Muzika Hang Li Po, Bangsawan Tengku Anum (kesemuanya dipentaskan di istana Budaya), Anugerah, Cucu dan banyak lagi. Memiliki Ijazah Sarjana Seni Persembahan USM dan kini menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Teater ASWARA. Pengarah Tari ‘Kesuma’ ialah Joseph Gonzales, satu nama yang tidak asing lagi dalam bidang seni tari kontemporari dan juga merupakan Ketua Jabatan Tari ASWARA. Joseph memiliki pengalaman yang luas di dalam teater muzikal, beliau adalah bekas pelakon/penari tetap teater muzikal “The King and I” yang dipentaskan di West End London sekitar tahun 90-an dan beberapa buah teater muzikal yang dipentaskan di London di awal tahun-tahun 90an serta memiliki Ijazah Sarjana Koreografi dari Middlesex University, London. Pengarah Muzik ‘Kesuma’ diterajui oleh nama yang tidak asing dari persada muzik tanahair khususnya apabila disebut nama ‘Imam’. Beliau ialah Ruslan Mohd Imam yang merupakan penggubah dan pencipta lagu yang berpengalaman luas dalam pelbagai genre muzik klasikal, moden, tradisional, jazz dan sebagainya. Selain Ruslan Mohd Imam, beliau turut dibantu oleh Pak Nasir Yusof dan Kamrul Bahri Husin bagi muzik tradisional khususnya irama makyung. Juruvokal pula ditangani oleh Amri Mohd Zain yang mempunyai pengalaman luas di dalam melatih vokal khususnya bersama Syafinaz Selamat . Lain-lain tenaga kreatif adalah Hamzah Tahir sebagai Sinografer, Sharul Mizad (Pereka set), Rosman Ishak (Pereka Kostume), Juhara Ayub dan Eliza Mustapha(Rekaan tatarias), Nurul Hazirin Samsul Kamar (Pereka Props), Ce’Kem (Pengurus produksi/Penolong pengarah 2), Shariful Akma (Penolong pengarah 1), Shariffah Mariam (Penurus pentas) dan ramai lagi.
Skrip ‘Kesuma’ pada asalnya berjudul Kembara Raja Gondang ditulis oleh Zakaria Ariffin yang merupakan Ketua Jabatan Penulisan. Idea asal ‘Kesuma’ diilhamkan pada tahun 1986 dan disimpan sehinggalah ASWARA membongkarnya. Zakaria Ariffin adalah nama besar di dalaman penulisan dramatik dan merupakan Penerima Anugerah SEA Write Award tahun 2001. Antara skrip teater yang telah dihasilkan ialah Pentas Opera, Raja Lawak, Bangsawan Siti Zubaidah, Jangan Bunuh Sam dan banyak lagi.

KESUMA 26 DIS - 4 JAN 2007

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh itu, apatah lagi hari-hari terakhir di tahun 2006 seolah menjadi minggu perayaan. Apabila dihitung, saya berasa persiapan pementasan Kesuma sedikit terganggu dengan cuti-cuti umum dan ia lebih parah apabila melibatkan hal-hal teknikal dan senireka pentas. Artis diberi cuti setelah hampir sebulan berhempas pulas menjalani latihan.
26 DIS 06
Hari ini Eijat dan Yem menyiapkan 'technical drawing' untuk set setelah ada perubahan pada 'cut out' dan propset tangga batu/ramp. Nampaknya set mempunyai sedikit masalah kerana sepatutnya 27hb 'bump-in' ke ET, mana tidaknya, bertukang pun belum lagi. Fazil (AS Printer) semalam menekan saya agar semua foto krew dan cast dihantar hari. Jadi, 25hb (Krismas) walaupun tak bekerja, saya masih pusing dan berbincang dengan sherry agar mengumpulkan semua krew, pemuzik dan tenaga kreatif untuk fotografi. Alhamdulillah, Louis (fotografer) pun beri kerjasama yang baik dan sesi yang bermula jam 2.00 petang berjalan dengan baik sekali.
Sebaik habis sesi fotografi, saya dangan Louis terus proses foto ke komputer untuk diberikan kepada Fazil. Nasib baik saya bekerja dengan Fazil yang faham dan biasa dengan budaya kerja orang ASWARA. Louis memang saya tidak nafikan sentiasa memberi mutu foto yang memuaskan. Fazil datang lebih kurang jam 8.oo malam ketika saya mengadap komputer. Edit teks dan tentukan nama dan foto. saya ingatkan sekejap sahaja, rupanya selesai hampir jam 3.00pagi dan 4.00pagi saya tiba di rumah.
dari kiri : Adika, Tomoe, Amirul, Hafiz dan Nurul Hazirin

dari kiri : Rosman, Juhara, Kema, Lizard, Ajude
27 DIS 06
Hari ini set tak masuk ET. Team Tomoe masuk dan buat hal-hal teknikal. Nampak gayanya kerja untuk senireka tertunda sehari. Yem dan teamnya sudah bekerja di bengkel dan memulakan kerja bertukangnya. saya tidak singgah di sana. Sherry dan Tomoe beberapa kali mengingatkan saya tentang masalah clip-mic dan movinghead. Saya pun dah naik stress dengan tekanan ini kerana saya berfikiran bahawa hal-hal teknikal ini sudah dibincang di dalam mesyuarat dan unit teknikal sudah maklum. Lebih tension bila Rajik yang 'in-charge' hal teknikal tiba-tiba bercuti balik ke Sabah dan akan mula kerja pada 3hb Jan 07. Oh my god! inilah masalah bekerja produksi di sekolah seni yang dianggotai oleh orang pejabat. Semuanya dipandang enteng dan tidak melihat kepada gerak kerja. Memang minggu ini betul-betul menguji kesabaran saya, apatah lagi ramai sangat yang mengambil cuti hujung tahun. Rosman minta bantuan saya untuk ikutnya dan kak Mun pergi membeli kostum. Saya ikut memandangkan Rosman memang memerlukan pandangan dan mata kedua untuk kostumnya.

dari kiri : Sherry, Sam, Eliz,KakZah dan Afiq

Dari kiri: Ruslan, Ce'Kem, Joseph, Kak Ros, Che Zack
28 DIS 06
Saya merancang untuk mula bercuti balik ke kampung sempena Raya Haji. Niat saya untuk balik ke Kelantan. Hari inilah! Tapi gayanya seperti tiada chance untuk saya mula bercuti apabila kerja-kerja Kesuma belum beres khususnya yang menyangkut hal teknikal. Di ET set belum masuk lagi dan kerja teknikal pun macam lengang aje. Team Yem sedang tekun di bengkel. Mesyuarat Post Mortem 'Preview Kesuma' diadakan pada jam 11.00 pagi.
Pelakon : Korus
Che Zak, joseph dan semua team kreatif kecuali muzik ada hadir. Agak effektif mesyuarat ini kerana ia membantu kelemahan yang terlihat di dalam pementasan itu. Che Zack dengan terbuka hati mencadangkan agar merubah plot dan memasukkan satu dua adegan bagi menjelaskan kesengsaraan Ismail. Joseph pula menambah akan perlunya lagu tema diulang-ulang iramanya agar menampakkan kepentingan lagu itu khususnya apabila memunculkan Husin. Joseph juga mencadangkan agar mekap untuk Husin tidak berdarah dan biarkan bersih bagi menunjukkan Semangat Roh orang berjuang. Saya mencadangkan untuk meningkatkan tempo dan momentum babak-babak selepas intermission supaya dipendekkan beberapa rangkap lagu dan memasukkan elemen rap/hiphop dalam lagu dikir barat bagi menggambarkan penerapan elemen baru anak muda. Selesai meeting, Kak Ros, Sherry, Kema dan Saya duduk semeja bagi melihat perubahan yang akan dibuat dan melihat daripada sudut kesinambungan cerita dan kesesuaian dengan skrip asal. Ada dua cadangan dan nampaknya kami sepakat dengan cadangan kedua. Petang itu, saya, Rosman dan Kak Mun masih lagi mencari dan membeli kostum untuk Kesuma. Dari ceruk kedai borong sehinggalah pusat beli belah kami jelajah untuk mencari dan mendapatkan kostum yang sesuai. Tetapi belum tentu Kak Ros suka!!!
dari kiri : krew pentas, team make-up, team kostum
dari kiri :Team FOH, Team Teknikal, Team Muzik
29 DIS 06
Jam 4.00 pagi Rosman SMS dan katanya "Ayah saya baru sekejap telah meninggal dunia, saya balik pagi ini". Innalillah....... Saya tertegun dan tak terkata. Lepas tu saya recall kejadian semalam. Semalam Rosman asyik bercerita tentang arwah ayahnya dan rupanya itu cerita terakhir sebelum Rosman pulang menatap wajah ayahnya buat kali terakhir. Besar sungguh dugaan KESUMA. Dalam kesedihan itu, Rosman tetap meninggalkan pesan dan harap saya dan Juhara dapat menyudahkan pembelian kostum. Jam 3.00 petang Kak Mun datang dan kami ke Mid Valley untuk mencari imej yang sesuai. Balkis pun dah balik Melaka sebab cuci rumahnya yang ditenggelami banjir. Niat untuk balik Kelantan terus hilang dari fikiran saya . Esok saya putuskan untuk pulang ke Penang. Saya ingatkan Sherry tentang keperluan teknikal dan ruang ET. Nasib baik Sherry kat KL.

30 DIS 06- 1JAN 07
saya pulang ke Kepala Batas, Pulau Pinang. Dalam kepala masih saya fikir bilakah pula masanya YEM siapkan set. Kerana pada tarikh ini, set belum masuk ET. 31 Dis 06- hari ini hari Raya Aidiladha. Seharian berhari raya di rumah sahaja. Orang-orang kampung Pak Lah sibuk berkorban dan hampir puluhan lembu dan 2 ekor unta dikorbankan. Di Masjid Kepala Batas yang jaraknya tidak sampai 1 km dari rumah mentua saya, ramai sekali yang bersembahyang dan TV3 pun turut buat rakaman untuk berita TV3. Saya sambut tahun baru di sini, Semoga tahun baru menjanjikan kebaikan.
2 JAN 07

Saya SMS kepada Sherry bahawa saya cuma dapat masuk latihan sebelah petang kerana bertolak dari Penang jam 9.00 pagi. Hari ini semua cast dan krew masuk untuk latihan. Set masih tak masuk ET. Saya dah risau dan saya meninjau kerja Yem, memang ianya banyak dan besar serta rumit kerjanya. Knowing Yem, dia memang detail dan terperinci dengan kerjanya. Di bengkel itu sudah menampakkan cantiknya set Kesuma. Malam ni, latihan macam kurang garamgula. Pelakon masih dalam mood cuti dan karakter mereka tersesat. Kak Ros masih memberi peluang cuma dia kurang puas hati dengan komitmen teknikal. Sherry mengingatkan pelakon dan krew bahawa patuh dan disiplin dangan call time. Muzik yang janjinya masuk hari ini pun tak masuk, apa ni?
3 JAN 07
Hari ini latihan makin pesat. Pemuzik masuk hari ini. Kak Ros nak latihan dengan kostum untuk melihat kesesuaian dengan teknikal. berbeza semalam, pelakon meningkat rentak mereka namun belum ke tahap memuaskan. Kak Ros dah hempas skrip - apa tanda tu? memang ada yang tak kena. Dia nampaknya tidak berpuashati dengan teknikal kerana set, lampu dan sound masih tak keruan. Set tak masuk-masuk lagi sejak hari sepatutnya! pelakon masih belum dapat bermain dengan set dan tentunya ia akan melibatkan perubahan blocking dan juga rentak lakon. Kak Ros nampak khuatir. Set akhirnya masuk ET pada jam 12.00 tengah malam.
4 JAN 07
Malam ini Full dress rehersal dan akhirnya dapat menghimpunkan semua aspek untuk Kesuma. Ada kekurangan di sana sini. Petang jam 3, Kak Ros masih melihat dan mengubah suai kostum. Kesuma sudah bersedia untuk dipentaskan. Harapannya adalah pada tenaga dan stamina pelakon dan pemuzik. Kami yang di belakang tabir sudah berusaha keras memastikan persembahan KESUMA.